Monday, April 11, 2011

Mau balik rumah

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, tepat jam 5 petang tadi berakhirlah sudah final exam saya. Rasa lega sangat dan seronok pun ada. Tapi, memikirkan keputusannya nanti, buat saya risau pulak. Apa-apa pun, semua dah lepas dan tak boleh patah balik pun. Lets by gone be by gone. Life must go on. 

Dalam hati dan fikiran sekarang dok ingat nak balik je la. Nak berkemas-kemas nak balik Penang dah malam ni. Pantas kan? Maklumlah, dah lama sangat tak balik. Bila dah habis exam, mesti la cepat-cepat nak balik. Mintak maaf ya kawan-kawan sebilik, saya balik dulu.  Tak sempat kita nak buat majlis perpisahan. Lepas ni dah nak berpisah lebih kurang 5 bulan. Nanti bulan 9 baru boleh jumpa balik. Tapi, kalian bertiga tak ambil short semester kan? Mesti seronok cuti lama-lama kat rumah. 

Okey. Malam ni balik dengan menaiki kenderaan rasmi, iaitu kereta api. Saya ni pelanggan setia Kereta Api Tanah Melayu tau ^_^. Ehm...nak tulis panjang-panjang lagi, tapi tak apa la. Nanti kita sambung tulis kat rumah pulak. Rasa seronok nak balik dah melangit tinggi. Tak sabar nak sampai rumah. Bertolak malam ni, besok pagi baru sampai. Teringat tadi kata mama masa saya telefon sebelum menjawab exam. Bila saya kata dah tak boleh study, asyik teringat nak balik ja. Mama kata, rumah tak lari, jawab exam tu dulu elok-elok. Bagi dapat pointer tinggi, nanti tak payah bayar PTPTN dah. Mama saya memang pandai bagi nasihat, sampai saya tak boleh kata apa. Huhuhu...tapi kadang-kadang ada juga la saya menjawab. Tapi, tadi masa menjawab last paper tu, memang tak boleh tumpu pun. Apa yang saya baca pun tak ingat sangat. Tadi tu main hentam je menjawab. Saya, kalau paper last memang begitu, memang tak ada hati dah nak menjawab, tambahan dah memang nak balik pun kan malam ni. Lagi la rasa rumah tu macam dok memanggil je.


Okeylah. Jumpa nanti pulak kat Penang. Doakan saya selamat sampai dan Allah permudahkan segala urusan. 


Sekian. Wassalam.

0 comments: