Thursday, March 10, 2011

Lawatan ke Parlimen

Assalamualaikum semua,
Mood sekarang masih lagi tak okey. Tapi, sekarang nak kongsi pengalaman HaRi Rabu, 09 Mac 2011. Selepas pi buat teaching stimulation kat Muzium Negara aritu, kali ni kami pi melawat ke Parlimen pula untuk kelas Civic & Citizenship. Best & teruja sangat nak pi ni. Pertama kali setelah hidup 23 thn 4 bln 21 hari, baru saya dapat merasa masuk Parlimen ^_^ Bangga kot sebagai rakyat Malaysia & pemegang kad pengenalan Malaysia. Dah...cut the crab crap. Tapi kan...yg tak bestnye, lecturer kesayangan kami Dr. Azam tak dapat ikut sama. Dia tak sihat. Kesian dia. Jadi, rombongan kami macam tak meriah sikit sebab tak ada lecturer yang mengiring. Macam mana pun, kami ada ketua rombongan yang tegar, dedikasi dan beribawa. Walaubagaimanapun, lawatan masih tetap di teruskan. 

Ketua rombongan, Cik Atiqah ni dah pesan awal-awal kat semua budak kelas suruh kumpul pukul 7.45pg dan bas akan jln pukul 8 pg. Tapi, biasalah dah jadi adat, kata pukul 8 pg nak bertolak, alih-alih jadi 8.30 pg baru bas jalan. Dah ramai-ramai, mesti ada yg terlewat. Mungkin dia pun tak sengaja, bukan niat dia pun nak datang lambat kan. So, not a big deal lah :) Oh ya, tiba-tiba pagi tadi seorang rakan kami kena cirit-birit, jadi dia pun tak dapat sertai lawatan ni. Ehm....nak buat macam mana, tak ada rezeki la tu.

Rombongan kami Alhamdulillah selamat tiba kat parlimen jam 9.15 pg. Dekat ja UIA dgn parlimen tu. Kami patutnya masuk pukul 11 pg, jadi dah sampai awal tu, kami di suruh makan dulu la. Apa lagi, semua pakat serang kafe la. Tadi saya makan roti canai. Alhamdulillah, terasa nikmat bila dapat makan roti canai kuah banjir yang sedap tu. Nak buat macam mana kan, Org penang memang tak boleh tak makan kari, lagipun kari tadi agak sedap. Ehm...sedap ke saya yang lapar sangat?  ^_^ tp sungguh la, kari ikan tadi memang sedap pun. 

teruja bila nampak bagunan Parlimen ^_^

Berkumpul lepas turun dari bas
cari apa tu cik Ann?
Semua orang gembira sebab dah sampai kat Parlimen
 
Sebelum kita masuk bersidang, mari kita bersidang isi perut dulu ye ^_^
Tepat jam 10.30 pg, kami pun pergi balik ke pintu 7 untuk pelawat. Kamera & handphone kena tinggal, tak boleh bawa masuk. Sebelum masuk, beg pun kena scan. EHm....canggih gak parlimen ni kan. Oh ya, masa kami tgh berbaris nak masuk parlimen, Datuk Noraini lalu. Kecik comel ja orangnya, saya dah pernah jumpa dulu masa program kat Pahang, tapi sekarang dia dah nampak lain.  Baik betul beliau ni, siap salam ngan kami semua kat situ. Cool je oranngya, lagi sweet la plak beliau ni lepas pakai tudung. ^_^

Sebelum masuk, kami di beri penerangan tentang do's & dont's masa parlimen tgh bersidang. Kami tak boleh masuk campur masa tgh bersidang tu, kalau nak tanya soalan ke apa pun tak boleh, kena duduk diam-diam dan dengar je. EHm...tu semua org tau kan? :) Okey, kat dlm tu sejuk giler kot. Walaupun sejuk, tapi keadaan dlm tu terasa panas dengan isu-isu yg di bangkitkan. Oh...best betul dapat tengok ahli parlimen ni bersidang & berbahas secara langsung. Teruja kot. YB tu semua, lepas tanya soalan, berbahas, bertikam-lidah, pastu boleh senyum-senyum pi salam YB yg lain kot. Macam tak ada apa. Tadi bukan main berperang mulut. Ahli parlimen Lenggong siap ckp kat kami, dia kata "Jgn gaduh-gaduh tau. Tak baik gaduh ni" hehehe...kelakar la pulak bila dia kata mcm tu. Sepanjang pemerhatian saya, dia j eyg suka mencelah dan provok YB lain. Huhuhu...

Tadi, sempat la nampak Menteri-menteri yang hebat yang selalu nampak kat Tv atau akhbar je. Kali ni nampak depan-depan kot. Mereka ni sungguh cool. Tapi dlm ramai-ramai, nampak juga YB kesukaan saya, Datuk Idris Haron, YB Tangga Batu. Beliau seorang je YB yang lalu depan kami yang senyum dan bagi salam. Dia memang best. Pastu nampak YB Kulim, Zulkifli Nordin. Tak sangka dia bertanya soalan yang memang menjadi persoalan saya iaitu kes rogol yang pesalahnya dapat menjalani hukuman serentak. Tapi, Dato' Nazri bagi jawapan yang tak memuaskan. YB Zulkifli ckp balik yg dia tahu hal perundangan,  dia kan peguam, tapi dia nak tahu apa langkah kerajaan nak atasi isu ni. Ehm, saya pun tak puas hati masa Dato' Nazri menjawab dah la bagi cnth yang tak berkaitan. Layan je la. Tapi kan, YB ni semua, masa bersidang suka cakap meleret-leret, pastu ckp benda yang tak berkaitan pulak. Ehm....ke mmg itu gaya ahli politik. Lagi satu pemerhatian saya, nak jadi ahli politik ni mmg kena tak tau malu la. Kita cakap je, orang dengar tak dengar lain kira ^_^

Sebenarnya, banyak isu lagi yang di bahaskan tadi. YB Bukit Mertajam bawa isu wanita. Ada yang saya setuju, ada yang saya rasa nak bangkang je. Tapi, ayat YB dari BM ni mmg best la. Saya tertanya-tanya, sapa buat teks kat dia ye? Ayat dia sangat sinis dan kadang-kadang kelakar la juga. Lagi, isu perkauman juga di bangkitkan, pasal PLKN la. Pastu ckp lagi pasal sejarah UMNO, Partu Perikatan lah etc. Saya rasa semua YB tu tau benda basic macam ni. Mesti boring kan kalau setiap kali bersidang, kena remind balik hal ni. Tadi, YB Permatang Pauh tak ada pula. Yang ada YB Bachok, yang lain saya tak kenal sangat. Saya cam muka, tapi nama dah lupa. Huhuhu...

2 jam dalam Parlimen memang menambah pengetahuan saya. Dapat observe perangai Wakil Rakyat negara kita. Betul la macam kita tengok kat TV tu, dorang ni memang suka provok dan bertekak berbalas hujah. Agaknya, memang macam tu kot sikap ahli politik. Apa-apa pun, pengalaman tadi memang best. Sebelum masuk tadi, Naim ada cakap yang boring masa dengar Parlimen bersidang, kalau tengok bola tak apa la. Huhuhu... ada plak macam tu. Tapi saya rasa best apa. Tak boring pun. Suka tengok perangai orang, pastu dapat tengok wakil-wakil rakyat secara live. Best la kan. Walau saya tak minat politik sangat, tapi sebagai rakyat Malaysia kita memang patut berbangga sebab Parlimen kita masih sopan ketika berbahas, sebenarnya tak le sopan sangat pun, tapi okey la kan dari dok baling kerusi meja macam negara lain. 

Lepas ni, boleh la nak berbangga kan sebab dah sampai Parlimen. Sebelum ni lalu je, tapi sekarang dah dapat masuk pun. Rasa macam nak pi lagi. Tapi, kalau hari-hari tengok orang bersidang pun, muak jugak kan ^_^. Okey la, itu sahaja laporan lawatan ke Parlimen Malaysia oleh pelajar-pelajar kelas Civic & Citizenship. 


Baru habis bersidang, masing-masing check telefon.
Ketua rombongan, Cik Atiqah & buday gurl of the day, Cik Farah. Depa ni la org yg bersusah-payah merealisasikan rombongan kami ke Parlimen.



Orang kuat di sebalik lawatan ke Parlimen


Gambar ni nampak tak balance tp nice kan?


Rasanya ni la tempat selalu kalau wartawan TV 1 buat lintas langsung ^_^


Akhirnya, sampai juga kat Parlimen ni


Selamat Tinggal. Masa untuk balik
p/s: Atiqah, aci dak kalau amik entry ni jadi laporan lawatan kita? Cik Setiausaha ni malas nak tulis banyak kali ^_^

2 comments:

Miss Ann ~♥ said...

nape sket je muka i~~~~ menci u~~~ *hahahaha*

nadia said...

ala....ni kan blog i. mesti la muka u sikit. even muka i pun tak byk. i malu nak tepek gambar sendiri byk2. hehehe....