Friday, April 30, 2010

Random: Di kala Short Sem

Assalamualaikum semua,

saya sekarang berada di UIA, mengambil short sem. Tak sangka kan, short sem ni sangat la membosankan. Tak tahu nak describe macam mana. Patut la ada orang kata, buat apa amik short sem, baik dok umah ja. Rasa macam nak setuju je ngan pendapat tu. Huhuhu...

Permulaan minggu short sem ni ok la kot. Saya amik tiga subject yang bersamaan ngan 8 jam credit. Tu pun ada gak yang terkejut napa amik banyak subject. Huhuhu....terpaksa la. Nak buat macam mana kan. Study plan dah lari. Nak kena fix balik, dan kena cover ngan mengambil short sem ni la. 


Okey, minggu first ni dah ada kena attend meeting. Tak kasi chance langsung la "BOS" tu. Sekali, dah dapat arahan kena buat kerja. Nasib la dapat task yang ok, dan nak run program pun lambat lagi. Program bulan lapan tapi dah mula bincang sekarang. Advance kn???? Oh ya...ada orang cuci mata masa meeting aritu. Sapa eh??? Sambil menyelam minum air nampak !!!! Hehehe


Short sem ni saya amik Special Needs Education, UNGS dan Testing. Semua class ok, tapi kelas Special Needs  je la agak tak best, sebab saya tak ada kawan. Kena kawan ngan "adik-adik". Huhuhu....mana saya bleh masuk ngan depa tu. Tapi, i have to adapt that situation by hook or by crook. Naseb baik hanya 7 minggu. Assingment dah dapat, apa lagi,...masa untuk kerja la. Nasib baik dapat group mate yang ok. Tak banyak songeh dan saya bleh masuk kot ngan dorang ni. Redah je la. Yeah....i can do it.


Kelas UNGS plak dapat ustaz yang sempoi habis. Dalam kelas, saya dan kawan-kawan dok betul-betul depan meja ustaz. Kiranya menghadap ustaz la. Tak ada chance nak terlelap ke apa, tapi saya macam biasa ja. Tetap mengaplikasikan skill yang ada. Dan saya harap berkat ilmu tu sampai la kat kami dulu, yang dok depan ni. UNGS ni dah la subject yang agak-agak susah. Apa-apa pun, Insayallah, harapnya bleh score.


Kelas Testing is cool sebab kelas hari-hari. Lecturer pun Ok sebab dia sangat adorable and sweet. Tapi kan, macam ada orang merajuk ja ngan kami (saya, ann, ....) sebab tak leh join group assigment ngan kami. Dan rasanya sebab tu la bermulanya krisis antara Cik A &  En. B kot. Sampai dah jarang nak bertegur sapa. Apa kes la. Huhuhu...sumtimes kita kena terima la. Bukan tak nak ngan dia tapi kami nak mengelakan sesuatu yang buruk dari terjadi. Pengalaman di semester lepas dah mengajar kami. Bukan tak boleh buat kerja tapi tu la....bila dah berlainan gender, payah sikit la. Asyik nak bertekak je, mana nak tahan. Pastu masing-masing nak emo. Tak bleh blah le jugak. So, this sem kami cuba nak elok perkara tu. Hopefully "dia" paham. 


Ehm...tak sampai seminggu dok kat UIA ni, dah terasa boring yang amat. Tak tau nak buat apa sebenarnya. Hari khamis lagi dah start sunyi. Kereta pun tak banyak sangat. Mana pi semua orang tah. Huhuhu...
Okey, before I go just wanna share:  


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

4 comments:

Ruzanna Rahman ~♥ said...

aik? baru tau ke? xpe...merasa "kehidupan short sem macam mana..hehe..

"BOS" xpatut btl bg keje eh...sape tu yg cuci mata eh? xpatut btl..heheh

Ehmm....TAK TERLELAP eh...punyalah org kt sblh dia dok cover menyiku dia xbg tdoq ja... *kantoi*
ustaz tu pun asyik Pamela Anderson, Tiger Woods n Elton John ajer..hehe

nadia said...

to miss Ann:

tu la, bru nak belajar idup dlm short sem. huhuhu

"BOS" tebaik punya. hehehe...
cuci mata, cuti telinga, cuci idung, cuci muka, bla..bla..bla..
cuci la nak cuci apa pn :P

Nasib baik ada org sbelah yg baik hati lgi comei (sila belanja fries kat kyros sbb sy puji anda)tolong cover kn????? hehehehe...
Pamela Anderson dah tua la. Awat la ustaz tak bg cnth artis yg lebih muda + cun berbanding pamela tu ye???? huhuhu...

iffahnazifa said...

Nah, skrg rasakan 'kesengsaraan' hidupku wat short sem thn lps. Tyme tu dh la keseorangan..mmg menguji kekuatan dlmn betol..~ngeee

Alaa, skill org tue mmg dh mantap. Letak je kt mana pn (dpn/blkg)..sma jer..haha:D

Ust tue mybe dri era pamela anderson kot..sbb tu la asyik sbut nama dia jer..cuba kenalkan dia ngan mereka2 yg lbey hot..~ngeh2

nadia said...

ngee...short sem not a crime. it like a "heaven". huhuhu...

tgh usaha menyukai short sem yg hetic giler. sgt best kot.

cuba buat ayat terikhlas mungkin :)