Tuesday, May 3, 2011

Praktikal- hari pertama

Assalamualaikum semua,
Hari ini saya dah mula berpraktikal di sekolah. Hari ini lapor diri. Entah kenapa saya macam tak ada perasaan langsung. Nak kata teruja pun tak, nak kata takut pun tak, nak kata berdebar-debar pun tak, pendek kata memang tak ada rasa langsung. Maintain cool. Pelik sungguh sampai saya risau kenapa saya tak  ada perasaan langsung ni. Kepala kosong, hati pun kosong juga kot. Huhuhu…

Sampai sekolah pukul 7.15 pagi terus jumpa Puan Pengetua. Alhamdulillah, dia sangat baik. Bila dah dok depan dia, saya dah mula ada rasa sebab tiba-tiba dia kata nak tempatkan kami di sesi petang. Mau tak terkejut kami berdua. Dalam hati dah tertanya-tanya, office tak bagitau ke yang kami patutnya perlu waktu pagi tak boleh waktu petang. Kami ni, walaupun praktikal, tapi masih ambil 1 subjek masa semester pendek nanti. Dengan susah payah kami kena terang la masalah kami tu. Yang best nya, Puan Pengetua okey ja. Dia bagi kebenaran untuk kami kalau ada kelas petang kami boleh datang sekolah waktu pagi dan sebaliknya. Bermakna, hari isnin dan rabu kami akan datang waktu pagi sebab ada kelas waktu petang di UIA dan akan datang ke sekolah waktu petang untuk hari selasa dan khamis. Lepas tu, kami cakap la yang hari Jumaat kami kena hadiri perjumpaan untuk praktikal ni setiap jumaat. Sekali lagi dia kata okey. Ya Allah, kami sangat bersyukur sebab macam tak ada masalah bila dia cakap macam tu. Tapi pening juga kan, 2 hari pagi, 2 hari petang, dah la tu selang sehari. Jumaat pulak tak datang. Tak ke pelik tu. Huhuhu… 

Kemudian, Puan Pengetua bawa kami jumpa ketua Kaunselor di bilik Kaunseling. Bermulalah sesi suai kenal dan soal jawab. Masa ni saya agak takut sebab tiba-tiba di tanya tentang apa yang kami perlu buat masa praktikal ni. Ya Allah, benda ni memang sangat rumit nak terang. Saya pun tak faham kenapa kami ni berbeza sangat dengan universiti lain. Kalau nak di ikutkan, kami ni di kira Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) tapi tugasan yang perlu kami buat dah macam praktikal yang betul dan dalam masa 7 minggu praktikal. Jadi, saya kata kat cikgu tu kami ni macam pra-praktikum. Lepas tu, kena terang pasal jam kredit yang perlu kami penuhi untuk sesi kaunseling individu dan kelompok. Semuanya 250 jam kredit.  Dah jadi satu hal nak terangkan pasal tu pulak. Kami kena buat 70 jam untuk kaunseling individu dan 30 jam kaunseling kelompok. Selain itu, kami juga kena buat kelas bimbingan dan juga program. Semua itu akan di kira untuk memenuhi 250 jam kredit. Dalam masa 7 minggu, banyak benda kami kena buat, cikgu tu kata takut tak sempat je. Kenapalah tugasan kami ni sangat rumit, saya pun tak faham. Huhuhu… bila kami cakap pasal kami akan berada 2 hari pagi dan 2 hari petang, lagi la ketua kaunselor tu terkejut. Dah kena cerita balik kenapa kami kena ambil subjek lagi.

Di pendekan cerita, dia sebenarnya nak tempatkan kami sesi petang sebab kekurangan kaunselor waktu petang. Lagipun, waktu pagi dah ada 3 orang kaunselor dan kebanyakan pelajar pagi adalah tahun peperiksaan, jadi agak susah sikit untuk dapat klien dan kalau nak buat program pun akan ganggu mereka. Ehm… dah jadi masalah di situ dan keadaan bertambah rumit. Tak terkata apa la kami. Dah kita pi tempat orang, kena la ikut depa kan. Tak kan nak ikut kepala sendiri. Kami kata la, nak kena bincang dengan pensyarah dulu la macam mana. Serius, masa sesi soal-jawab ni, saya sangat nervous, dah la kena smash pasal beberapa perkara (terpaksa di rahsiakan sebab isu sensitive).  Mau terkedu kami, tak tahu nak jawab apa. Nak balas balik, nanti jadi tak best pulak kan, dah la baru kenal. Tapi apa yang cikgu tu kata memang betul. Tak ada yang boleh kami nafikan pun. Iyakan aja la.  Serius, lepas tu memang saya rasa nak menagis je, sedih tak tahu nak cakap dan rasa diri ni lemah sangat dan rasa tak tahu apa-apa pasal kaunseling ni. Rasa diri ni kerdil depan dia dan rasa belum cukup ilmu di dada nak buat praktikal kaunseling pun, di tambah pula masalah nak kena pi sesi petang tu. Saya dan Ann rasa nak balik rumah masa tu juga. 

Untuk mengurangkan rasa yang pelbagai tu, kami pi la berjalan-jalan melawat sekolah. Dah tak tahu buat apa. Sambil jalan sambil berbincang dan berfikir apa jalan penyelesaian untuk masalah kami ni. Huhuhu…memang terbaik la, cikgu kaunseling pun ada masalah hari pertama praktikal. Rasa macam nak dapat sesi kaunseling juga dari mana-mana kaunselor ^_^ 

Hari pertama tak ada apa sangat pun yang boleh di buat. Lepas melawat sekitar sekolah, kami lepak kat bilik kaunseling je sambil bersembang dengan salah seorang cikgu kaunseling kat situ. Dia pun ada cerita pengalaman dia, walaupun baru 2 tahun tapi dia ada banyak pengalaman pahit. Lepas tu, pukul 11.30 pagi kami turun makan. Kalau di ikutkan hati, macam malas dah nak turun tapi perut dah lapar giler, kena la turun makan juga kan. Bab makan ni best sebab dapat makan kat tempat cikgu. Special je rasa walaupun makanan dia biasa-biasa aja. Kat situ ada kipas dan meja yang cantik. Hehehe… tetiba teruja sebab kalau dulu masa sekolah kan kita tengok cikgu-cikgu mesti ada tempat makan yang lawa dan makanan pun special ^_^

Lepas makan, kami pi jumpa Puan Pengetua nak cakap yang kami akan ke sesi petang la. Keputusan di buat sebab kami dah fikir segala kemungkinan. Rasanya yang terbaik adalah ke sesi petang. Puan Pengetua pun okey dan ketua kaunselor lagi la suka. Maka, kami pun tunggu untuk berjumpa dengan kaunselor sesi petang pula. Ternyata dia pun memang dok tunggu kami. Dia dah siap rancang program dan nak bagi klien pun. Hati yang pagi tadi rasa kecil tiba-tiba jadi besar sebab saya rasa betapa kedatangan kami sangat di alu-alukan ke sesi petang. Jadi rasa keputusan kami betul la kot. 

Lepas tamat waktu sekolah, kami terus ke UIA berjumpa dengan Dr. Norwati, penyelia untuk praktikal ni la. Dah di cerita masalah kami ni. Dia tak bagi kami pi sesi petang sebenarnya dan juga masalah kelas yang akan kami ambil nanti. Kalau dah tak boleh sangat, kami nak je drop subjek tu. Masalah pulak sebab subjek ni Moral Teaching 1 tak boleh ambil serentak dengan Moral Teaching 2 kalau kami nak ambil masa semester panjang nanti. Dr kata nak tukar sekolah ke? Owh… penyelesaian yang terakhir kot kalau nak tukar sekolah. Lagipun, tak manis kalau nak tukar tiba-tiba. Tambahan pula, kan Puan Pengetua dah bagi kebenaran untuk datang 2 hari pagi 2 hari petang. Cumanya, kami la rasa tak sedap. Tak pernah di buat orang praktikal macam tu, rasa macam sekolah sendiri pula suka hati nak datang hari apa dan waktu bila. Setelah berbincang segala kemungkinan dan baik buruk, kami kena juga ambil subjek moral tu. Makanya, kami akan ke sekolah 2 hari sesi pagi dan 2 hari sesi petang. Dan hari selasa dan khamis kami kena stay dari pagi sampai petang la kot sebab nak cukupkan jam kredit yang 250 tu. Huhuhu… kami terpaksa bekerja keras dan lebih dari orang lain. Besok ni, nak kena bagitau balik pada Puan Pengetua dan ketua kaunselor keputusan akhir kami. Tak ada jalan penyelesaian dah, ini sahaja. 

Ehm… hari pertama dah penuh kekalutan dan masalah. Hari mendatang tak tahu la. serius, pagi tadi masa sampai lepas cakap-cakap dengan ketua kaunselor, saya rasa memang tak sabar nak balik dan habis cepat. Tapi, hari ini kan baru hari pertama. Saya ada lagi 2 bulan untuk berkhidmat di sini. Tak tahu la macam mana nanti. Go with the flow or fight for it. Huhuhu…  apa-apa pun, kena la kuat semangat. Hati tak boleh kecil kena besar sentiasa. Nak jadi kaunselor kena positif sentiasa, segala cabaran dan dugaan kena hadapi dengan tenang dan berhemah. Tak boleh cepat melatah dan muda putus asa. Tadi dah mengadu segala masalah ni kat mama saya. Mama saya best je cakap “nak Berjaya bukan mudah, kena la susah dulu”. Betul, saya kena akui la. Tapi, nak terima tu perit rasanya.  Apa-apa pun , kena kuat semangat. I have to fight for it ^_^

Semoga hari kedua akan lebih baik. Kami akan ke sisi petang pula. Bagaimana hari esok, hanya Allah je yang tahu. Semoga segalanya berjalan lancar dan Allah permudahkan segala urusan kami. 

Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Apabila engkau
telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah. 
(Surah Al-Insyirah: 4-7)

4 comments:

A.I said...

wow i read this seriously okk.

for my preparation next year plak. hahaha. menakotkan lahh ;)

neway good luck, yes be strong...

BUT I REALLY WANT TO KNOW APE ISU SENSITIP TUH? ahhahaha.

Anonymous said...

tabah dlm menhadapi setiap dugaan






-zulkarnain

nadia said...

aisha: TQ sebab baca sampai habis. terharu nih ^_^


zul: Tq. u too ^_^

Unknown said...
This comment has been removed by the author.