Sunday, March 13, 2011

Hari ini dah HAri AHad Ya !!!!

Assalamualaikum semua, 
Selamat HaRi Ahad. Oh ya, dah mula cuti sekolah kan? Selamat bercuti buat cikgu-cikgu dan anak-anak murid yang dapat cuti sekolah. UIA tak cuti lagi sebab belum periksa. Hehehe...Bila cuti sekolah, mesti ramai yang berlumba-lumba buat kenduri kahwin. Yang bukan kerja cikgu pun nak ambil kesempatan ni nak melangsungkan hari bahagia masing-masing. Kadang-kadang pelik la, apasal nak kena tunggu cuti sekolah dulu baru boleh buat kenduri kahwin, kalau di buat pada hari minggu biasa tak boleh ka? Dah jadi adat atau kebiasaan ni? huhuhu...

Ehm, sempena cuti sekolah ni, dengar-dengar ada dua orang kawan sekolah saya nak melangsungkan perkahwinan masing-masing juga. Tahniah kepada mereka yang mendahului saya ^_^ Semoga bahagialah hendaknya. Okey, cut the crab crap, tak boleh cakap pasal kahwin ni banyak-banyak, isu sensitif ni. Huhuhu...sebab apa sensitif? Sebab, orang asyik tanya bila saya nak kahwin pulak. Relax la, saya belajar pun tak abes lagi, nanti kalau dah sampai jodoh tu, kahwin juga la saya. Umur pun masih muda lagi . Jadi, marilah doa ramai-ramai semoga saya bertemu jodoh dengan lelaki yang baik & soleh. 

Sebenarnya, ketika entry ni di tulis, saya tengah buat kerja sekolah yang berlambak-lambat tu. Apa ingat bakal cikgu ni tak ada kerja sekolah ke? Huhuhu....Boring nak meneruskan, terus menaip kat blog plak. Hehehe...besa la. Baru buat kerja 10 minit, rehatnya 20 minit. Macam ni, lambat la kerja nak siap. Huhuhu....Sebenarnya tengah buat verbatim untuk Counseling Lab 2 dan juga Cross-Cultural. Muak tambah nak termuntah dengar rakaman, pastu nak kena tulis word by word apa yag kita dengar tu. Semua orang punyai simptom yang sama bila kena buat verbatim. Counseling Lab kena dengar rakaman 20 minit dan Cross-cultural 40 minit. Wah...boleh pengsan macam ni. Lepas ni, telinga tak yah cuci dah sebab dah cair dengar banyak sangat. Harap, gegendang telinga tak rosak la  ^_^

Okey, tadi dalam masa berehat, sempat lagi tengok no kenderaan yang terbaru. Pulau Pinang dah PKB tau. Pantas betul. Saya tunggu nak beli kereta masa plat PNG. Baru smart kereta saya nanti. Orang Penang kena la pakai no plat Penang walaupun bekerja dan menetap di Singapore pun. PNG please wait for me ~ngee~



Nombor plat terkini as at
Sun Mar 13 12:35:00 2011

Perak AHL7836
Selangor BLD9047
Pahang CCT8039
Kelantan DBU4886
Johor JMT8315
Kedah KCX386
Langkawi KV684D
Labuan LD5347
Melaka MCA6538
N Sembilan NCM2987
Pulau Pinang PKB716
Kuching QAW2476
Sri Aman QBA9456
K Samarahan QCC1500
Limbang QLA4697
Miri QMR902
Kapit QP5793
Sarikei QRF6745
Sibu QSU2981
Bintulu QTH4205
Perlis RJ5416
Kota Kinabalu SAB4427E
Beaufort SB2327B
Lahad Datu SD6142F
Kudat SK428A
Sandakan SS7582N
Tawau ST1340P
Keningau SU4345B
Terengganu TBC1167
Kuala Lumpur WVB1089


Okey, tak boleh nak tulis panjang-panjang. Nanti tak siap la kerja sekolah saya. Sapa nak jawab ^_^
Sekian, Wassalam.

0 comments: