Assalamualaikum semua,
pagi-pagi lagi saya dah menghadap akhbar kat internet. Tengok akhbar utusan. Masyallah, terkejut saya melihat gambar bayi ni. Tega sungguh ibu bapa bayi yang tak berdosa ni. Sanggup dia buat anak dia macam ni. Dah tak ada hati perut ke? Apa salah bayi ni pada mereka. Zalim sungguh.
Ni merupakan gambar bayi perempuan yang di buang tanpa belas kasihan oleh ibu bapanya di sebuah masjid di Permatang Duyong, Melaka. Yang merah-merah kat badan bayi ni adalah semut. Tengok, sampai hatinya ibu bapa dia biarkan bayi ni sampai di hurung semut. Saya tak tahu la, ibu bapa bayi ni manusia ke binatang. Kejam sungguh.
Sedih kan bila ada ibu bapa yang sanggup buat macam ni. Tak meghargai langsung anugerah Allah ni. Bukan semua orang bernasib baik untuk mempunyai anak. Tapi bila dah dapat, tak tahu nak bersyukur.
Baru beberapa hari lepas di Pulau Pinang, seorang bayi perempuan yang tak berdosa di temui tertanam di belakang kilang di Juru. Manakala, di Alor Star juga seorang bayi perempuan di tinggalkan di hadapan rumah seorang anggota polis. Alhamdulillah, nasib baik bayi itu masih hidup. Kejadian pembuangan bayi yang begini bukan baru lagi terjadi, tapi dah lama kita mendengarnya. Kenapa tiada yang mengambil ikhtibar darinya. Kenapa sanggup di buang, ditinggalkan bayi yang tak berdosa tu. Rasanya macam dah kembali ke zaman jahiliyyah. Saya rasa, tiada bezanya zaman kita sekarang ni dengan zaman jahiliyyah yang dah berlaku beribu-ribu tahu dahulu.
Zaman kita dah jadi zaman jahiliyah semula. Cuba kita tengok, bayi-bayi di buang tanpa belas kasihan. Ada juga yang di tanam, di buang dalam tong sampah, di tinggalkan di tepi jalan, tepi semak, depan rumah orang, depan masjid, di tinggalkan dalam tandas dan macam-macam lagi. Kalau zaman jahiliyyah pula, bayi perempuan di tanam hidup-hidup. Zaman kita ada juga bayi yang di tanam, tapi bukan sahaja bayi perempuan malah bayi lelaki juga. Kita lagi hebat dari orang di zaman jahiliyah kan?
Kalau di zaman jahiliyah, bayi hanya di tanam, tapi pada zaman kita bukan sahaja bayi yang tak berdosa itu di tanam malah di buang sesuka hati je.Kalau di zaman jahiliyah, apabila lahir je bayi perempuan, memang bayi itu akan di tanam hidup-hidup oleh bapa bayi tersebut. Tapi zaman kita sekarang, ada bayi yang belum lahir lagi pun, sanggup dah nak bunuh bayi tu. Bayi yang masih di dalam kandungan pun sanggup nak bunuh. Macam-macam cara di lakukan untuk gugurkan atau membuang kandungan. Kalau kita tengok, ada juga ibu bapa ynag sanggup buang janin yang belum cukup sifat lagipun. Tengok orang di zaman kita lebih bersifat jahiliyah. Siapa lebih jahiliyah ni? Orang di zaman kita atau orang di zaman jahiliyah itu sendiri???
Ketahuilah bahawa anak itu anugerah dan amanah Allah kepada kita. Amanah yang perlu di jaga dan di pelihara sewajarnya. Bukan sesuka hati nak buat apa-apa saja. Kasihan apabila anak kecil, yang tidak tahu apa-apa, yang tiada upaya, yang lemah yang mengharap ibu bapanya menjaganya di biarkan macam tu saja. Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 27-28, bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
Anak bukan sahaja Amanat yang Allah tanggungjwabkan untuk kita malah juga merupakan ujian buat kita. Sesungguhnya, di sisi Allah jualah pahala yang besar. Tidak mahukah kita mengejar pahala tersebut???
source: gambar dari UTUSAN ONLINE
1 comment:
Yeah, dats what we call 'Modern Jahiliyyah'
And it worse than the old one.
B'coz of modernization & globalization, people are acting like animals and even more than that..damn heartless.
Nauzubillah..
May Allah forgive us
Post a Comment