Thursday, September 10, 2009

...serabut je...

==sibuk== (banyak keje nak kena wat)
==serabut== (tengok banyak benda tak selesai lagi)
==penat== (panjat tangga "bt caves")
==letih== (letih mental sebenarnya)
==sedih== (tetiba je...huhuhu)
==murung== (sebab tak dapat apa yg nak)
==rindu== (mama, abah, my family kat kampung)

tak tau nak wat apa
perasaan dah bercampur-baur
kejap OK, kejap tak
huhuhu....
tak tau nak pikir apa dah


Ya Allah, minggu yang saya rasa sungguh mencabar. Banyak kerja nak kena selesaikan sebelum balik cuti ni. Dan yang paling best, dapat "buah tangan" sempena balik cuti raya ni. Rasa macam, tak cuti pun tak apa. Kerjanya berlambak-lambak macam cuti sebulan je. Huhuhu...Sabar je la. Setiap subjek ada kerja yang perlu di hantar selepas balik cuti raya. Tak raya le tahun ni. Ngadap je assigment tu.

Minggu ni pun rasa macam pendek je. Kejap dah masuk minggu baru. Kerja pula semua ada dateline. Alhamdulillah, yang perlu di hantar dah selesai. Tambahan pula, minggu ni ada dua paper mid-term. Lagila rasa masa berjalan dengan pantas. Study tuk exam pun lebih kurang je. Skill Counseling tu boleh la nak goreng-goreng, tapi paper Theory counseling nak goreng macam mana. By hook or by crook, memang kena baca la. Huhuhu....(besok paper ni, tp tak baca buku lagi). Sebenarnya, tak sabar nak balik kampung besok ni. Doakan saya selamat bertolak dan selamat sampai ya.


Sesungguhnya masa adalah kehidupan. Setiap masa yang dah berlalu tak akan kembali lagi. Masa yang telah berlalu itu adalah kehidupan kita yang telah berlalu. Alangkah ruginya, setiap masa yang berlalu itu kita tak manfaatkan atau hargai.

Antara nikmat yang jarang kita syukuri adalah nikmat sihat. Jika kita sihat, banyak perkara dapat kita lakukan dengan baik dan lancar. Dapat ke kelas untuk belajar, beribadat kepada Allah, dll. Kalau dah sakit, nak wat apa pun dah tak larat. Lagi satu nikmat yang jarang kita syukuri ialah masa lapang. Pada waktu lapang lah kita perlu isikan dengan perkara yang baik2 atau menyelesaikan perkara yang perlu. Sekarang waktu sibuk saya, dan saya sangat hargai waktu lapang saya dah berlalu tu. Nak amik balik dah tak boleh, maka teruskan lah menghadapi detik yang mendatang. Huhuhu...apa yang saya nak cakap sebenarnya???? Maka di sini, saya nak cakap hargailah waktu lapang sebelum datang waktu sempit tu. Rasa macam tak cukup 24 jam tu kalau dah semua benda nak kena buat.

Kepada kawan-kawan, selamat membuat assignment. Wat ngan penuh keikhlasan , baru dapat berkatnya. Huhuhuhu....

3 comments:

Fairuz Ashikin said...

All the best kak nadia!

Ruzanna Rahman ~♥ said...

tmbh lg 1...
letih = bjalan di "jln yg lurus"

nadia said...

to fairuz: thanx dear. Chaiyok2 bljr dan trus belajar :)