Assalamualaikum semua,
hari ini 16 Mei 2010, hari yang istimewa bagi sesetengah orang. Ada yang menyambut hari kelahiran, hari ulangtahun dll. Tapi, buat semua guru, hari ini sangat istimewa sebab hari ini adalah hari guru. Sejak dari semalam bermula pukul 12 sampai la sekarang, banyak blog yang saya lihat posting tentang hari guru ni. Banyak yang mengucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru yang pernah mengajar mereka, ada yang menceritakan pengalaman masa kat sekolah, ada yang mengenang balik jasa guru-guru mereka ni dll. Sangat terharu membacanya. Bagus lah dorang ni, ingat gak kat cikgu-cikgu yang dah lama mengajar tu. Hehehe....
Mulia sungguh menjadi seorang guru ni. Bila kita dah menjadi guru, sampai mati kita akan bawa gelaran guru tu. Orang akan kekal pangil kita cikgu walau kita dah tak ada kat dunia ni. Walau kita tak kenal muka anak murid kita sorang-sorang, tapi anak-anak murid kita akan ingat kita sampai bila-bila.
Kenapa saya nak jadi cikgu???
Ehm....susah gak nak menjawab ni. Bidang perguruan bukanlah bidang pilihan saya. Dulu masa zaman sekolah, ada gak la isi dalam kad 001 tu, cita-cita nak jadi cikgu. Masa sekolah rendah je kot nak jadi cikgu. Bila dah masuk sekolah menegah, cita-cita dah tukar. Kalau tengok balik kad 001 tu, pilihan nak jadi cikgu masa F1 je. Pastu, dah tukar nak jadi pensyarah, rasa macam taraf tinggi sikit. Huhuhu....apa le bleh pikir cam tu. Boleh di katakan bidang perguruan bukan menjadi impian pun. Saya nak jadi doktor gigi. Tapi....siapa yang tahu, masa depan kita kan. Allah Maha Mengetahui.
Sebenarnya, menjadi guru adalah impian tok dan mama saya. Tapi, keadaan dan masa tak mengizinkan mereka untuk bergelar guru. Maka, saya la kot penyambung cita-cita mereka. Mungkin doa dari mama saya nak saya jadi cikgu. Tok saya pun selalu kata, "Nadia jadi cikgu sudah la". Ehm...mungkin doa dari mereka ni yang membuatkan saya terjebak dalam bidang ni. Apa pun, saya seronok je dengan apa yang saya buat dan pilih sekarang.
bagaimana saya bermula sebagai seorang guru?
Ehm....panjang cerita sebenarnya. Selepas SPM, result saya tak la gempak sangat. Cukup makan dan persaingan masa tu banyak sangat. So, yang tebaik aja yang terpilih untuk masuk uni. Saya hanya dapat offer masuk F6 je. Tapi saya tak happy buat F6 ni. Kemudian, saya sambung buat Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Sebab saya minat nak belajar tentang psikologi terutamanya tentang kanak-kanak. Ternyata pilihan saya sangat tepat. Alhamdulillah dengan izin Allah juga.
Seronok juga belajar tentang kanak2 ni. Masa tu saya masih rasa tak percaya saya pilih bidang perguruan dan akan mengajar budak-budak kecil. Tapi alhamdulillah, masa praktikal tu banyak mengajar saya untuk menjadi matang sebagai seorang guru. Best juga walau mencabar. Pertamanya, saya kena ubah perangai saya yang agak manja kepada lebih matang. Tak leh la nak sama level ngan budak-budak. So, kena la ubah perangai yang macam budak-budak tu. Alhamdulillah, saya sangat heppy untuk itu.
Menjadi cikgu kepada kanak-kanan berusia 4 hingga 6 tahun sangat mencabar. Mereka ni macam kain putih dan tugas kita la yang nak mencorakannya. Sangat berat tanggungjawab ni. Tapi, sebab ikhlas nak mendidik, kita akan dapat kepuasan. Pengalaman mengajar selama 3 bln kat situ sangat saya kenang sampai bila-bila. Banyak perkara yang manis, pahit, masam, manis yang mewarnakan diari hidup saya. Oh...saya rindukan mereka di Tadika Cahaya Comel. Nama tadika pun dah sweet. Budak-budaknya, apatah lagi.
Pengalaman mengajar?
Saya juga ada pengalaman mengajar di sekolah rendah dan menengah sebagi guru ganti.Sebulan mengajar di Sek. Keb. Bagan Tuan Kechil banyak memberi saya pengetahuan sebagai seorang guru. Di sana saya belajar sebagai seorang guru, kita kena ikhlas dalam mendidik pelajar. Tak kira la apa latar belakang dia, tugas kita adalah memberi ilmu pengetahuan. Mereka sangat memerlukan kita untuk membimbing mereka untuk berjaya. Seronok bila tengok pelajar-pelajar ni suka dan faham dengan apa yang kita ajar. Lagi seronok kalau mereka menghargai kita. Wa....sangat terharu masa tu.
Kemudian, saya mengajar dua bulan di Sek. Men. Keb. Convent B`worth. Di sinilah cabaran saya bermula sebagai seorang guru. Menghadapi pelajar menengah bukan sesuatu yang mudah. Dengan kuasa kesabaran yang tinggi dan kecekalan hati sangat di perlukan. Maklumlah, masa ni mereka tengah membesar, suka nak mencuba dan masih mencari identiti lagi. Sebagai guru, kita kena paham psikologi budak-budak pada umur ini. Ehm...bila dah masuk mengajar di sek men ni, keyakinan saya untuk menjadi guru macam jatuh sikit. Saya rasa tak layak sangat, tak pandai nak kawal murid, tak pandai nak ngajar dll. Oh....very terrible. Sampai saya rasa down tak mau jadi cikgu dah.
Saya sangat tak dapat terima realiti sebenar seorang guru. Ternyata teori dan praktikal sangat berbeza. Dalam kelas, pensyarah ajar teori, nampak sangat indah dan senaang. Tapi, bila dah aplikasinya masa mengajar, huhuhu...sampai tak boleh nak di uraikan. Bagi saya, saya tak dapat adapt benda ni. Sampai luntur semangat nak jadi cikgu. Tapi saya sedar satu perkara je. Saya suka bekerja dalam sekolah, berada dalam suasana sekolah, tapi saya tak pandai mengajar dalam kelas. Dan saya fikir nak jadi cikgu kaunseling sebab tak payah mengajar tapi dok dalam sekolah.
Alhamdulillah, masa nak sambung degree tu, saya dapat offer B.Ed. Counselling kat UIA. Itulah antara impian saya, nak belajar di UIA tak kira la kos apa pun. Dan saya dapat gak akhirnya. Maka, macam tu lah saya berada di UIA ni.
Buat bakal guru
Mungkin ada sesetengah dari kita yang rasa kenapa aku dalam bidang perguruan ni. Bukan minat aku pun nak jadi cikgu ni. Mungkin ada yang sebab minat, ada sebab terpaksa sebab mak suruh , ada sebab nak jaminan masa depan sebab jadi cikgu kerja dah konfem, ada sebab nak ada banyak cuti dll. Ketahuilah bahawa, kita yang terpilih dalam bidang ni bukan sia-sia. Semuanya sebab kehendak Allah jua. Sebab Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita.
Bukan senang nak berada dalam bidang ni tau. Mula-mula kena apply, kalau bernasib baik akan di panggil buat ujian MEDSI. Pastu, bukan semua orang yang dapat jawab ujian tu. Hanya yang bernasib baik sahaja. Kemudian kena attend interview lagi. Masa ni lah nak tengok kita layak ke tak, kita ni cukup tak ciri-ciri nak jadi cikgu ni, sejauh mana tahap kecintaan kita kepada bidang perguruan dll. Pastu, dalam rama-ramai yang di interview, hanya 3/4 je yang dapat tempat untuk belajar dalam bidang perguruan. Susah bukan? Ya, kita adalah di kalangan yang terpilih dalam beribu itu. Bertuah kan kita. Jadi, jangan sia-siakan.
p/s: sangat terharu bila bekas anak murid saya hantar SMS ucap selamat hari guru. Tak sangka mereka ingat kat saya lagi. Miss u all la. belajar rajin-rajin ya. Cikgu sentiasa doakan kamu semua.