Sunday, April 17, 2011

Random: Kisah Kembara Mencari Ilmu

Assalamualaikum semua,

Terbang
Langit itu cantik sebab dia berwarna biru. Di mana-mana kita pandang, langit tetap biru. Biru yang membawa kedamaian pada hati. Pabila melihat burung yang bertebangan bebas di langit, hati terasa mahu terbang juga. Alangkah bagusnya kalau punya sayap. Boleh terbang ke mana sahaja yang kita mahu. Bebas bergerak tanpa gangguan. Boleh tengok pemandangan dari atas. Mesti sangat cantik kan? Tapi, saya bukan seekor burung manakan boleh terbang. 


Padang
Memandang padang yang luas membuatkan hati turut rasa damai. Kehijauan rumput boleh menenangkan hati yang rawan. Bau rumput yang segar juga boleh mendamaikan rasa resah hati. Melihat padang yang luas membuat hati mahu berlari-lari bebas di atasnya. Mahu mencari rahsia di sebalik kedamaian rumput-rumput yang menghijau di atas padang. Sebab kata pepatah, luas berjalan luas pemandangan.  Walaupun rumput itu tempatnya di bawah, menjadi hamparan untuk kita pijak namun rumput masih hijau. Rumput yang hijau terus mewarnai dunia dengan warna yang damai itu biarpun berbagai ujian menempias mengenai  diri. Banyak yang kita boleh pelajari apabila kita berada di padang bukan?



Jutawan
Ada orang kata kebahagian adalah kekayaan. Sebab kita perlukan duit untuk segalanya. Bak kata orang putih, No Money, No Talk. Betul ke? Tapi tak semua benda boleh di beli dengan wang ringgit kan. Kalau banyak duit tapi hati tak tenang tak guna jugak kan. Jadi bersederhanalah. Tak perlu kaya sangat dan jangan terlalu susah. Tapi kalau dah kaya, apalah salahnya kita mmebantu orang yang memerlukan. Bergelar jutawan memang seronok sebab kita punya wang untuk beli apa saja yang kita mahu. Tapi, kekayaan apa yang kita nak cari sebenarnya? Kekayaan dunia atau kekayaan akhirat?

Saya mahu terbang ke suatu tempat.................
Saya mahu melawat padang yang luas...............
Saya mahu bergelar jutawan.............................

Apa jua yang kita lakukan, carilah hikmah di setiapnya agar hidup kita tak sia-sia. Walau yang baik, walau yang buruk, pasti ia sesuatu yang baik atas kehendak Allah.  

P/s: Saya mahu mengembara ke suatu tempat hari ini. Mahu mengutip pengalaman, mahu meluaskan pemandangan, mahu mencari makna hidup, mahu ambil segala kebaikan di depan mata. Kali ini kembara saya jauh ke seberang. Ke satu tempat yang saya pernah bermimpi untuk jejaki. Tapi yang pasti bukan Sepanyol la ^_^ Semoga Allah permudahkan perjalanan ini. Semoga perjalanan ini di berkati. Tak sabar nak berlepas ni. Jumpa lagi nanti. Mesti banyak kisah yang menarik saya nak coretkan nanti.

Sekian. Wassalam. 


2 comments:

Tuan Punya Hati said...

where is the place? tak sabar nk tahu..kak nad bw la sy sekali..bolehkah?

nadia said...

tempatnya adalah Padang ^_^