Assalamualaikum semua,
Hari    ini saya pergi sekolah pukul 11 pagi sebab dah bagitau semalam kat    pengetua saya dan Ann jadi nak pergi untuk sesi petang. Maka, pagi tadi    seronok la sebab dapat tidur lebih dan Alhamdulillah dapat la rehat    lebih sikit sebab dah masuk lewat sekolah.walaubagaimanapun, bagun pagi    dengan tak ada perasaan nak pergi sekolah langsung. Serius, kenapa la    tak ada perasaan teruja walau sedikit. Saya tak tahu macam mana nak    hadapi lagi 26 hari yang mendatang kalau macam ni la hari-hari. Huhuhu… 
Sepanjang    pagi dari bagun pagi sampai la saat nak bergerak ke sekolah, dalam    kepala dok berfikir dan susun ayat macam mana nak bagitau kat ketua    kaunselor tu yang jadual kami nanti akan jadi pagi dan petang. Jadual    kami nanti akan jadi hari Isnin dan Rabu akan ke sesi pagi bermula jam    7.20 pagi – 1.15 tengah hari. Kemudian petang jam 2.00 – 5.00 petang    akan ke UIA untuk kelas Moral Teaching 1. Untuk jadual hari Rabu dan    Khamis masa kami akan bermula 7.20 pagi – 6.40 petang. Giler penat la    nanti. Tapi nak buat macam mana, terpaksa la berkorban macam ni. Susah    dulu, senang kemudian. 
Macam-macam perasaan, gerun, cuak, berdebar tak tahu nak cakap kat ketua kaunselor tu macam mana. pasal jadual baru kami yang memeningkan ni. Saya bukannya apa, tak best la kan, kita dah pi praktikal tempat orang, lepas tu nak ikut jadual sendiri pulak. Ehm…dalam hati tak henti-henti berdoa. Segala ayat quran dan doa untuk lembut hati dah baca. Bila tengok je muka dia, terus tak jadi. Sebenarnya, masa kami sampai, semua kaunselor ada kat dewan sebab ada pameran dari IPT. Jadi, kami pun lepak kat sana juga la. Bila nampak je dia dalam dewan tadi, semangat berkobar-kobar yang dari rumah tadi terus menurun. Hati yang tadi dah besar, tiba-tiba jadi kecil. Tak tahu nak cakap macam mana.
Macam-macam perasaan, gerun, cuak, berdebar tak tahu nak cakap kat ketua kaunselor tu macam mana. pasal jadual baru kami yang memeningkan ni. Saya bukannya apa, tak best la kan, kita dah pi praktikal tempat orang, lepas tu nak ikut jadual sendiri pulak. Ehm…dalam hati tak henti-henti berdoa. Segala ayat quran dan doa untuk lembut hati dah baca. Bila tengok je muka dia, terus tak jadi. Sebenarnya, masa kami sampai, semua kaunselor ada kat dewan sebab ada pameran dari IPT. Jadi, kami pun lepak kat sana juga la. Bila nampak je dia dalam dewan tadi, semangat berkobar-kobar yang dari rumah tadi terus menurun. Hati yang tadi dah besar, tiba-tiba jadi kecil. Tak tahu nak cakap macam mana.
Dari    pukul 11.15 sampai 12.30 juga la kami dok dalam dewan tu. Dalam  jangka   masa tu, apa yang nak cakap belum terluah. Awat tak tau payah  sungguh   nak cakap. Saya pandang Ann, Ann pandang saya, kemudian  dua-dua   tersengih. Akhirnya, tercakap la juga bila dia dok  berkemas-kemas nak   balik. Bila dah mula cakap, terus cerita  perancangan kami ni.   Alhamdulillah, dia okey ja. Phew…akhirnya  tercakap la juga. Dalam hati   rasa, awat la aku tak cakap awal-awal  pasal ni. Hehehe...
Apa    yang saya belajar untuk hari ini? Ehm…mestilah pasal bagaimana nak    memberitahu benda yang penting tu. Ada orang sangat mudah untuk    berkata-kata. Dia rasa apa, terus dia cakap. Ada orang sangat    berhati-hati bila nak menyusun kata. Saya ni selalu suruh siapa-siapa    kalau tak puas hati apa, cakap je terus terang. Tapi, bila datang kat    diri sendiri, tak tahu pula nak meluahkan. Hari ini saya juga belajar    untuk lebih berani bersuara dan pertahankan apa kemahuan kita. Satu    kejayaan untuk diri sendiri ^_^
Ehm…sepanjang    hari di sekolah kami hanya merangka program dan jadual sepanjang    praktikal. Boring la juga sebab belum dapat klien. Tadi sempat juga la    berbual-bual dengan beberapa orang cikgu. Lagi satu masalah adalah,  saya   ni tak cukup ramah. Saya lebih suka mendengar dari bercakap.  Jadi, tak   tahu macam mana nak tegur cikgu-cikgu kat situ. Tapi, kalau  jumpa atau   selisih dengan cikgu-cikgu tu, saya senyum je la. Rasanya,  sepanjang   praktikal kena belajar bagi ramah sikit kot. Lagipun, saya  tengok   kaunselor kat situ semua macam ramah dan mesra dengan semua  cikgu dan   pelajar. 
Oh    ya, hari ini keputusan peperiksaan semester lepas dah keluar. Sedih   dan  berdebar-debar nak tengok keputusan, tapi apa kan daya, masa tu   masih  lagi ada di sekolah.  Balik sekolah ja, 6.30 tadi terus on   laptop. Tapi,  line UIA pulak jam, tak boleh masuk web UIA. Takut dan   berdebar makin  bertambah. Tak sabar-sabar nak tengok. Apa-apa pun,   keputusan dah dapat.  Alhamdulillah, keputusan masih lagi boleh di   bangga kan. Cuma macam  saya dah jangka, paper pertama saya mesti teruk   sebab masa tu saya  kurang sihat. Masa jawab paper tu, saya memang  macam  dah give up, nak  jadi apa jadi la. Jawab sampai habis tapi sikit  tak  puas hati la. Sebab  saya rasa mampu buat lebih baik lagi masa tu,  tapi  saya tak cukup  semangat nak berjuang menjawab paper tu sehabis  baik.  Tak apa la, rezeki  setakat itu sahaja. Paper yang lain,  Alhamdulillah  okey. Terima kasih  kepada semua lecturer saya yang bagi  markah yang  banyak. Apa-apa pun,  cuba lagi semester depan dan kena  lebih rajin  berusaha ^_^
Sekian coretan untuk hari ini. Terima kasih kepada yang membaca ^_^ 
 
 
3 comments:
semoga kakanda berdua di permudahkan segala urusan..pengalaman kekanda berdua akan menjadi panduan kpd dinda...:p
terima kasih adinda sebab sudi baca. ni dah dikira reflective journal. buat kat blog dulu, nnt baru tulis lawa-lawa bg madam ^_^
aisha: sori ya, mana hilang komen kamu tu. ada masalah nak publish aritu. ni pun republish balik. btwn, thanks 4 reading too ^_^
Post a Comment