Assalamualaikum semua,
hari  ini cukup sebulan blog ini tak di up-date. Lama giler blog ni terbiar  tanpa catatan. Sesungguhnya, macam-macam saya nak coretkan kat sini,  tapi kekangan masa. Ada yang merindui saya tak? (Perasan sat blog ni ada  peminat)
Ehm, sepanjang  saya praktikal, blog ni jarang di  up-date sebab saya takut tercerita  pasal klien saya pulak. Akta  kerahsian kena jaga. Kalau tak, klien dah  tak percaya kita. Kaunselor  ada cara macam mana nak simpan rahsia tu  ye. Nanti, kalau ada masa, saya  nak ceritakan pengalaman tu. Macam mana  saya buat supaya tak menangis  dah semasa buat sesi kaunseling ^_^
Okey, seperti yang di ketahui,  praktikal saya sebagai guru kaunseling belum habis. Insyaallah, 30hb 6  baru tamat. Tak sabar nak habiskan praktikal ni dan dalam masa yang sama  sedih sebab nak berpisah dengan anak-anak murid yang cool and comey tu.  Tapi, apa kan daya, dalam dunia ni tak ada yang kekal. Terima  kasih kat suasana yang sekolah yang membuatkan saya dan Ann selesa  menjalankan tugas kami kat sana. Kadang-kadang rasa macam buat sekolah  sendiri pun ada. Kat sana, kamilah kot cikgu pratikal paling rajin sebab  bekerja 7.20 pagi hingga 6.40 petang. Rajin tak kami? Sesi pagi petang  kami sapu ^_^
Dalam minggu terakhir ni, macam- macam  perasaan saya sekarang. Rasa tak sabar nak habis, rasa sedih nak  meninggalkan alam sekolah dan pekerjaan, rasa sayang nak tinggalkan  pelajar yang telah dikaunseling oleh saya, rasa takut nak menghadapi  case presentation nanti, rasa macam tak sempat nak buat report klien dan  macam-macam lagi dalam hati dan fikiran saya. Apa nak buat ni? Huhuhu….  
Sebab ni minggu ke-7 a.k.a minggu  terakhir saya berpraktikal, saya nak menulis balik kat sini. Sebab  utamanya, saya kena hantar jurnal apa perasaan minggu terakhir. Jadi,  bila saya menulis kat sini, saya akan ingat dan luahan perasaan tu lebih  real. Lepas ni, copy paste & translate to english je. senang  keja saya ^_^
Ehm… minggu ni akan menjadi minggu untuk saya dan Ann menjadi selfish a.k.a. penjual ikan. Sebabnya, kami terpaksa berkejar nak cukupkan  jam kredit untuk kaunseling individu yang tak cukup ni. Makanya, klien perlu dipanggil masa sesi P&P.  Ada  masa terluang, kami memang akan panggil je. Maaflah cikgu-cikgu, kami  terpaksa buat begini. Minggu ni je, minggu depan dah tak ada “gangguan”  ini lagi. Harap maklum  ^_^
Okeylah.  Coretan saya sampai takat ni. Kalau ikut hati, mau nak tulis lagi.  Tapi, Cik Ann di sebelah ni dok jeling-jeling tanya saya tengah buat  apa. Dia ingat saya tengah type assignment. Hehehe…ok then. 
Wassalam. 
 
 
No comments:
Post a Comment