Assalamualaikum semua,
Saya nak bercerita la pasal semalam. Semalam saya pi la ambil adik saya kat sekolah dia. Saya lalu la satu simpang 3 ni. Apabila hampir ke simpang ni, saya perasan yang lampu isyarat masih warna merah. Saya dengan yakinnya nak jalan terus je sebab lampu merah tu untuk isyarat belok ke kanan. Apabila hampir di garisan kuning, baru saya perasan yang kalau nak terus pun kena berhenti sebab lampu isyarat warna merah. Aiseh....agak kecewa...
Saya perlahankan kelajuan, ye la kan sebab nak berhenti sebelum garisan kuning (eceh...cuba untuk ikut peraturan)dan masa tu memang tak ada satu pun kenderaan kat jalan tu. Saya tengok jalan di sebelah kanan pun tak ada kenderaan, dengan selambernya saya terus je, tak jadi nak berhenti. Hehehehe....
Dah lepas langgar lampu isyarat tu, rasa bersalah plak. Mampos le kalau ada polis ke apa ke. Tapi, serius, dah tak ada kereta, apa lagi nak tunggu kan :)
Pastu teringat plak la persoalan yang DR. Suhaila bagi dalam kelas Moral aritu. Gini soklan dia:
Pada suatu malam, kira-kira pada pukul 2 pagi. Anda sedang memandu kereta bersama-sama ayah anda. Apabila tiba di traffic light, lampu bernyala merah. Ayah anda menyuruh anda meneruskan pemanduan tetapi anda mahu berhenti. Apakah yang anda perlu buat? Sebabnya?
(cilok dr blog miss Ann)
Kami kena bincang soalan ni dalam kumpulan. Selepas berbincang dan masing-masing dah mengeluarkan pendapat masing-masing, kami pun kena la bentang. Masa sesi perbentangan, semua kumpulan mengatakan pendirian mereka yang "tak akan langgar lampu isyarat tu". Habis la keluar semua pendapat,pandangan, teori segala dan dari islamic perspective pun ada gak untuk menyokong hujah kumpulan masing-masing. Bersungguh-sungguh semua kumpulan bagi pendapat yang macam-macam. Termasuk la kumpulan saya. Antara jawapan kumpulan kami;
1) kalau teruskan gak kereta, tiba-tiba datang kenderaan lain, langgar kereta kita, tak ke naya tu. Salah kita la kan, patutnya kena berhenti, tak berhenti
2) kita tak tahu mungkin ada polis kat sekitar kawasan tu, tak pasal-pasal kena saman plak kan
3) dah lampu isyarat warna merah, kena la berhentikan, kena ikut peraturan. (Jawapan ni di pengaruhi oleh sebab kami belajar subjek moral dan sivik)
Atas-atas sebab di atas, kumpulan kami memilih untuk berhenti pada lampu isyrat tu.
Dr. Suhaila macam tak berpuas hati gak dengan jawapan semua kumpulan. Dia siap provok kami lagi tu. Dia cakap, boleh percaya ke kamu semua nak berhenti kereta. "Dah la malam, pukul dua pagi. Saya tak percaya." Gitu la lebih kurang kata-kata dia. Hehehe...
Kemudian Dr. Suhaila menambah, "Kamu akan masih berhenti kereta tu ke kalau masa tu memang tak ada kenderaan lain kat jalan tu, hanya kereta kamu sahaja?"
Masing-masing jawab" Jalan terus la Dr. Tak kan nak berhenti kereta, dah jalan tu tak ada orang"
Eceh...tetiba semua sepakat nak langgar je lampu isyarat tu. Baru tadi, semua kata nak berhenti kereta bila lampu merah. Hahaha...semua dah jadi lalang :)
Dr. Suhaila ketawa je la. Dia bidas balik jawapan kami tadi. "Dia tanya kami kenapa nak jalan terus plak, tadi kata nak berhenti?"
Ada yang jawab
" dah tak ada kereta lain, jalan je la"
"lama nak tunggu lampu nak bertukar hijau"
"bahaya kalau berhenti malam-malam, kot-kot ada penyamun ke, dah la jalan sunyi"
Macam-macam jawapan dari kami. Dr. Suhaila bidas balik jawapan kami. Dia kata, macam mana kamu nak buat dan cakap kat anak-anak murid kamu dalam situasi macam ni. Kalau murid sekolah rendah, kita boleh cakap, "dekat lampu isyarat, kita kena patuh, kena berhenti bila warna merah." Mereka akan ikut dan percaya. Tapi kalau murid sekolah Menengah, dia percaya ke? Silap hari bulan dia kata, "Eleh, kalau cikgu sendiri pun akan langgar lampu isyarat merah tu" Dia tak aka percaya yang kita akan berhenti kereta tengah-tengah malam macam tu. Hah...kita sebagai cikgu nak jawab apa. Terkedu kot.
Solusi dari DR. Suhaila:
Kita kena ajar murid tu untuk membuat pertimbangan yang wajar untuk situasi macam tu. Merujuk kepada soalan DR. Suhaila tu, apa patut kita buat kalau dalam situasi macam tu. Nak berhenti atau nak teruskan perjalanan. Ok...pertamanya, kita kena tengok keadaan masa tu. Kalau dah jalan tu tak ada kereta, sunyi dan gelap, kita patut teruskan perjalanan. Kalau berhenti juga, takut mengundang bahaya pada kita pulak. Mana la kita tau, tiba-tiba kita di serang oleh perompak ke, penyamun ke, siapa sangka kan. Sebaliknya, kalau jalan yang kita lalui tu ada banyak kereta,kena la berhenti kan, kena patuh undang-undang jalan raya.. Jadi, lepas ni, pandai-pandai la nak langgar ke tak lampu isyarat tu.
Saya pasti semua orang pernah langgar lampu isyarat kan? Langgar lampu isyarat tak apa, janji jangan langgar hukum yang Allah tetapkan sudah :)
Credit: gambar dari amdtaufik.blogspot.com
4 comments:
Rules are made to be broke.
Betulkah? Hehehe
Patuh'y sape yg berenti kt trafic light time2 'special'tuh:-)
Hmm, kdg2 x smua bnda kena ikut btul2 kan?
Due to consideration gak la. Mgkn ikut pd kesesuaian & keutamaan jgk.
Benarkah..hehe
me? breaking the rules? always ^_^
cilok my story eh? huhu.. but since when u hv lisence eh? xtau pun...or illegal? breaking the rules jugak ke? haha...anyway...mcm mn nk wat link tu eh?
to iffa: hehehe...betul2...guna la akal fikiran yang waras untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya.
to miss Ann:
tahu, awk slalu je :)
owh...sy dah lama la ada lesen. apa lak illegal. sy kan "anak polis". kena la ikut peraturan :)
nak wat link senang je. nnt sy ajar. remind me ok.
Post a Comment