Saturday, September 19, 2009
Salam Aidilfitri...
Dapatkan ecard NasyidFM Disini
Assalamualaikum semua,
kita semakin menghampiri ke penghujung Ramadhan. Insyallah, kalau nampak anak bulan, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri besok. Masyallah, sekejap je rasa dah hampir sebulan kita berpuasa. Tapi, rasanya saya sendiri belum cukup beribadat dan beramal dalam bulan yang mulia ni. Rasanya, banyak saya nak buat tapi tak terbuat-buat. Azam Ramadhan pun tak tercapai rasanya. Huhuhu...
Semoga kita semua, apabila keluar dari Madrasah Ramadhan ni, kita akan menjadi lebih baik. Terutama ibadat-ibadat yang kita dah terbiasa lakukan dalam bulan Ramdhan ni. Insyallah, moga Allah memberi kekuatan dan hidayah-Nya. Jangan malas-malas lagi nak beribadat dan berbuat kebaikan. (Peringatan untuk diri saya sendiri sebenarnya)
Semoga Allah terima ibadat kita dalam bulan Ramadhan ini, dan moga-moga terhapus segala dosa-dosa kita.
Aidilfitri adalah hari raya umat Islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT di mana insan dikembalikan pada fitrahnya dengan mendapat ampunan dari Allah SWT. Ini sekaligus sebagai hari bergembiranya kaum muslimin dimana diperintahkan untuk makan dan minum sebagai ungkapan syukur kepada Allah SWT.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada:
-semua kawan-kawan saya
-kepada pelawat-pelawat yang sudi berkunjung ke sini,
-tak lupa buat kawan-kawan di IIUM,
-budak2 GUIDE,
-my beloved rumate,
-"kembar tak rasmi" saya di T'ganu,
-kenalan-kenalan yang saya kenal melalui blog,
-dan semua Muslimin & Muslimat, saudara seIslam.
Di sini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap, andai ada yang berasa hati dengan lidah saya yang lancang berbicara, ada kelakuan saya yang tak menyenangkan mata yang memandang, dan segala kekurangan saya, pohon di maafkan segalanya.
Dapatkan ecard NasyidFM Disini
Kalau ada yang sudi, jemputlah beraya ke rumah saya.
Dapatkan ecard NasyidFM Disini
Akhir kalam,
Semoga Allah SWT menjadikan kita semua sebagai hamba-hamba-Nya yang kembali (kepada fitrah) dan sebagai hamba-hamba-Nya yang menang (melawan hawa nafsu). Dan semoga Allah SWT menerima seluruh amal ibadat kita semua.
:::Eid mubarak:::
:::Kullu am wa antum bi-khair:::
Thursday, September 17, 2009
Ada kala kita.....
:::Ada di antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab datang bekerja, hasilnya macam kita tak datang kerja:::
:::Ada kala kita rasa kita amat sibuk, rupanya kita hanya kelam kabut:::
:::Ada kala kita rasa kita prihatin, tapi rupanya kita jaga tepi kain orang:::
:::Ada kala kita rasa kita berfikiran terbuka dan berterus terang tapi rupanya kita kurang pengajaran:::
:::Ada kala kita rasa kita berfikiran kritis, rupanya kita hanya lebih kepada kritik yang mencipta krisis:::
:::Ada kala kita rasa kita ingin menjadi lebih mesra tapi rupanya kita dilihat lebih mengada-ngada:::
:::Ada kala kita suka bertanya "kenapa aku macam tak ada kerja" adalah lebih baik kita tanya "apa lagi kerja yang aku boleh buat" :::
source: weekly women magazine (Ogos 09)

Sunday, September 13, 2009
Nasyid Underground
Nasyid underground???? Huhuhu... Nasyid pun indie ke? Jgn tak tau ye. Dasyat la revolusi industri nasyid sekarang. Yang ni cover album nasyeed underground. Album ni baru je release. Ada 14 buah lagu yang pelbagai genre. Semua lagu dalam album ni memang sedap2 belaka dan di nyanyikan oleh penasyid indipendent Malaysia.
Antara lagu yang ada dalam album ni:
1) Selawat Aluan (Shureem)
2) Selawat Tawassul (FeelHoney, Misk, Vir2vois)
3) Realiti (Paradise)
4) Di Tangisan Cinta (Syahman, Taqi NICE, Halim DEVOTEES)
5) Jodoh & Takdir (Misk)
6) Bebaskan (Rahmat)
7) Segalanya Ada (Syahman)
8) Kuharap Redha-Mu (Vir2vois)
9) Teman (Zul MV)
10) Kisah Cinta (FeelHoney)
11) Message Undelivered (Halim)
12) Bukan Niatku (Special appearance : DEVOTEES)
13) Keceriaanmu (Special Appearance : Fakhrul AQ3)
14) Masih Ada Cinta (Special appearance : NICE)
Semua lagu sangat best bagi saya. Setiap lagu ada keistimewaan tersendiri dari track pertama, Selawat Aluan sampaila track terakhir, Message Undeliver dan my favourite song is track no 2, lagu dr Devotees; Bukan Niatku. Huhuhu...saya suka lagu dan lirik dia. Bro. Halim yang compose lagu ni. Best...
Tapi, ada juga yang jiwang bagi saya. Lagu yang tak bleh blah bagi saya adlah Message Undeliver. Ingat lagu ni dlm English, tapi fully in Malay. Bro. Halim from Devotees yang nyanyi lagu ni, & dia gak yg compose. Huhuhu...kisah benar ke? Newey, lagu ni saya nak tergelak gak kalau dengar sorang2. Macam kelakar, i wonder macam mana Bro. Halim dapt idea tuk lagu ni. Ehm....*thinking*
Sayang la dlm album ni tak ada lirik di sertakan sekali. Kalau nak lihat lirik tu, kena log on to blog nasyid indie. Tapi, bila buka kat situ pun tak leh gak. Huhuhu...a bit disappointed. Tak best la tak ada lirik nak tengok-tengok.
Ok, tuk membeli album ni bleh lawati blog nasyidindie Beli & dengar sendiri, pasti anda berpuas ati. Album ni tak ada kat semua kedai kecuali tempat-tempat yang terpilih je. Dah nama pun underground kan.Jadi kalau nak, kena tempah atau beli dari wakil penjual dorang.
Selamat Mendengar Album Nasyid Underground ni.
source: http://nasyidindie.blogspot.com/
Saturday, September 12, 2009
balik kampung.....
Alhamdulillah, dalam pukul 4 pg tadi dah sampai Penang. Home sweet home. Rindu giler kampung halaman, maklumlah lama dah tak balik. Alhamdulillah, perjalanan tadi lancar sahaja. Dah selamat sampai pun kan.
Saya naik bas yang organize by SRC, IIUM. Bas ok je, selesa gak, walaupun tu bas sekolah. Sepatutnya bas jalan pukul 9. Tapi tahu-tahu je la, janji Melayu ni kan. Bas datang on time, tapi budak-budak lain la. Lebih kurang pukul 10 la baru bas jalan. Bas kita orang yang lambat sekali gerak sebab tunggu sorang budak lelaki ni. Lambat gak dia datang. Kacau mood betul la budak tu. Kita orang dah tak sabar-sabar nak balik kampung ni. Huhuhu.... Dia plak lambat. Sabarlah wahai hati. Nasib tak kena tinggal je....
Tadi lepas kuar dari UIA bas tu pi kat jalan Duta. Berhenti lama gak la. Buat apa tah. Then, bas tu jalan dalam pukul 11.30 lebih kurang(ikut jam saya eh). Dalam ati dah berangin ni, nak bas gerak cepat-cepat , tadi dah la lambat gerak dari UIA. Huhuhu...Allah je la tahu perasaan masa tu. Dah tak leh sabar rasanya. Ye la, kita dah set dalam kepala bas akan jalan dalam pukul 9, okey di lewatkan sebab masalah teknikal tadi. Pastu, kuar dari UIA pun, tak straight jalan, stop kat Jalan Duta pulak. Tensen giler masa tu, hampir nak murung la. Hehehehe....recently, suka sangat guna word ni.
Ramai gak yang naik bas tu. Sebenarnya, bas ni bas yang ke utara. Combine, B'worth, Sg. Petani & Alor Star. Tadi sebelum bertolak, kita orang di beritahu oleh Bro. Mukhlis, dia suruh evaluate la bas ni. Kalau dia ada wat kesalahan lalu lintas ke. Dia siap suruh catit bila dan kat mana kesalahan tu berlaku, sebab nak check ngan JPJ. Hehehehe...efisen betul.
Komen saya tuk bas ni, huhuhu...agak laju kot dia bawak. Sampai dalam ati saya dah pikir, bas ni ada break yang bagus tak? Huhuhu...risau terlajak je. Apa la bleh pikir sampai macam tu sekali. Sebab apa saya kata laju, ehm....pertamanya, mesti la kita rasa kan kalau bas tu laju ke tak. Pastu, bas ni sampai awal agak la kat Ipoh dalam kul 1.30 pg. Lepas Ipoh, saya sambung tidur balik. Sedar-sedar dah sampai kat Hentian Bkt. Gantang. Masa tu baru pukul 2.30 pg. Huhuhu...laju gak la dia bawak. Kalu tak,takan lah dia bleh kejar masa ontime macam tu.
Apapun, best balik ramai-ramai macam ni. Tapi mood nak blik kampung tak la rasa sangat sebab raya lambat lagi kot. Cuma rasa tak sabar nak balik jumpa family ja. Mood nak raya belum datang pun. Ye la, Ramadhan kan masih ada lagi. Masih ada masa untuk meningkatkan ibadah di bulan mulia ni. Tetiba teringat azam ramadhan yang tak tercapai lagi ni. Huhuhu....tak tau tercapai ke tak. Ya Allah, Kau teguhkanlah hatiku ini...Amin.
P/s: Selamat Bercuti dan Selamat Balik Kampung buat semua kawan-kawan.

Thursday, September 10, 2009
...serabut je...
==sibuk== (banyak keje nak kena wat)
==serabut== (tengok banyak benda tak selesai lagi)
==penat== (panjat tangga "bt caves")
==letih== (letih mental sebenarnya)
==sedih== (tetiba je...huhuhu)
==murung== (sebab tak dapat apa yg nak)
==rindu== (mama, abah, my family kat kampung)
tak tau nak wat apa
perasaan dah bercampur-baur
kejap OK, kejap tak
huhuhu....
tak tau nak pikir apa dah
Ya Allah, minggu yang saya rasa sungguh mencabar. Banyak kerja nak kena selesaikan sebelum balik cuti ni. Dan yang paling best, dapat "buah tangan" sempena balik cuti raya ni. Rasa macam, tak cuti pun tak apa. Kerjanya berlambak-lambak macam cuti sebulan je. Huhuhu...Sabar je la. Setiap subjek ada kerja yang perlu di hantar selepas balik cuti raya. Tak raya le tahun ni. Ngadap je assigment tu.
Minggu ni pun rasa macam pendek je. Kejap dah masuk minggu baru. Kerja pula semua ada dateline. Alhamdulillah, yang perlu di hantar dah selesai. Tambahan pula, minggu ni ada dua paper mid-term. Lagila rasa masa berjalan dengan pantas. Study tuk exam pun lebih kurang je. Skill Counseling tu boleh la nak goreng-goreng, tapi paper Theory counseling nak goreng macam mana. By hook or by crook, memang kena baca la. Huhuhu....(besok paper ni, tp tak baca buku lagi). Sebenarnya, tak sabar nak balik kampung besok ni. Doakan saya selamat bertolak dan selamat sampai ya.
Sesungguhnya masa adalah kehidupan. Setiap masa yang dah berlalu tak akan kembali lagi. Masa yang telah berlalu itu adalah kehidupan kita yang telah berlalu. Alangkah ruginya, setiap masa yang berlalu itu kita tak manfaatkan atau hargai.
Antara nikmat yang jarang kita syukuri adalah nikmat sihat. Jika kita sihat, banyak perkara dapat kita lakukan dengan baik dan lancar. Dapat ke kelas untuk belajar, beribadat kepada Allah, dll. Kalau dah sakit, nak wat apa pun dah tak larat. Lagi satu nikmat yang jarang kita syukuri ialah masa lapang. Pada waktu lapang lah kita perlu isikan dengan perkara yang baik2 atau menyelesaikan perkara yang perlu. Sekarang waktu sibuk saya, dan saya sangat hargai waktu lapang saya dah berlalu tu. Nak amik balik dah tak boleh, maka teruskan lah menghadapi detik yang mendatang. Huhuhu...apa yang saya nak cakap sebenarnya???? Maka di sini, saya nak cakap hargailah waktu lapang sebelum datang waktu sempit tu. Rasa macam tak cukup 24 jam tu kalau dah semua benda nak kena buat.
Kepada kawan-kawan, selamat membuat assignment. Wat ngan penuh keikhlasan , baru dapat berkatnya. Huhuhuhu....

Sunday, September 6, 2009
Surah Al-Qamar
[1]
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
[2]
Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
[3]
Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).
[4]
Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu).
[5]
(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar).
[6]
Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah);
[7]
(Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran.
[8]
Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar!
[9]
Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).
[10]
Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!
[11]
Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.
[12]
Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.
[13]
Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;
[14]
Yang belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar!
[15]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?
[16]
Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu.
[17]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
[18]
(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu!
[19]
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; -
[20]
Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar.
[21]
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
[22]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
[23]
(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh).
[24]
Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!
[25]
Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.
[26]
Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.
[27]
Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).
[28]
Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).
[29]
(Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.
[30]
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
[31]
Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.
[32]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
[33]
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).
[34]
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,
[35]
Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.
[36]
Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
[37]
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
[38]
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).
[39]
Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
[40]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
[41]
Dan demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi amaran.
[42]
Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.
[43]
Adakah orang-orang kafir kamu (wahai kaum musyrik Mekah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir yang tersebut itu? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang kebebasan kamu (dari azab)?
[44]
(Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya): Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!
[45]
Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
[46]
(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
[47]
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka.
[48]
Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka.
[49]
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
[50]
Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.
[51]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?
[52]
Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal;
[53]
Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit.
[54]
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
[55]
Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.
Tuesday, September 1, 2009
Warga September.....
Assalamualaikum semua,
alhamdulillah kita dah masuk pun ke bulan September. Seperti biasa, saya ingin berkongsi ciri-ciri sikap yang ada pada orang yang lahir pada bulan September ni. Di sini saya nak ingatkan, ini adalah kajian yang di lakukan oleh Dr Fadhilah Kamsah selama lebih 25 tahun. Mungkin ada yang sama, mungkin juga tak sama. Jadi, yang mana yang baik tu kita kekalkan, dan kalau yang buruk tu, cuba-cubalah berubah ke arah kebaikan dan cuba memperbaiki diri. Sesungguhnya, ketahuilah, tiada yang sempurna di muka bumi ini, kecuali, Allah.
SEPTEMBER:
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* Orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

Subscribe to:
Posts (Atom)