Tuesday, April 2, 2013

Hari ini...

Assalamualaikum semua,

expect the unexpected !!!

yeah, hari ni dekat sekolah tiba-tiba dapat kerja ad-hoc. Macam biasa, bila sampai sekolah, punch card, panjat tingkat 3 untuk ke bilik kaunseling, buka lampu & kipas, kemas meja, buka tingkap, susun buku; ni semua kerja rutin setiap hari kalau rajin.

Ambil kertas, nak tulis perancangan kerja untuk hari ini. Nak kena fax surat jemputan program, nak selesaikan ujian psikometrik, mungkin nak panggil pelajar untuk sesi kaunseling dll. Masa tengah kusyuk menulis, Ustaz Penolong Kanan datang. Kesian dia, tercungap-cungap tahan nafas. Penat kot, macam berlari ke bilik saya ni. Kemudian dia bagi surat. Dalam hati, ni mesti surat program kaunseling ni.

"Ustazah, boleh dak nak mintak tolong pi kursus . Cikgu yang patut pi bla...bla...bla..bla...bla..."

Saya pun tengok surat jemputan ke Kursus Pengenalan Pertandingan Sahibba. Tengok tarikh, eh hari ni la. Mula pukul 8 pg hingga 4 ptg. Tengok jam, eh dah pukul 7.45 pg dh. Kursus mula pukul 8. Macam mana ni????

Jawapan saya: "Okey ustaz, saya pi"

"Terima kasih na"

Lepas Ustaz Penolong Kanan turun, saya blur. Eh macam mana aku pi ni. Boleh dak tak mau pi? Tapi tadi kata boleh kan???

Sebenarnya, kepala ni masih dok proses this unexpected things. Tetiba kan. Ni la namanya kerja ad-hod.

Rupanya, bila dah masuk alam pekerjaan yang betul, kerja ad-hoc macam ni mesti akan ada. Dulu masa mula-mula dekat UIA, memang selalu ada kerja ad-hoc. Awal tu, agak tak suka dan tak senang. Sebab saya ni jenis, kalau rancang sesuatu, mesti kena ikut. Kalau yang kita dah rancang, tiba-tiba kena block, mesti la nak hangin kan.

Tapi tu dulu, sepanjang 4 tahun belajar di UIA, saya belajar satu term iaitu expect the unexpected secara tidak formal. Sebab term ni bukan salah satu teori kaunseling pun, cuma sekadar term yang kerap di gunakan oleh saya dan my partner in crime, Cik Ann. Sebagai pelajar kaunseling kami akan think positive bila ada hal yang kami tak expect terjadi. Dan perkra-perkara ad-hoc macam ni mesti ada jalan penyelesaiannya.

Maka, kepala mula fikir, apa yang patut buat dulu sebelum nak pi kursus ni. Dalam hati dok fikir perkara-perkara yang baik ja. Insyaallah, everything will be fine.

Alhamdulillah, bila pi sana seronok la pulak. Dapat ilmu baru, dapat kawan baru, dapat pengalaman baru. Dekat sana semua cikgu yang agak senior dan kebayakan guru yang mengajar Bahasa Malaysia. Saya ja tersesat sorang-sorang, guru kaunseling, guru interim tapi kalau saya tak  cakap orang bukan tau pun. Mula-mula rasa berdebar gak, nak kawan dengan sapa dalam dewan nanti, dah la tak kenal siapa-siapa. Tapi macam biasa, denga muka confident, masuk dalam dewan. Dah la mai lambat kan, orang semua dah tengah makan. Tegur sorang cikgu ni. Tanya tentang pendaftaran. Pastu pi daftar, orang-orang dekat situ semua tegur, jemput makan lepas daftar. They are so freindly & welcoming. I like it :) Dah hilang rasa berdebar & segan.

Masa daftar tu, nampak nama cikgu yang di kenali. Pusing kepala cari dia, kot-kot nampak. Elok dia dok melambai sambil tersenyum dekat saya. Alhamdulillah, ada geng, yeay. Pi dekat dia, salam dan tegur cikgu-cikgu lain dekat situ gak. Sejak jadi kaunselor semula, saya rasa, saya makin peramah, bleh dok tegur orang dan bersembang macam kenal lama dah. Ehm...good improvement right. Well done Nadia ^_^

Kursus ni sangat best. Rasa tak rugi mai. Yang bagi ceramah tadi, pegawai dari DBP. Mula-mula cerita apa itu permainan Sahibba. Sahibba ni dalam bahasa Melayu, kalau bahasa Inggeris di panggil Scrabble.  Dia bagi penerangan cara nak main, macam mana nak dapat markah, dll. Tadi banyak tentang macam mana pertandingan Sahibba di jalankan di peringkat sekolah. Kalau nak main for fun tu senang ja. Turut di terangkan, macam mana nak jadi hakim untuk pertandingan ni. Lepas semua dah pandai, masa untuk bermain. Yeay dapat main. Rasa release & happy macam buat play therapy ja :)

Baru sedar, rupanya Sahibba ni permainan yang sangat menarik. Kami main 3 orang. Masa main tu, terserlah kekurangan kosa kata saya. Lawan dengan cikgu yang mengajar BM, mesti la depa lagi hebat. Saya banyak buat perkataan yang ada 3 huruf, depa buat perkataan yang lebih dari 5 huruf. Masa dok fikir nak bina perkataan apa, mesti perkataan dalam bahasa Inggeris yang terkeluar. Masa tu rasa, Ya Allah, kenapa tak pandai nak bina perkataan ni !!!. Sabar, baru warm up kan :) Bila dah lama-lama sikit, ada la improvement sikit.

 Ilmu dapat, main dapat, makan dapat, sijil dapat; mesti la best kan. Pengalaman yang sungguh bermakna untuk hari ini. Tak apalah kalau apa yang saya nak buat hari ni tak menjadi, tapi Allah ganti yang lebih baik. Saya pun tak sangka hari ni dapat belajar tentang Sahibba. Satu ilmu baru untuk saya. Rasanya, lepas ni memang nak beli 1 set Sahibba untuk diri sendiri.

Begitulah, dalam hidup ni kita memang tak akan jangka apa yang akan jadi. Apa yang di rancang lain yang jadi. Yang dulu sihat, tiba-tiba jatuh sakit. Sekarang gembira, esok lusa mungkin berduka. Begitulah sebaliknya. Sebagai Muslim, bersangka baiklah dengan Allah. Insyaallah, Allah akan bagi kebaikan kepada kita. Sesuatu yang kita tak suka, akan jadi baik bila kita bersangka baik :)
Segala yang baik, datang dari Allah. Segala yang buruk itu, kelemahan dari diri manusia itu sendiri.




0 comments: