Tuesday, August 31, 2010

Salam Hari Kemerdekaan ke-53

Assalamualaikum,
Salam Ramadhan buat semua,
hari ini cuti umum untuk Malaysia,
kita semua bercuti sempena Hari Kemerdekaan negara kita yg ke-53. 

Logo & tema kemerdekaan thn ini


Alhamdulillah, dah 53 tahun negara kita merdeka.Apa erti kemedekaan kepada kita???
Soalan itu mmg susah nak jawab sebab kita tak rasa mcm mana org dulu-dulu memperjuangkan kemerdekaan. Betapa susah payahnya mereka yg terdahulu mengharungi hidup pada zaman penjajah. Pada zaman tu, semua benda yg kita nak buat terhad dan sukar. Tak bebas dan banyak kerenah. Mereka berkorban jiwa dan raga semata-mata nak menuntut kemerdekaan negara.



“…Merdeka bukanlah satu benda yg mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu PENGORBANAN yang sebenar pengorbanan.
Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja WANG RIGGIT dan USAHA tenaga bahkan JIWA dan RAGA sendiri juga…”

 (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah)

Alhamdulillah, selepas 53 thn, dah byak perubahan dan kemajuan yg negara kita dah capai. Kita dah boleh berbangga dengan kepelbagaian kaum yg tinggal bersama-sama dengan aman dan harmoni. Kita tidak perlu berperang setiap hari macam negara-negara lain. Kita bebas nak buat apa saja yg kita suka tanpa sekatan. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Kita bebas dalam erti kata kita ikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk dan membina jati diri bangsa Malaysia yg berdaulat. Berbanggalah sebab kita menjadi warganegara Malaysia.

Sempena Hari Kemerdekaan kita hari ini, marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah ats segala nikmat yg Allah kurniakan kepada negara kita ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN buat semua warganegara Malaysia.

semangat kemerdekaan ada dlm diri kami







hasil karya pelajar-pelajar tadika 4 thn




Monday, August 30, 2010

Ramadhan 20


Assalamualaikum semua,
Salam Ramadhan. Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari yg ke 20 kita berpuasa. Diam tak diam dah 20 hari kita berada dlm bulan Ramadhan ni kan . Dan kita dah pun melalui fasa 10 hari pertama iaitu mulanya rahmat,10 hari pertengahan fasa pengampunan, dan 10 hari terakhir fasa kemerdekaan api neraka. Masyaallah, kita dah hampir 10 hari terakhir dlm bulan mulia ni. Kita dah semakin hampir ke penghujung Ramadhan.
Macam mana persiapan kita memenuhi 10 mlm terakhir ni? Atau kita dok sibuk buat persiapan nak beraya. Dok fikir pasal baju raya, tudung raya, kuih raya, kasut raya, tiket raya dan segala kelengkapan nak beraya la. Adakah masa kita byk di habiskan mendengar lagu raya atau kita byk membaca Quran dan berzikir?
Di fasa yg terakhir ni, marilah sama-sama kita berkejar mendapatkan “SALE” yg Allah nak bagi. Tawaran hebat lagi lumayan iaitu Lailatul Qadar. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Maksudnya, beribadah di mlm itu dgn penuh ketaatan, solat, membaca  Quran, zikir, dan do’a  bersamaan selama seribu bulan, pada bulan-bulan yg di dalamnya tidak ada Lailatul Qadar. Seribu bulan itu bersamaan 83 tahun 4 bulan.
"Carilah Malam Lailatul Qadr pada 10 malam terakhir"
– Hadith riwayat Bukhari dan Muslim –

"Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil
10 hari yang terakhir" – Hadith riwayat Bukhari –



Friday, August 27, 2010

Apa yang salah???

Assalamualaikum semua,

tadi jalan-jalan kat alam maya, terjumpa gambar ni. Menarik gak untuk di kongsikan. Jom tengok gambar apa.


*
*
*
*
*
*
*
*
DAH TENGOK SEMUA???
*
*
*
*
*
*
*
*
SEKARANG MARI KITA JADI CIKGU BAHASA MELAYU!!!!!
Sila bulat kesalahan bahasa yg terdapat dlm gambar di atas.
*
*
*
*
*
*
Mari kita tengok jawapan.....


ehm.......................
Jelutong tu kat Pulau Pinang tau,
Alahai, buat malu kaum betul la.
Kot ye pun, kalau dah tukang buat banner ni salah tulis, apasal tak buat semula ja banner ni. 
Tak kan tak ada bajet kot. 
Huhuhu.....

UMNO tu parti orang melayu kan?
tak kan ejaan salah pun tak perasan.
alahai...terlebih semangat SATU MALAYSIA ka?


p/s: Orang Melayu makin di nafikan hak mereka di Pulau Pinang. Tak lama lagi, pupus la org Melayu kat sana. Sedar dak lagi yg tanah org Melayu semua dah kena ambil. Perkampungan Melayu dah makin kurang. Alahai, Pulau Pinang tumpah darahku!!!! huhuhu.....
 

sumber gambar: www

Thursday, August 26, 2010

Ku Serah Cinta

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia

Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan


Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini


p/s: Sempena bulan Ramadhan yg mulia ni, marilah sama-sama kita meningkatkan kecintaan kita kepada Allah SWT. Sesungguhnya cinta Allah cinta-Nya yg sejati. 

Ya Allah, Kau berikanlah aku cinta & rahmat-Mu

Saturday, August 21, 2010

Best sangat ke nak buang bayi tu?????

Assalamualaikum semua,

Di bulan yg mulia ni, kenapa masih ada lagi orang yg sanggup nak buang bayi???? Sedih tau, pagi-pagi bila baca akhbar pasal ada lagi kes buang bayi. BAYI tu manusia tau, bukan KUCING yang suka-suki kita nak buang merata-rata.


Semalam pun ada kes buang bayi lagi. 2 hari lepas pun ada kes bayi di buang. Minggu lepas pun ada lagi kes bayi di buang. Bulan lepas, tahun lepas.... pun ada kes lagi. Dah macam perkara biasa pula. Ada yg di jumpai masih hidup, ada yg di jumpai dah mati. Tahniah kepada IBU BAPA bayi tersebut sebab sungguh KREATIF dan GIGIH MEMBUANG BAYI tersebut. Kalau kita tengok cara bayi tu di buang, bukan calang-calang orang boleh buat. Semestinya mereka ini ORANG YANG HEBAT. Betul tak???

Antara cara yg di gunakan untuk membuang bayi adalah, bayi di buang dalam tempat pembentungan, terapung atas air dlm jangka masa yg lama. Ada bayi yg mati lemas sebab di letakan dalam beg. Ada bayi yg di jumpai bersama sampah dalam tong sampah. Lagi BEST ada bayi yang di bakar bersama sampah. Kalau cara biasa yg selalu kita tengok adalah bayi di TANAM. Ni cara LAMA. Saya lebih SUKA ibu bapa bayi-bayi ni menggunakan CARA EXTREME dan  lebih TRILL bak kata orang puteh kan??? Baru ada KICKED, betul tak???? 

Apa yg pasti, semua cara-cara ni memang tak terjangkau dek akal fikiran saya yg cetek ni. Setiap hari, ibu bapa bayi-bayi ni bagaikan berlumba-lumba menunjukan KEPAKARAN masing-masing bagaimana nak membuang anak yg baru lahir yg mereka tak mahu. Mereka cuma pandai BUAT ANAK, tapi MALAS & TAK MAHU jaga pun. Saja kot suka-suka BUAT ANAK tapi tak MAHU HASILNYA. Sungguh kurang cerdik kan orang-orang ni !!!!


Saya dah tak sanggup nak tengok BAYI yg tak berdosa ni teranayia macam tu. Saya dah tak tahan nak mengalirkan air mata tengok bayi itu di buang dan di bunuh. Apalah daya dan kudrat bayi yg baru lahir tu nak cakap kat ibu @ bapa dia :

"TOLONG JANGAN BUANG SAYA"

"TOLONG JANGAN BUNUH SAYA"


Kepada yg tak mahu bayi mereka, bagilah kepada orang yg nak. Ada je orang yg nak kan bayi anda tu. Sekurang-kurangnya, dapat gak pahala sebab dapat tolong orang lain.


Oh ya, KES hari ini lagi menarik. Seorang mayat budak lelaki berusia 1 thn di jumpai di tinggalkan di perhentian bas. Bagus betul ibu bapa budak ni. Main tinggal macam tu je anak dia. Saya musykil la, ni MANUSIA ke HAIWAN. Seganas-ganas harimau atau singa, tak ada kes pun yg saya baca kat akhbar kes anak harimau atau singa di buang. Kes buang manusia banyak la, kes buang haiwan tak ada plak. Huhuhu....


Apa rasa anda kalau tengok gambar ni:






Tepuk dada, tanya IMAN la. Kita bukan berada di zaman JAHILIYYAH dah. Kesian kat Rasulullah SAW. Baginda dah bersusah payah menyampaikan ajaran ISLAM kpd kita. Langsung kita tak ikut dan hargai. Kita hidup ni bukan menongkat langit. Satu hari nanti, langit yg memayungi kita ni akan runtuh juga, bukan selama-lamanya akan kekal begini. Ingatlah, satu hari nanti kita akan kembali kepada PENCIPTA kita. Apabila masa tu dah sampai, jgn kita nak menyesal lagi.

Bayi-bayi yg di buang dan di bunuh ni, InsyaAllah Allah dah janjikan syurga buat mereka, tapi ibu bapa mereka ni, belum tentu lagi macam mana???? Lu pikir la sendiri (pinjam kata Nabil) 

Friday, August 20, 2010

Perutusan di pagi Jumaat

Assalamualaikum semua,

Salam hari Jumaat. Alhamdulillah, dah 10 hari kita berpuasa kn (kepada yg puasa cukup ye). Macam mana dah masuk hari ke-10 ni, masih rasa malas atau tak tahan nak teruskan puasa???? Jangan ada beza antara berpuasa dan tidak puasa. Jangan jadikan alasan kita tak dapat nak selesaikan kerja sebab kita berpuasa. Patutnya, bila dah berpuasa ni la kita kena lebih kuat dan bertenaga dari biasa. Betul tak??? 

Antara hikmah puasa adalah puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuatkan kita sihat, cergas dan bertenaga. Selain itu, puasa juga menghakis racun dan toksik yg ada dlm badan manusia. Jadi, apa alasan kita tak nak berpuasa kan????

Ok...di pgi Jumaat yg mulia ni, saya dapat email dr Yus Abd Halim. Sapalah gerangan org ini ya???Email itu memberitahu yg sy dapat award. Oh... Terima Kasih ya sebab bagi saya award. Ni lah rupa award tersebut. Yus design sendiri kot. Tengok ada cop nama blog dia lagi. 


Ok, bolehlah lepas ini anda semua ke blog beliau di: http://kesinambunganzaman.blogspot.com Blog dia best gak sebab macam-macam boleh di baca kat situ. Banyak info dan cerita. Kepada Yus, terima kasih sekali lagi sebab datang menjengah ke blog saya yg tak seberapa ni. Blog kamu pun menarik juga. 

Kepada semua yg singgah kat blog saya, terima kasih juga. Terima kasih sebab sudi membaca kisah saya, terima kasih sebab sedia mendengar bebelan saya, terima kasih sebab anda baca segala benda yg sy kongsikan kat sini. Sapalah saya tanpa anda semua. Hehehe...ayat tak bleh blah betul. 

Oh ya, kepada "kembar" saya, terima kasih gak. Sori ya, ada hutang cerita ngan kamu. Ingat tak???? Sangat tak ada masa nak tulis. Bila ada masa ja, keadaan plak tak mengizinkan. Tengok, ada je alasan yg sy nak bagi kan. Hehehehe. Sori sekali lagi, awk!!! Insyaallah, kalau di izinkan, nnt sy tulis ye cerita pasal tu walaupun dah basi :)  

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA.

Thursday, August 19, 2010

Polis mungkin tiada cuti raya


KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mungkin tidak dapat bercuti sempena sambutan Aidilfitri jika keadaan keselamatan negara tidak mengizinkan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pemberian cuti hari raya kepada anggota PDRM hanya bergantung kepada tahap keselamatan negara.

“Pada pandangan saya, keadaan sekarang tidak berapa baik. Oleh itu, anggota polis perlu bekerja dengan kuat lagi,” katanya.


(Hohoho…nak kerja dgn kuat mcm mana lagi Tan Sri??? Sekarang dah tak cukup kuat ke???)
Assalamualaikum semua, 
Ini merupakan petikan akhbar Metro hari ini. Teruk sangat ke keadaan negara kita sekarang ni. Dah tak aman ke? Kesian anggota polis tak dapat nak beraya. Kesian kat anak dan isteri mereka sebab tak dapat sambut raya dengan suami dan ayah mereka. Tengok, betapa besarnya pengorbanan anggota polis. Tu pun masih ramai masyarakat yg tak puas hati dgn polis.

Bila gaji polis di naikan, ramai yang persoalkan. Padan la gaji ngan tugas polis yang tak pernah rehat tu. Kalau kita tengok balik, polis yg byk kerja dari anggota uniform lain. Kalau kemalangan berlaku, polis ada sebab kena jaga lalu-lintas, kalau kebakaran berlaku, polis pun ada, sebab nak kawal orang ramai kat tempat kejadian, kalau kes gaduh, kes ugut, kes kehilangan, semua tu kena report kat polis. Sampai, kalau suami isteri bergaduh pun nak report polis gak. Huhuhu….semua cari polis kan.

Tapi yang sedihnya, kalau polis buat salah sikit, satu Malaysia nak heboh, nak salahkan polis tu juga. Macam kes Allahyarham Amirul Rashid tu, kita tak tahu salah siapa, sebab kita tak ada pun kat tempat kejadian tu. Tapi pernah tak kita terfikir, kenapa polis tu lepaskan tembakan? Mungkin keadaan masa tu wajar dia lepaskan tembakan. Mana kita tahu.

Terdetik di hati ketika di waktu tengah malam dan awal pagi kegelapan di kala itu jualah mereka menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada agama, bangsa dan negara, menjaga keamanan kita semua yang ketika itu diulit mimpi-mimpi indah. Pernah tak kita fikir tu semua????

Bila ada anggota polis yang cedera atau meninggal masa bertugas, tak ada siapa pun yg bela. Tahu tak, anggota polis tak boleh ambil insurans diri sebab kerjaya polis mmg berisiko untuk berlaku perkara yg tak di ingini. Kalau kes begini, tak ada siapa pun nak peduli. Tapi kalau keluar cerita polis ambil rasuah ke, polis bunuh orang ke, cepat je semua org nak melenting. Ya, saya akui, ada polis yg baik dan ada polis yg tak baik. Macam tu juga dengan pekerjaan yg lain, ada yg baik dan ada juga yg tak baiknya. Jadi, jgn anggap semua polis jahat.

Apasal saya emo sangat bercerita pasal polis ni??? 


Sebabnya….abah saya seorang anggota polis. Dari kecil sampai dah besar ni saya tengok  mcm mana kerja polis ni. Saya dah tengok macam mana seksanya tak dapat cuti walau cuti tu dah di sahkan. Saya dah tengok macam mana walaupun tengah bercuti dah berehat kat rumah, dapat call suruh kerja. Saya dah tengok mcm mana teruknya anggota polis kena buat rondaan tak kira siang atau malam sampai kadang-kadang solat pun boleh terlepas. Ingat senang ke jadi Polis ni. Sebab tu saya tak suka orang hina polis ok. Huhuhu.

Kalau abah saya tak dapat cuti, makanya tak dapat la kami nak balik kampung tahun ni. Sedih la mcm ni :(
Nak balik beraya kat kampung gak. Tan Sri Musa Hasan, tolonglah bagi abah saya cuti raya. Kesian kat kami nnt. Huhuhu.....

Wednesday, August 18, 2010

Bulan Ramadhan, Bulan Pesta Ibadah


Assalamualaikum semua,
      Diam tak diam sudah seminggu kita berada dalam madrasah Ramadhan. Bagaimana kita diri kita dalam seminggu ini? Sudah terbiasa dan bertenaga untuk berpuasa atau masih letih untuk membiasakan diri?

“Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna.”
                
        Begitulah bait-bait lagu yang popular dari Raihan dan Man Bai. Kita mengharapkan moga-moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelum-sebelumnya. Kita perlu  punya azam dan cita-cita yang tetap, moga keinginan dan niat ini Allah hitung sebagai pahala. Kita mahu jiwa yang bersih, hati yang suci apabila keluar dari fasa Ramadhan kali ini.
         
            Puasa meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah s.w.t. sekaligus “menjaga” dan “memelihara diri dari melakukan maksiat.  Kita berpuasa fizikal dan mental. Spiritual kita isi penuh-penuh dengan amalan. Kita perbaiki dan perbanyakkan amal ibadah kita. Kita berpesta ibadah. Dan jadilah kita dalam kalangan orang-orang yang bersyukur.
“Hai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)
      Marilah sama-sama kita banyakkan tilawah Al-Quran, zikir, qiyamulail, nawafil dan sunat-sunat yang lain juga hendaklah dipertingkatkan. Tidak lupa juga untuk kita set matlamat yang ingin dicapai pada akhir Ramadan.
         Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna, tidak lagi sia-sia walau sesaat. Moga-moga Ramadhan kali ini, kita mendapat skor yang tertinggi dan  di jadikan tiket dan titian untuk ke syurgaNya kelak. INSYAALLAH.



Thursday, August 12, 2010

nangis + merajuk= ????

Assalamualaikum semua,
nak cerita sikit pasal menangis dan merajuk. Huhuhu...dah lama sebenarnya tak menangis dengan bersungguh dan merajuk. Sekali-sekala rasa, best gak. Huhuhu...Tapi malangnya, nangis la sorang-sorang tak ada orang nak pujuk pun. Kesian kan.

Orang kata, kalau menangis menunjukan kelemahan kita dan nampak kita tak berdaya. Menangis bukan jenayah ok. Tak apa kalau nak nangis, peduli la orang nak kata manja ke, cengeng ke, apa pun, lantak la. Menangis merupakan satu terapi sebab kita dah macam luahkan apa yg kita rasa. Menangislah kalau rasa nak menangis, jgn simpan. Sebab lepas nangis kita akan berasa sangat lega, walau kadang-kadang sakit kepala sebab terlampau menangis.

Merajuk ni kurangkan sikit la. Tak cool la kalau ada gen merajuk dalam diri. Kalau lelaki merajuk, sangat buruk ok. Kalau perempuan ok la kot sebab dia dah memang macam tu. Tapi, kalau nak merajuk pun berpada-pada la. Jangan lebih-lebih ya. Kalau mengada-ngada sangat, tak terlayan orang kepada kita. Sapa nak tahan. Jangan jadikan merajuk tu sebagai hobi. Sikit-sikit nak merajuk, sikit-sikit nak protes, sikit-sikit nak tarik muka, walau benda tu kecil aja. Chill la :)

Kesimpulannya, boleh je kalau kita nak merajuk dan menangis.

P/s: Saya= Menangis sampai sakit kepala. Merajuk tapi tak ada yg nak pujuk. Maka, kena pujuk diri sendiri la.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, hari ini dah masuk ke bulan Ramadhan kan? Marilah sama-sama kita bersyukur sebab Allah masih bagi kita peluang untuk bertemu Ramadhan kali ini.

Sedikit perkongsian tentang keistimewaan Ramadhan. Bulan Ramadhan menjanjikan:
  • kelipatan pahala
  • doa di kabulkan
  • di mudahkan amal soleh
  • penghapus dosa
  • syurga di buka selebarnya
  • neraka di tutup serapatnya
  • syaitan-syaitan di belenggu
  • di dalamnya ada malam lailatul qadar
  • malam yg lebih baik dari seribu bulan
  • kebaikan senilai usia rata-rata manusia, bagi yang meraihnya
Subhanallah, sebab tu bulan Ramadhan perlu menjadi keutamaan pada kita untuk tunggu. Bukan sebab nak tunggu nak beli makanan di bazar Ramadhan, tapi sebab Allah dah janjikan macam-macam kelebihan dan keistimewaan kepada kita yang bertaqwa. Apa lagi di tunggu, marilah sama-sama kita memenuhi bulan ni dengan amal ibadah dan banyakan berdoa.


Setiap amal anak Adam selama Ramadhan di lipat gandakan menjadi sepuluh kali ganda, bahkan sampai tujuh ratus kali ganda kecuali puasa, Allah SWT berfirman: Puasa itu untuk Ku, dan Aku yang akan memberikan pahala untuknya." (HR Muslim)

"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan kesedaran iman dan penuh harapan redha Allah, akan di ampuni semua dosa-dosa yang lalu." (HR Bukhari dan Muslim)

"Orang yang berpuasa doanya tidak di tolak terutama menjelang berbuka." (HR Ibnu Majah)

Selamat berpuasa untuk semua. Semoga Ramadhan kali ini membawa kebaikan dan kerahmatan kepada kita. 

Monday, August 9, 2010

Saya perlukan ruang dan masa

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, sekarang saya berada di rumah. Akhirnya, Allah izin juga saya untuk balik minggu ni, selepas tak jadi minggu lepas. Saya perlukan ruang untuk selesaikan segala kemelut diri ni. Gaya macam banyak masalah ja. Saya juga manusia biasa. Alhamdulillah, sebab saya pelajar Kaunseling, sedikit sebanyak saya dapat aplikasi apa yg sy belajar untuk selesaikan masalah sy ni.

Bukan masalah besar pun, cuma saya je yg bermasalah. Eh...sama je kan???? Huhuhu...Ehm...sejak dua menjak ni saya dah tak boleh nak susun diri sendiri pun. Hari-hari saya rasa stress. Rasa macam apa benda yg saya buat semua tak pernah selesai. Hari-hari ada je benda yg saya nak kena buat, sampai saya rasa tak ada rehat langsung. Tu baru bab kerja, belum masuk lagi benda yg perlu saya fikirkan lagi. Rumate saya kata, jgn terlalu berfikir sgt sebab nnt kita gak yg merana. Itulah saya, terlalu sangat berfikir. 

Alhamdulillah, bila balik rumah ni saya rasa lega sikit. Saya ni kan family-type, jadi bila dah dapat balik rumah saya rasa macam recharge balik. Dah bertenaga semula. Hari ini saya ponteng kelas sebab saya rasa saya perlukan masa lagi. Macam pengecutkan, saya rasa macam saya tengah melarikan diri, sedangkan saya tahu banyak lagi tanggungjawab saya kat UIA yg belum selesai. Tapi, bila di fikirkan balik, lebih baik saya balik sebelum saya jadi gila dok kat UIA lama-lama. 


Kalau dok cuti lama-lama kat umah best gak ni. Huhuhu...rasa tak mau balik plak. Tapi....kena gak balik. Sebab belum cuti. Harapnya, lepas balik ni, keadaan akan kembali normal. Lagipun, dah nak masuk bulan Ramadhan ni. Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan, akan membawa seribu rahmat dlm diri saya. 

Sekian untuk hari ini, Wassalam.