Friday, March 25, 2011

Bila hati Kata RINDU

Di hati ini ingin melafaz kata....
Kata kasih pada yang ku rindu....
Hati kata rindu

semestinya pada

mama dan abah saya
saya rindu rumah saya

Rindu nak makan laksa, nasi kandar, pasembor, kari, masak kurma, capati, roti nan, waa...rindu nak makan semua makanan yang sedap-sedap kat Penang.

Rindu nak balik Penang, rindu pada pantainya, rindu pada lautnya. Kat KL ni mana ada pantai dan laut. Sungai Gombak adalah. huhuhu

Huhuhu…sekarang ni tengah mood rindu nak balik rumah. Dah 2 bulan kot tak balik sejak cuti mid semester aritu. Jeles pada kawan-kawan yang dah bilik. Dorang cakap “balik la, kan exam lambat lagi” Huhuhu… Seandainya mudah begitu, dah lama saya balik. Tapi,……keadaan tak mengizinkan. Maka, meraung la sorang-sorang kat sini. Berkorban itu "indah" bukan?

Wahai hati, sabarlah. Nanti akan balik juga kan?

Benci la kalau ada perasaan tak cukup kasih sayang macam ni. Dah la nak dekat exam ni. I need a charger to recharge my energy back. I need my mama to pamper me. I miss my mom cooking, I miss to fight with my adik kecik, I miss to listen words  from my abah. I want to see my tok wan and tok Huhuhuhu… Tapi, apa nak buat. Dah ni memang nasib belajar di perantauan. Jauh dari mak ayah, keluarga, segala. 

Alahai, mood sedih plak malam ni. Ehm…walaupun dah hampir 6 tahun hidup kat perantauan ni, tapi perasaan rindu nk balik rumah masih ada. Sapa tak ingat keluarga kan? Dulu masa belajar kat kolej, sekurang-kurangnya saya akan balik sebulan sekali. Jadi, tak la sedih-sedih teringat rumah. Tapi sejak belajar kat UIA, nak balik sebulan sekali pun tak dapat. Huhuhu…. Saya tak boleh kalau tak jumpa mama lebih dari sebulan, kalau dah terlebih jadi macam ni la. Dah tak senang duduk, rasa kekurangan kasih sayang ja. Huhuhu…hiperbolanya perumpamaan. 

Kalau cakap kat mama, mesti dia kata “Belajar-belajar la dok jauh. Nanti kalau dah kahwin, tak boleh balik selalu gak kan.”
Ishk..ishk..tak mau kawen orang jauh. Nak cari yang dekat-dekat sudah. Senang nak balik selalu. Dah la masa belajar dok jauh, kalau dah kawen nanti  tak mau dah jauh-jauh. Boleh tak mama ^_^

Okey, let cut the crab CRAP. Sekian sahaja untuk malam ni. Jom sambung buat assignment.  
Wassalam.

Saturday, March 19, 2011

...........

Kita bermula di pelabuhan rindu
yang mekar mengharumkan disegenap waktu
Angin semilir dan deburan ombak
Menyanyikan puisi mawar yang sejambak

Kuingin melihat segalanya indah
Dan wangiannya lestari
Kasih tak sudah
Ini saatnya kita padamkan
Menggentas derita masa silam 

Membebat luka yang berdarah
Dengan doa dan mahabbah
Meneguk derita beragan
Mencium kasturi pengorbanan

Menyepuh kasih dengan zikir
Melenyap kesangsian yang pedih
Pintaku seorang yang murba
Menghalir dari ancala atma
Hingga sejat di lembah kama 

Aku hanyalah sang srikandi luka
Yang enggan melangsungkan keasyikan pesta
Ingin meminggir dan mendiam dendam
Mengalunkan qasidah damai yang mendalam

 

Wednesday, March 16, 2011

Saya terkena dengan SPAM mail.

Assalamualaikum semua,
dua tiga hari ni dunia blog riuh-rendah sebab malware ke apa tah. Ada blogger yang gaduh-gaduh pasal ni. Relax la rakan-rakan blogger sekalian. Teknologi sekarang kita tak boleh nak jangka. Penat tau berperang dengan sistem yang kita tau memang di reka oleh manusia. Jadi jangan marah-marah nak salahkan pelbagai pihak bila blog  kena serang malware, tuduh blog tertentu plak yang menjadi punca. Kita tak tahu ya mana satu blog yang di link yang menjadi punca. Jadi, janganlah tuduh sebarangan. Blog saya? Saya tak tahu la sihat ke tak? Tapi setakat ni macam okey kot. Tak pa, nanti bila saya ada masa sikit, saya cuba check.

Ehm...sebut pasal malware ni, semalam laptop saya di serang spyware ke apa tah. Tapi tu la namanya kot. Sedih tau tetiba tengah guna kena detect ngan spyware tu. Salahnya bermula dari saya kot. Saya silap pi buka spam mail kat akaun yahoo. Email tu dari Fedex dan kebetulan saya memang tengah tunggu parcel pun. Bila dah tengok email tu, apa lagi, cepat-cepat la saya buka. Email tu berbentuk zip file. Lepas dah download, archive file kat desktop dan kemudian nak buka la tengok isi kandungannya. Tiba-tiba, lepas saya klik file yang berbentuk pdf tu, terus hilang macam tu saja. Saya tak puas hati, saya download sekali lagi dan ulang save. Jadi, macam tu juga. Lepas tu, terus laptop saya keluar notification scanner by PC Tools apa tah. Saya jadi pelik la, bila plak saya install software PC Tools ni. Dia detect yang laptop saya ada 30 lebih worm, trojan, spyware, malware, backdoor apa tah lagi. Banyak giler kot. Saya dah cuak. Saya check balik sender email. Huhuhu...ternyata email tu memang corrupt. (klik kat gambar supaya lebih jelas)

okey, lepas ni kalau dpt email spam mcm ni jgn buka ye


 Saya dah tak tahu nak buat apa. Rasa mau nangis saja sebab banyak kerja nak di siapkan ni. Boleh patah kaki dan tangan saya kalau tak ada laptop. Saya nak guna internet pun tak boleh, asyik keluar notification "Your PC have been detected by spyware" gitu la lebih kurang. Saya pun dah lupa apa ayat yang betul. Tapi notification tu nak cakap yang laptop saya ni kena install PC Tools dan juga keluar notification suruh beli software tu, tah apa-apa kan. Saya cuba follow langkah yang notification tu bagi, tapi hampeh je. Memang kena beli jugak software ni. Saya tak tahu nak buat apa dah. Restart sudah, shut down and log in balik pun saya dah buat. Tapi masih sama ja. Memang tak boleh buat apa-apa dah. 

Dalam keadaan yang genting tu, dalam pukul 1 kot, saya SMS la Riff, bagitau masalah laptop saya ni. Riff ni adalah orang yang saya hantar format laptop saya sebelum ni. Laptop saya baru je di format, baru sebulan lebih je, tak kan nak rosak dah kot. Sambil tunggu Riff balas, saya copy beberapa file yang penting masuk external hard disk, sebagai back up kalau jadi apa-apa. Bila tengok laptop saya jadi sedih sebab laptop saya "sakit". Nasib laptop ni tak hang atau gelap terus, sekurang-kurangnya masih boleh buka walau tak boleh berfungsi seperti biasa.

Sampai pagi Riff tak balas pun. Huhuhu....sedih lagi. Tak tahu nak buat macam mana ni. Pagi ada kelas 8.30. Pi kelas dulu apa-apa pun. Tapi, dalam hati tak siapa tahu, maintain cool je walau hati dah berperang sakan. Masuk kelas pun tak leh nak tumpu sangat sebab tengah berfikir macam mana nak selesaikan masalah ni. Dalam kelas, saya sempat lagi SMS Riff lagi sekali. Saya cakap terus, "saya nak format laptop". Lepas dah abes kelas pukul 10 pun dia tak balas lagi. Saya pun dah pelik, selalunya, cepat je dia akan balas. Saya pun terus call dia. Rupanya, dia ada kelas sebab tu tak balas. Owh...Okey sorry. Saya terus balik bilik lepas tu.

Tak lama selepas tu, Riff call tanya masalah  laptop tu. Saya cakap la kena spyware. Dia macam terkejut sebab jarang orang kena spyware, lagipun spyware tu bukan virus, kena guna anti-spyware je. Tapi dia tak ada, apa-apa pun dia nak tengok dulu. Lega sangat masa tu bila dia cakap macam tu. Bila dia tengok laptop saya, dia kata tak ada apa pun. Yang keluar notification banyak-banyak tu bukan virus tapi dia suruh beli software PC Tools la. Saya cakap yang bila scan keluar banyak-banyak pasal ada worm, trojan, backdoor etc apa  hal plak. Dia kata tak ada apa la, kalau betul ada, laptop ni pun tak leh buka. Owh...dia siap cakap, "Sorry to said, kalau yang buta IT, dia memang tak tahu pasal benda ni." Siap dengan senyum simpul lagi tu. Nasib baik dia cakap Sorry sebab takut saya terasa kot. Tapi saya tak terasa sebab saya tak buta IT ye, cuma tak mahir sangat je. Saya tau je apa tu spyware, malware, back door etc. Pernah belajar la masa kat kolej. Dia tak pe la, budak ICT, dah memang kepakaran dia. OK2. Cut the crab crap, nanti melalut tah ke mana. Huhuhu....

Di pendekan cerita, laptop saya dia bawak balik sebab dia ingat boleh fix kat situ juga. Dia kata, kalau tak boleh buat apa-apa, dia nak format lain la. Saya cakap buat la apa-apa pun, nak format pun format la. Janji laptop saya "sihat" balik.  Sebelum tu saya ada cerita kat dia pasal lepas saya buka spam email terus laptop saya jadi macam tu. Dia kata saya boleh saman dorang ni sebab dah kacau sistem laptop saya sebab nak suruh beli software PC Tools tu la. Dia kata dorang ni teror sebab dah boleh install terus macam tu.  Macam tu la maksud dia. Saya tak jelas sangat term yang dia gunakan, tapi masih boleh faham la penerangan dia tu. Sebelum balik, dia sempat kata lain kali jangan buka spam email dah. Saya pun apa lagi, menjawab la, saya memang tak akan buka spam email kecuali yg berkaitan dan saya rasa penting. Kebetulan saya memang tengah tunggu parcel pun, bila tengok dari Fedex, terus la saya buka. Nak buat macam mana, benda dah jadi kan. Terima je lah. Huhuhu...

Alhamdulillah, laptop saya dah okey. Kalau tak, blog ni tak ter up-date la malam ni. Service Riff ni sangat best sebab hantar tengah hari, petang dah siap. Very effective, sebab tu saya suka refer kat dia berkaitan laptop ni. Ehm...yang lagi best Riff tak charge apa-apa pun kat saya. Cayalah, saya bertambah suka, dah la kewangan pun kurang mengizinkan. Saya cakap kenapa tak yah bayar? Riff kata, dia tak buat apa pun sangat, hanya fix mana yang tak kena ja. Cuma dia mintak dokan supaya lulus periksa akhir dia dan kawan-kawan dia. Siap tunjuk kawan-kawan dia seramai 3 orang yang tengah tunggu dalam kereta. Rupanya bukan dia yang fix kan laptop saya ni, tapi kawan dia,  dia ada tunjuk la budak yang pakai baju putih, budak tu kot yang dia kata nak exam dan tahun akhir. Ehm, macam tu la lebih kurang. Huhuhu...

Alhamdulillah, apa-apa pun laptop saya dah kembali baik. Saya terharu sangat tadi bila Riff mintak doakan dorang supaya lulus exam. Macam toucing je, ye la kan, saya ingat laptop saya da teruk sampai kena format, pikir duit nak melayang lagi, pastu ada gak fikir, kalau rosak terus ke apa, macam mana saya nak siapkan assigment yang berlambak-lambak ni. Semua tu ada dalam fikiran saya sejak malam semalam. Bila Riff kata laptop dah okey dan tak perlu bayar, saya rasa Allah sangat permudahkan kerja saya. Benarlah janji Allah, di sebalik kesusahan ada kesenangan. Allah ulang kata-kata ni 2 kali dalam surah Insyirah. Jadi, nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan? 

Ehm...sebagai pelajar, tak di nafikan laptop tu umpama nyawa sebab memudahkan kita nak siapkan assigment. Saya percaya, kita sering di uji dengan kecanggihan teknologi  komputer ni. Apa-apa pun bila kita menggunakan teknologi, jangan tension.  Teknologi komputer ni di reka oleh manusia, Insyaallah, akan ada juga penyelesaian apa-apa yang kita boleh buat jika berlaku sesuatu. Kalau kita tengah type assignment, kemudian tak save ke, hilang document tu ke, atau terdelete ke apa, file corrupt, file kena virus, document hilang ke apa, sabar je lah. Jangan nak bakar plak laptop, printer, keyboard etc sebab geram atau marah. Anggap je la Allah tengah menguji kita. Mungkin apa yang kita type tu tak bagus, tapi bila kita buat semula tu yang lebih baik. Dalam dunia ni tak ada yang kekal, begitu juga file yang kita save kalau hilang, anggap je la yang file tu akan hilang juga satu hari nanti, tak akan kekal. Ehm...itulah yang saya fikir bila segala folder gambar saya hilang selepas format laptop. Sedih dan terkilan pun ada, tapi nak buat macam mana. Allah Maha Mengetahui apa yang di sebalik semua ni. Jadi, berfikiran positif dan bersangka baik.

Kata-kata akhir, teknologi sangat membantu, tapi juga membuat kita pening kepala. Maka, gunakanlah dengan bijak. Zaman sekarang, sangat wajar kita belajar dan tahu tentang teknologi komputer ni. Dunia yang tanpa sempadan sekarang akan membuat kita ketinggalan jika kita buta IT. Kalau yang kurang mahir, mantapkan lagi dengan kemahiran yang lain. IT move very fast OK. 

Sekian, Wassalam.

Sunday, March 13, 2011

Hari ini dah HAri AHad Ya !!!!

Assalamualaikum semua, 
Selamat HaRi Ahad. Oh ya, dah mula cuti sekolah kan? Selamat bercuti buat cikgu-cikgu dan anak-anak murid yang dapat cuti sekolah. UIA tak cuti lagi sebab belum periksa. Hehehe...Bila cuti sekolah, mesti ramai yang berlumba-lumba buat kenduri kahwin. Yang bukan kerja cikgu pun nak ambil kesempatan ni nak melangsungkan hari bahagia masing-masing. Kadang-kadang pelik la, apasal nak kena tunggu cuti sekolah dulu baru boleh buat kenduri kahwin, kalau di buat pada hari minggu biasa tak boleh ka? Dah jadi adat atau kebiasaan ni? huhuhu...

Ehm, sempena cuti sekolah ni, dengar-dengar ada dua orang kawan sekolah saya nak melangsungkan perkahwinan masing-masing juga. Tahniah kepada mereka yang mendahului saya ^_^ Semoga bahagialah hendaknya. Okey, cut the crab crap, tak boleh cakap pasal kahwin ni banyak-banyak, isu sensitif ni. Huhuhu...sebab apa sensitif? Sebab, orang asyik tanya bila saya nak kahwin pulak. Relax la, saya belajar pun tak abes lagi, nanti kalau dah sampai jodoh tu, kahwin juga la saya. Umur pun masih muda lagi . Jadi, marilah doa ramai-ramai semoga saya bertemu jodoh dengan lelaki yang baik & soleh. 

Sebenarnya, ketika entry ni di tulis, saya tengah buat kerja sekolah yang berlambak-lambat tu. Apa ingat bakal cikgu ni tak ada kerja sekolah ke? Huhuhu....Boring nak meneruskan, terus menaip kat blog plak. Hehehe...besa la. Baru buat kerja 10 minit, rehatnya 20 minit. Macam ni, lambat la kerja nak siap. Huhuhu....Sebenarnya tengah buat verbatim untuk Counseling Lab 2 dan juga Cross-Cultural. Muak tambah nak termuntah dengar rakaman, pastu nak kena tulis word by word apa yag kita dengar tu. Semua orang punyai simptom yang sama bila kena buat verbatim. Counseling Lab kena dengar rakaman 20 minit dan Cross-cultural 40 minit. Wah...boleh pengsan macam ni. Lepas ni, telinga tak yah cuci dah sebab dah cair dengar banyak sangat. Harap, gegendang telinga tak rosak la  ^_^

Okey, tadi dalam masa berehat, sempat lagi tengok no kenderaan yang terbaru. Pulau Pinang dah PKB tau. Pantas betul. Saya tunggu nak beli kereta masa plat PNG. Baru smart kereta saya nanti. Orang Penang kena la pakai no plat Penang walaupun bekerja dan menetap di Singapore pun. PNG please wait for me ~ngee~



Nombor plat terkini as at
Sun Mar 13 12:35:00 2011

Perak AHL7836
Selangor BLD9047
Pahang CCT8039
Kelantan DBU4886
Johor JMT8315
Kedah KCX386
Langkawi KV684D
Labuan LD5347
Melaka MCA6538
N Sembilan NCM2987
Pulau Pinang PKB716
Kuching QAW2476
Sri Aman QBA9456
K Samarahan QCC1500
Limbang QLA4697
Miri QMR902
Kapit QP5793
Sarikei QRF6745
Sibu QSU2981
Bintulu QTH4205
Perlis RJ5416
Kota Kinabalu SAB4427E
Beaufort SB2327B
Lahad Datu SD6142F
Kudat SK428A
Sandakan SS7582N
Tawau ST1340P
Keningau SU4345B
Terengganu TBC1167
Kuala Lumpur WVB1089


Okey, tak boleh nak tulis panjang-panjang. Nanti tak siap la kerja sekolah saya. Sapa nak jawab ^_^
Sekian, Wassalam.

..........

Friday, March 11, 2011

Berfikir positif

Assalamualaikum semua,
Salam Hari Jumaat. Semoga penghulu segala hari ini membawa keberkatan kepada semua. Bila kita memulakan hari kita dengan berbuat perkara baik, Insyaallah sepanjang hari kita akan lalui dengan baik juga. Bila bagun pagi, cepat-cepat kita berniat nak melakukan kebaikan, berfikir positif dan jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah sebab kita masih hidup untuk hari itu. Niatlah hidup untuk hari itu kerana Allah.

Sebut pasal positif, kita memang perlu positif kepada semua benda yang berlaku. Kalau dalam bahasa Arab kita guna term husnu zhon, iaitu bersangka baik. Ehm, dua-dua mempunyai konsep yang sama bagi saya la. Bukan senang kan nak berfikir positif dalam semua benda. Walau apa pun benda yang buruk berlaku, kita kena tukar jadi nampak benda tu jadi baik. Susah ke senang? Ehm...fikir sendiri la.

Dalam konteks sebagai pelajar, banyak yang saya belajar untuk berfikir positif ni. Maklumla, saya kan belajar kaunseling, jadi kena la ada fikiran positif, baru boleh nak kaunseling orang lain.Apa pun yang berlaku, saya akan cari juga untuk positifkan benda tu. Contohnya saya tak suka dengan lecturer sebab cara dia mengajar tak best ke, dia tak pandai nak terang ke, jawapan yang dia bagi tak make sense bagi saya, dia suka nak provok orang ke, dia suka nak compare antara pelajar ke, dia bagi assigment banyak-banyak ke, dia suka buat lawak bodoh ke, dll saya akan cari juga apa yang positif tentang dia. Setiap orang ada kelemahan dia kan, jadi lecturer juga tak lagi dari melakukan kesilapan. Mana ada orang yang sempurna dalam dunia ni kan. Walaubagaimanapun, dia seorang guru, yang mendidik kita, yang sampaikan ilmu kepada kita, jadi kita kena hormat itu. Barulah dapat keberkatan dalam belajar, ilmu yang kita dapat pun akan berkat.

Saya pernah tanya mama saya, kalau kita tak puas hati atau tak suka dengan lecturer tu macam mana? Mama saya kata, pergi la cakap kat dia. Saya rasa macam tak proper kalau kita nak komplen pasal cikgu kita sendiri. Tapi, hati saya berperang antara nak cakap atau tak. Tambahan pula dia lebih tua dari kita. Walau tak suka macam mana pun kena terima juga kan, kena sabar dan cuba pupuk rasa suka tu. Kena cari apa yang baik tentang dia dan fikir positif je apa jua tindakan dia.  Tapi kadang-kadang ada juga yang tak puas hati. Abes nak buat macam mana, apa yang mampu saya buat? Takat tulis luahan perasaan dalam blog boleh la kot. Huhuhu.... Saya pernah jadi cikgu, dan saya faham bagaimana perasaan seorang guru. Kita memang nak yang terbaik untuk anak murid kita, jadi pada fikiran saya, apa benda yang lecturer saya bagi tu, baik atau buruk, bagi dia memang dah terbaik. Jadi, terimalah dengan hati yang terbuka.

Okey, hari ini marilah kita berfikiran positif dan cuba bersangka baik kepada semua orang dan apa jua yang berlaku dalam hidup kita. Bila kita berfikiran positif, hati kita pun akan senang dan tak beremosi terlebih. Bagus untuk kesihatan mental & fizikal ^_^

Sekian, Wassalam.

Thursday, March 10, 2011

Lawatan ke Parlimen

Assalamualaikum semua,
Mood sekarang masih lagi tak okey. Tapi, sekarang nak kongsi pengalaman HaRi Rabu, 09 Mac 2011. Selepas pi buat teaching stimulation kat Muzium Negara aritu, kali ni kami pi melawat ke Parlimen pula untuk kelas Civic & Citizenship. Best & teruja sangat nak pi ni. Pertama kali setelah hidup 23 thn 4 bln 21 hari, baru saya dapat merasa masuk Parlimen ^_^ Bangga kot sebagai rakyat Malaysia & pemegang kad pengenalan Malaysia. Dah...cut the crab crap. Tapi kan...yg tak bestnye, lecturer kesayangan kami Dr. Azam tak dapat ikut sama. Dia tak sihat. Kesian dia. Jadi, rombongan kami macam tak meriah sikit sebab tak ada lecturer yang mengiring. Macam mana pun, kami ada ketua rombongan yang tegar, dedikasi dan beribawa. Walaubagaimanapun, lawatan masih tetap di teruskan. 

Ketua rombongan, Cik Atiqah ni dah pesan awal-awal kat semua budak kelas suruh kumpul pukul 7.45pg dan bas akan jln pukul 8 pg. Tapi, biasalah dah jadi adat, kata pukul 8 pg nak bertolak, alih-alih jadi 8.30 pg baru bas jalan. Dah ramai-ramai, mesti ada yg terlewat. Mungkin dia pun tak sengaja, bukan niat dia pun nak datang lambat kan. So, not a big deal lah :) Oh ya, tiba-tiba pagi tadi seorang rakan kami kena cirit-birit, jadi dia pun tak dapat sertai lawatan ni. Ehm....nak buat macam mana, tak ada rezeki la tu.

Rombongan kami Alhamdulillah selamat tiba kat parlimen jam 9.15 pg. Dekat ja UIA dgn parlimen tu. Kami patutnya masuk pukul 11 pg, jadi dah sampai awal tu, kami di suruh makan dulu la. Apa lagi, semua pakat serang kafe la. Tadi saya makan roti canai. Alhamdulillah, terasa nikmat bila dapat makan roti canai kuah banjir yang sedap tu. Nak buat macam mana kan, Org penang memang tak boleh tak makan kari, lagipun kari tadi agak sedap. Ehm...sedap ke saya yang lapar sangat?  ^_^ tp sungguh la, kari ikan tadi memang sedap pun. 

teruja bila nampak bagunan Parlimen ^_^

Berkumpul lepas turun dari bas
cari apa tu cik Ann?
Semua orang gembira sebab dah sampai kat Parlimen
 
Sebelum kita masuk bersidang, mari kita bersidang isi perut dulu ye ^_^
Tepat jam 10.30 pg, kami pun pergi balik ke pintu 7 untuk pelawat. Kamera & handphone kena tinggal, tak boleh bawa masuk. Sebelum masuk, beg pun kena scan. EHm....canggih gak parlimen ni kan. Oh ya, masa kami tgh berbaris nak masuk parlimen, Datuk Noraini lalu. Kecik comel ja orangnya, saya dah pernah jumpa dulu masa program kat Pahang, tapi sekarang dia dah nampak lain.  Baik betul beliau ni, siap salam ngan kami semua kat situ. Cool je oranngya, lagi sweet la plak beliau ni lepas pakai tudung. ^_^

Sebelum masuk, kami di beri penerangan tentang do's & dont's masa parlimen tgh bersidang. Kami tak boleh masuk campur masa tgh bersidang tu, kalau nak tanya soalan ke apa pun tak boleh, kena duduk diam-diam dan dengar je. EHm...tu semua org tau kan? :) Okey, kat dlm tu sejuk giler kot. Walaupun sejuk, tapi keadaan dlm tu terasa panas dengan isu-isu yg di bangkitkan. Oh...best betul dapat tengok ahli parlimen ni bersidang & berbahas secara langsung. Teruja kot. YB tu semua, lepas tanya soalan, berbahas, bertikam-lidah, pastu boleh senyum-senyum pi salam YB yg lain kot. Macam tak ada apa. Tadi bukan main berperang mulut. Ahli parlimen Lenggong siap ckp kat kami, dia kata "Jgn gaduh-gaduh tau. Tak baik gaduh ni" hehehe...kelakar la pulak bila dia kata mcm tu. Sepanjang pemerhatian saya, dia j eyg suka mencelah dan provok YB lain. Huhuhu...

Tadi, sempat la nampak Menteri-menteri yang hebat yang selalu nampak kat Tv atau akhbar je. Kali ni nampak depan-depan kot. Mereka ni sungguh cool. Tapi dlm ramai-ramai, nampak juga YB kesukaan saya, Datuk Idris Haron, YB Tangga Batu. Beliau seorang je YB yang lalu depan kami yang senyum dan bagi salam. Dia memang best. Pastu nampak YB Kulim, Zulkifli Nordin. Tak sangka dia bertanya soalan yang memang menjadi persoalan saya iaitu kes rogol yang pesalahnya dapat menjalani hukuman serentak. Tapi, Dato' Nazri bagi jawapan yang tak memuaskan. YB Zulkifli ckp balik yg dia tahu hal perundangan,  dia kan peguam, tapi dia nak tahu apa langkah kerajaan nak atasi isu ni. Ehm, saya pun tak puas hati masa Dato' Nazri menjawab dah la bagi cnth yang tak berkaitan. Layan je la. Tapi kan, YB ni semua, masa bersidang suka cakap meleret-leret, pastu ckp benda yang tak berkaitan pulak. Ehm....ke mmg itu gaya ahli politik. Lagi satu pemerhatian saya, nak jadi ahli politik ni mmg kena tak tau malu la. Kita cakap je, orang dengar tak dengar lain kira ^_^

Sebenarnya, banyak isu lagi yang di bahaskan tadi. YB Bukit Mertajam bawa isu wanita. Ada yang saya setuju, ada yang saya rasa nak bangkang je. Tapi, ayat YB dari BM ni mmg best la. Saya tertanya-tanya, sapa buat teks kat dia ye? Ayat dia sangat sinis dan kadang-kadang kelakar la juga. Lagi, isu perkauman juga di bangkitkan, pasal PLKN la. Pastu ckp lagi pasal sejarah UMNO, Partu Perikatan lah etc. Saya rasa semua YB tu tau benda basic macam ni. Mesti boring kan kalau setiap kali bersidang, kena remind balik hal ni. Tadi, YB Permatang Pauh tak ada pula. Yang ada YB Bachok, yang lain saya tak kenal sangat. Saya cam muka, tapi nama dah lupa. Huhuhu...

2 jam dalam Parlimen memang menambah pengetahuan saya. Dapat observe perangai Wakil Rakyat negara kita. Betul la macam kita tengok kat TV tu, dorang ni memang suka provok dan bertekak berbalas hujah. Agaknya, memang macam tu kot sikap ahli politik. Apa-apa pun, pengalaman tadi memang best. Sebelum masuk tadi, Naim ada cakap yang boring masa dengar Parlimen bersidang, kalau tengok bola tak apa la. Huhuhu... ada plak macam tu. Tapi saya rasa best apa. Tak boring pun. Suka tengok perangai orang, pastu dapat tengok wakil-wakil rakyat secara live. Best la kan. Walau saya tak minat politik sangat, tapi sebagai rakyat Malaysia kita memang patut berbangga sebab Parlimen kita masih sopan ketika berbahas, sebenarnya tak le sopan sangat pun, tapi okey la kan dari dok baling kerusi meja macam negara lain. 

Lepas ni, boleh la nak berbangga kan sebab dah sampai Parlimen. Sebelum ni lalu je, tapi sekarang dah dapat masuk pun. Rasa macam nak pi lagi. Tapi, kalau hari-hari tengok orang bersidang pun, muak jugak kan ^_^. Okey la, itu sahaja laporan lawatan ke Parlimen Malaysia oleh pelajar-pelajar kelas Civic & Citizenship. 


Baru habis bersidang, masing-masing check telefon.
Ketua rombongan, Cik Atiqah & buday gurl of the day, Cik Farah. Depa ni la org yg bersusah-payah merealisasikan rombongan kami ke Parlimen.



Orang kuat di sebalik lawatan ke Parlimen


Gambar ni nampak tak balance tp nice kan?


Rasanya ni la tempat selalu kalau wartawan TV 1 buat lintas langsung ^_^


Akhirnya, sampai juga kat Parlimen ni


Selamat Tinggal. Masa untuk balik
p/s: Atiqah, aci dak kalau amik entry ni jadi laporan lawatan kita? Cik Setiausaha ni malas nak tulis banyak kali ^_^

Wednesday, March 9, 2011

RANDOM: Mood saya sekarang adalah......

Assalamualaikum semua,

Ehm……………………………………………Ehm……………………………………Ehm……………………………………….tengah berfikir sebenarnya ni. Ternyata ramalanku benar belaka. Ya Allah……………sungguh ku tak sangka cempedak dah jadi nangka kot. Huhuhuhu…………………patut la…….
Siapa yang tak patut sebenarnya ni? Tak sangka sebenarnya dan masih terkejut. Okey, sekarang ni terasa seolah-olah makan cili sebab dah rasa pedasnya kat mulut. Hati ni macam dah di tusuk sembilu. Pedih kot, tersusuk hingga ke ulu hati. Nasib tak tembus ja. Huhuhu….

Ehm…………ehm………………ehm……………berfikir lagi. Macam mana boleh jadi macam ni?  Macam mana boleh jumpa, macam mana boleh tahu. Ada org bagitau ke? atau terjumpa sendiri? atau mencari & terjumpa. ATAU...byk kemungkinan ni. Agrh………………….patut la…patut la…dah boleh agak sejak aritu lagi. Sekelip mata je berubah. Hairan bin ajaib kot. Sebelum ni mcm OK, pastu dah KO. Huhuhu….sedih ar macam ni.

YA Allah, patut la hati ni tak sedap. Rasa macam sesuatu dah berlaku. Saya tau bila ada org marah kat saya, saya tau bila ada org suka saya, saya tau bila org tengok saya, saya tau bila org benci saya, saya tau bila ada org ada rasa pada saya, saya tau bila org kata apa kat saya, saya tau bila ada org cuba uji saya, saya tau bila org cuba provoke saya, saya tau bila hati saya sakit, saya tau bila ada org terasa hati dgn saya & saya boleh agak apa pandangan org bila tengok saya. Ini bukan perasan tp ini gerak hati namanya. Gerak hati ni tak pernah silap. Insyaallah. Huhuhuhu….

Tak sangka kan, saya dah sakit hati seseorang yg saya tak terniat pun nak sakitkan hati dia. Biasalah, saya pun manusia biasa yg ada hati & perasaan dan akan buat silap. Kadang-kadang saya tak sedar pun saya dah sakitkan hati orang, walau tu bukan niat sebenar saya. Mungkin saya terlalu lancang berkata-kata, dan tak sedar apa yang saya kata tu dah melampaui batas. Ehm...... Kalau dia tak cakap saya pun tak tau. Cuma dah perasan tapi hanya tunggu kesahan je, betul ke tak. Ternyata betul. Sungguh….saya tak tau nk ckp mcm mana.

Saya tak suka nak sakitkan hati orang sebenarnya. Tapi kalau ada yg terasa, saya mohon maaf sangat-sangat. Agak2, lepas ni keadaan boleh kembali baik macam dulu tak? Dulu tu baik ke??? Saya tak nak cari pasal ngan orang dah.  Lepas ni, biar la hati saya je yang sakit, biar saya je yang tanggung rasa tak puas hati ni sorang-sorang. Apa saya rasa, biar saya je yg tahu, tak payah nak bagi 1 dunia tau & tak mau tulis kat blog pun. Huhuhu…  Dalam hal ni, saya yg salah. So, saya mengaku salah saya.  MAAF kan saya :(

Maaf, entry tah apa-apa ja. sekadar luahan saya buat dia yang bernama ___________ (biarlah rahsia)

p/s: Mood tgh tak betul ni. Sedikit stress  sampai tak dak selera nak makan, walau perut dah menyanyi mintak di isi. Kepala masih sakit  kesan perubahan cuaca yg kejap sejuk, kejap panas.  Sejak balik dari Parlimen td dah rasa mual & loya. Penat sangat kot. Pastu dlm kelas td terbatuk-batuk sebab  tetiba terbau asap rokok. I can sense someone is smoking. Between, I hate smoker. Huhuhu… Ya Allah…waktu-waktu genting macam ni la, byk pula dugaan yg Kau bagi. Duhai hati, belajarlah untuk BERSABAR. 

 

 

Monday, March 7, 2011

lagi kes kat sekolah !!!

Assalamualaikum semua,
baca berita depan akhbar Metro hari ini membuatkan saya rasa takut plak nak jd cikgu. Tak habis-habis kes pasal cikgu & pelajar. Berita hari ini pasal ada seorang pelajar kat Perlis kena pukul. Boleh pulak pelajar-pelajar yang pukul budak ni tarik dia dari kelas masa cikgu tgh mengajar. Ehm...apa nak jadi la budak-budak zaman sekarang.  Boleh pulak cikgu tu biar. Macam tak logik ja. Tapi...itu la. Kita tak ada kat tempat kejadian, jadi kita tak tahu apa yg sebenarnya terjadi. Tapi, kesian la budak yg kena pukul tu. Sekurang-kurangnya, cikgu kena la ambil berat.

Sekarang dah jadi kes polis. Budak-budak yang pukul tu dah kena reman. Umur baru 14 & 15 tahun dah ada kes polis. Muda sangat yang nk jd gengster ni. Tak sayang masa depan betul la budak-budak ni. Tak kesian mak ayah ke? Ya Allah...kalau macam ni la perangai budak-budak zaman sekarang kat sekolah. Rasa macam tak sanggup nak jd kaunselor kat sekolah. Huhuhu...
Berita selanjutnya boleh baca kat sini ye METRO & BERITA HARIAN

Nanas atasi sembelit

Assalamualaikum semua,

saya malas nak menulis sebenarnya. Ok, meh nak kongsi pasal nanas. 

NANAS sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nanas juga dijadikan bahas masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.

Antara manfaat nanas adalah:

1. Membantu menurunkan berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun. (Memang elok la sangat utk yg nak berdiet)

2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida. (Owh...boleh jd alternatif selain makan lobak merah utk sihatkan mata)

3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi. (Byk betul khasiat nanas ni ye, boleh tambah vitamin C)


4. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur. (ni sgt le bagus untuk mereka yg susah nak buang air besar kan?)

5. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus. (Org perempuan kalau dengar pasal nk cantik mesti suka kan ^_^ )

okey dah tahu khasiat nanas. Lepas ni boleh la mkn nanas selalu. Kalau kat UIA ni susah sikit nak dapat mkn buat. Kalau ada pun buah jambu, tembikai, mangga, dll. Kalau ada nanas pun, hnya dalam masakan spt pajeri, gulai atau masak lemak. Tapi, walaupun nanas di letakan dlm masakan, masih ada khasiatnya kan. Ehm...lepas ni kena makan nanas byk2 la. Tapi, saya tak suka sangat kalau letak dlm masakan sebab tak rasa keaslian jus nanas tu ^_^

Nanas memang sedap di makan, tp kalau salah potong, tak buang mata dia tu, boleh gatal lidah. Kadang-kadang pelik gak, apa yg membuatkan lidah kita rasa gatal kalau makan nanas? ehm.....kena buat kajian pasal ni plak ^_^

okey, sekian terima kasih.
wassalam.

Saturday, March 5, 2011

RANDOM: Mood saya sekarang adalah......

Assalamualaikum semua,
maaf ya, luahan ni hanya untuk blog saya. Saya tak tau nak cerita kat siapa-siapa, tapi saya tak nak orang tahu & baca. Huhuhu.... Maaf entry ni terpaksa di kunci atas sebab-sebab tertentu.