Tak dapat di nafikan yang kita hidup ni dalam masyarakat. Bukan hidup sorang-sorang. Jadi, kita tak boleh nak buat hal sendiri, nak ikut kepala otak kita ja. Kena la fikir orang lain sama. Saya sangat kasihan kepada orang-orang yang tak ada sifat ni. Tak ada sifat prihatin, tak memahami keadaan orang lain, tak cuba nak meletakan diri kita kepada sesuatu keadaan. Dah ramai orang yang macam ni yang saya jumpa. Kesian kan.
Kadang-kadang terfikir gak, kenapa seseorang ni sanggup buat sesuatu yang kalau kita sendiri nak buat pun tak sampai hati. Tapi orang ni sanggup, sampai hati, hati kering je buat. Macam tak ada perasaan ja. Kenapa ya??? Saya ada gak terfikir, mereka yang bersifat macam ni tak reti nak fikir ke, tak tahu nak menilai ke, tak dapat agak ke apa kesan kalau mereka buat macam tu, apa pula pandangan orang pada mereka. Huhuhu....macam-macam persoalan saya fikir. Akhirnya, apa yang boleh saya katakan, rambut manusia ni sama je hitamnya, tapi dalam hati tu, kita tak tahu, sebab kita tak berkongsi hati.
Kita tak boleh pentingkan diri. Nak orang lain, nak orang sekeliling kita ja cuba faham kita, kita nak la juga faham orang lain. Bertolak ansur sangat penting untuk menjamin kebahagian kedua-dua pihak. Kalau satu pihak ja yang beralah, satu pihak lagi seronok la. Suka sebab ada orang akan pujuk kalau ada masalah yang timbul. Suka sebab ada orang yang nak memulakan maaf, walau tak jelas pun sapa benar sapa salah. Sebagai manusia biasa, mana la nak tahan kalau dah selalu sangat di sakiti. Ada satu hari, nak juga meletup. Sabar pun ada hadnya juga. Kalau dah kerap sangat, mana tahan oiii. Kita ni ada hati dan perasaan tau. Ingat hati dan perasaan tu di buat dari plastik ke????
Kita perlu menjaga mulut dan perlakuan kita sebab kalau tersalah tingkah, hati dan perasaan akan terluka. Jangan jadi sangat menjengkilkan @ annoying yang bleh menyebabkan orang di sekeliling membenci kita. Kalau dah benci, kita mungkin akan di jauhi. Maka, tak ada kawan la lepas ni. Mana ada yang berani nak dekat kalau dok buat perangai menjengkilkan macam ni. Menjengkilkan yang saya maksudkan adalah, suka sangat nak komplen, membebel tak tentu pasal, mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dll. Perlakuan tersebut akan menyebabkan orang mendengar terluka tau. Kalau hari-hari dok ulang perangai macam tu, bleh ke orang nak tahan. Pikir la sendiri.
Sebab tu dalam islam kita di ajar untuk berakhlak dan beradab. Kan cantik kalau kita selalu menyenangkan orang lain. Hati pun senang, pahala pun dapat. Tak mau lagi ka?
Perkataan yang baik adalah sedekah kerana ia dapat membuka jiwa, mengembirakan hati, menyembuh luka,menghilangkan kemarahan dan menebarkan kedamaian pada orang yang mendengarnya.
Jadi, marilah sama-sama kita menjaga hati dan perasaan orang sekeliling kita. Tolong jangan guna perkataan yang bleh menyebabkan orang lain sakit hati okey. Sebelum nak berkata-kata, fikir dulu apa yang nak di katakan.
Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya ia mengucapkan kata-kata yang baik atau diam” (HR Bukhari Muslim)
Akhir kalam:
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
4 comments:
macam ku knl org ini...
hahaha...sapa yang makan cokelat, dia yg rasa manisnya.
naseb le. sapa nak terasa.
ehm..biarkn...hehe
eh bru perasan. adakah Dr Lee yg melawat blogku ini?
hehehe....
terkedu sebentar !!!!
Post a Comment