Saturday, May 15, 2010

Writing Wokshop: The Power of Ink

Assalamualaikum semua,

sekarang ni musim sakit kot. Ramai kawan-kawan saya ni tak beberapa sihat, termasuklah saya. Tengah selesema ni, dah beberapa hari, tapi tak baik lagi. Kepada kawan-kawan yang sakit, jangan lupa makan ubat ya. Pi la amik kat IIUM Health Center, free je. Hehehe. Mintak maaf juga kepada sesiapa yang dah terkena virus flu saya tu. Tak sengaja okey. Huhuhuhu....

Okey lah. Alhamdulillah, hari ini saya pergi satu bengkel anjuran IYC (Intellectual Youth Club) kat mini audi, IIUM. Dalam dok sakit-sakit dan penat pun, sempat lagi nak pergi workshop tau. Writing Workshop : The Power of Ink. Speakernya adalah Sis Zabrina A.Bakar, penulis buku Life is an Open Secret. Workshop tu sangat bagus dan hebat. Ramai gak peserta yang hadir. IYC target 100 peserta ja, tapi yang datang dalam 100 lebih gak la. Sambutan yang agak hangat dan memberangsangkan.


Apa yang saya dapat????


Banyak benda sebenarnya. Bukan mudah untuk menulis, bukan susah juga untuk menjadi penulis. Sis Zabrina kata, kita kena menulis dari hati. Itu yang boleh memberi kesan kepada orang lain. Kita kena banyak buat research tentang benda yang kita nak tulis tu. Bukan main hentam kromo je tulis. Kena la bagi sedikit bunga-bunga kat penulisan kita, kena touch-up and make-up bagi cantik dan menarik, baru la orang nak baca.

Macam mana nak dapat idea??? Sudah tentula kita kena terokai dan lihat dunia sekeliling kita, banyakan membaca untuk mendapat pengetahuan dan yang penting kena ada buku nota atau jurnal untuk kita buat catatan harian. Dari situ la kita mendapat idea dan mula mengembangkan idea-idea itu untuk menjadi satu penulisan yang baik.


Untuk menjadi penulis yang baik atau popular, kita kena tetapkan genre yang kita nak tulis. Contoh yang popular adalah fiksyen atau non-fiksyen, motivational, faith, children dll. Sebelum tu kita kena tahu gak la tentang diri kita. What is our passion, value and heart. Sis Zabrina kata, By knowing yourself is knowing your readers. Betul2, saya setuju. Sebab kita nak kena tahu gak la, siapa kita punya target groups yang akan baca tulisan kita ni. Takut nanti jadi penulis syok sendiri. Macam sis Zabrina kata, dia nak jadi penulis yang terkenal kat luar negara, dia nak buat buku yang macam Chiken Soup for The Soul tapi dalam versi Islamic. Memang dia dah buktikan apa yang dia kata. Buku dia, Life is An Open Secret dah ada jenamanya sendiri. Dah terkenal bukan sahaja dalam Malaysia, malah dah popular kat luar negara. How great it was!!!! Subhanallah.


Sis Zabrina ni sangat memberi inspirasi tau. Kata-kata dia sangat best dan memberi motivasi. Dia sangat comel dan kelakar. Dia juga seorang yang sangat merendah diri dan selalu sebut Subhanallah...Masyallah... Baguskan dia ni??? Buku Life is An Open Secret adalah cara sis Zabrina berdakwah dengan caranya sendiri. Dia juga ada kata, apa pun bidang yang kita ambil, kita boleh tulis mengenainya. Tak semestinya seorang enginer tak boleh tulis motivational book, novel dll. Dan sis Zabrina sendiri adalah pelajar akaun & bisnes. Lari terus dari bidang penulisan buku motivasi yang ada unsur agama yang dia tulis ni. Tengok, semua orang boleh menulis kan. Yang penting kena ada kemahuan dan semangat.

Overall, workshop ni sangat best. Tahniah la kepada committee program ni kerana berjaya menganjurkannya. Promotion sangat bagus sampai saya pun terpengaruh nak sertai. Hehehe... 


Akhir kata: 


You don't write because you want to say something,
You write because you've got something to say
-F.Scott Fitzgerald-




(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfal: 53)







No comments: