Thursday, May 26, 2011


Assalamualaikum semua,
Hari ini mau cerita satu kisah yang berlaku di sekolah tadi. Seseorang telah membuatkan saya menagis. Huhuhu… sebelum ini saya pernah cerita yang saya hampir nangis masa buat sesi kaunseling. Dan dia orang yang sama buat saya buat saya menagis, tapi kali ini lepas dah habis sesi la. 

Ehm… hari ini merupakan sesi terakhir kami. Saya tak sangka kami terpaksa “berpisah”. Dia pun macam sedih sangat dan dia kata akan rindu saya. Dia merupakan klien pertama saya di sekolah ni tau. Banyak yang saya belajar dari dia sebagai seorang kaunselor. Kes dia tak la berat mana bila di beritahu, tapi bila dah saya terokai,  banyak yang sebenarnya perkara sebenar yang orang lain tak nampak dan rasa. Saya rasa, dia tak patut untuk rasa apa yang dia hadapi sekarang. Dunia memang kejam untuk dia. Tapi, siapalah saya untuk berkata begitu. Itu semua Allah yan tentukan  nasib dan takdir setiap hambanya. Itu yang saya tekankan pada dia dan juga diri sendiri.

Saya sangat bangga dengan dia sebab dia ada azam yang kuat untuk mengubah apa yang berlaku dalam hidup dia sekarang. Pada mulanya, sepanjang dua sesi kaunseling, saya tak nampak sebarang perubahan atau peningkatan pun. Saya pun rasa tak best sebab saya rasa saya macam tak membantu apa-apa untuk dia. Tak ada perubahan walaupun dah buat sesi kaunseling. Saya sendiri pun masih mencari cara yang terbaik untuk dia. Tapi Alhamdulillah, bila dah sesi terakhir, dia dah jumpa apa yang dia cari selama. 

Kata-kata terakhir dia pada saya buat saya terharu. Dia doakan kejayaan saya, dia doakan kebaikan untuk hidup saya dan dia doakan yang baik-baik untuk saya. Kata-kata dia yang lain buat saya menitiskan air mata. Terharu dan tak sangka. Saya tak harap banyak dari dia pun. Saya harap apa pun keputusan yang dia buat lepas ini, segalanya dia yang tentukan dan pilih. Saya hanya tolong dia sedar benda itu. Saya nak dia berjaya dalam hidup untuk dunia dan akhirat. Semoga dia mendapat akhiran yang baik. 

p/s: Cuti sekolah dah bermula. Ingat dapat la bercuti dua minggu, tapi tidak sama sekali. Huhuhu….nak balik kampung.  

0 comments: