Assalamualaikum semua,
Apa khabar hari ini? Saya Alhamdulillah, sihat-sihat sahaja. Mood saya sekarang adalah dok teringat rumah, teringat mama, abah, adik-adik, dll yang kat Penang tu. Rasa macam hati saya dah ada kat Penang bukan kat sini lagi. Dari pagi tadi asyik benda tu je yang dok sebut. Kesian Ann sebab dengar saya dok merungut pasal ni. Sebab dia pendengar yang baik, dia tahan je la telinga dengar saya dok membebel. Lepas buat sesi kaunseling, konon-konon la, baru saya sedar yang sebulan dah saya tak jumpa family. Patut la, hati ni tiba-tiba teringat rumah. Syndrome RINDU dah melanda. Huhuhu…. Okey, cut the crab crap. Sekarang saya nak cerita apa yang berlaku di sekolah hari ini.
Pagi tadi saya dan Ann hadiri perhimpunan pagi yang terakhir, sebab dah minggu last kan. Lepas ni dah tak boleh dengar lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah lagi dah. Tapi, best bila jadi cikgu ni, masa perhimpunan boleh dok atas pentas. Siap ada kerusi lagi disediakan. Kalau nak cari port nak tidur atau nak bersembang, boleh pilih tempat yang belakang sikit. Kalau dok depan, kena la cover dan perlu dok keras. Ala-ala kena jadi contoh kepada pelajar. Kami tak pernah dok depan lagi la setakat ni sebab segan dan takut terambil tempat orang pulak. Best tak alasan? ^_^
Aktiviti hari ini kami khususkan untuk mengadakan sesi individual kaunseling bersama calon-calon PRS. Sesi bermula pukul 10 dan terus sampai pukul 12. Nampak tak kami yang sungguh selfish nak cukupkan jam kredit. Buat sesi secara terus-menerus. Alhamdulillah, PRS ni memang best sebab bagi kejersama kat kami. Kami suruh datang awal pun okey. Lagi terharu ada yang dah datang sejak pukul 7. Bila saya tanya kenapa datang awal sangat. Dia kata kalau datang lewat, tak ada kenderaan plak nak datang nanti. Ehm… rasa bersalah disitu, tapi nak buat macam mana kan. Kata nak jadi PRS, jadi kena hadapi segala cabaran. Eh…tetiba plak.
Okey. Sebab hari mood saya asyik dok teringat kat rumah je, menyebabkan saya macam malas nak buat apa-apa. Bila hati dah hilang, macam ni la jadinya. Parah juga anak manja ni sorang. Ann ajak saya masuk perhimpunan petang sebab dia kata ni yang terakhir. Serius, saya sangat la malas nak pi, saja je buat-buat lambat makan la. Tapi bila tengok muka Ann yang bersungguh, kesian plak. Maka, saya pun setuju la nak masuk. Tah macam mana rasa berat hati nak pi.
Rupanya, berat hati dan perasaan malas saya tu bersebab. Elok je kami nak melangkah keluar dari tempat makan cikgu tu, tiba-tiba dapat call. “sister Nadia, I’m already at ur school” Ya Allah, Dr Siraje iaitu lecturer yang nak observe kami dah sampai. Out of sudden. Tiba-tiba jantung saya berdegup kencang. Nervous semacam je. Takut kot, lecturer dah datang.
Mula-mula Sir pi jumpa Puan Pengetua, nak ucap terima kasih sebab terima pelajar praktikal kat sekolah tu. Yang bestnya, masa Sir masuk office tadi, semua orang macam tergamam. Semua orang pandang Sir macam pelik. Sir kami hensem apa, tu yang semua orang macam terkejut kot ^_^ Lepas jumpa Puan Pengetua, kami bawak Sir daki tinggkat 4 untuk ke bilik kami. Sir kata, 'Good excercise for you all". Hehehe...semput juga nak naik tingkat 4 tu. Bayangkan kalau hari. Huhuhu....
Kemudian Sir jumpa dengan site supervisor. Tah apa depa berdua sembang, tak tau la pulak. Harapnya yang baik-baik sahaja tentang kami berdua. Kemudian, baru Sir jumpa kami. Macam biasa, dia chek logbook, tengok report klien etc. Takut gak nak tunjuk. Kemudian, ada beberapa perkara yang dibincangkan. Lepas dah berbincang dan Sir pun menerangkan apa yang sepatutnya, barulah kami celik akal. Huhuhu...minggu terakhir praktikal, baru tahu macam mana sepatutnya kami kena buat. (hal yang dibincangkan terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu)
Masa Sir cakap tu, tak tergambar perasaan saya dan Ann. Rasa nak nangis pun ada. Tapi kami tak mau la nak salahkan mana-mana pihak. Tapi, Sir sangat baik dan tebaiklah. Dia kata, kami masih belum terlambat, masih ada masa. Lagipun kami baru praktikum, jadi Sir tak harap kami untuk tidak ulangi apa yang kami buat masa internship nanti. Sir memang pandai pujuk dengan kata-kata positif dia. Lagi best bila Sir kata, "I will mark u when u make the correction" Masa Sir kata macam tu, rasa lega la. Dalam masa yang suntuk, mau tak menang tangan nak betulkan segala kesalahan. Apa-apa pun, we learn from the mistake.
Lepas Sir balik, terus tak da mood. Mood tu lagi menurun sebab fikir macam-macam. Lepas tu, ada plak klien yang membuat hati saya terbakar. Sabar je lah. Saya terpaksa kawal perasaan agar tak terus terbakar. Okey, i'm cool back.
Kemudian, buat sesi sampai lewat petang. Penat tak usah kata la. Tu pun ada klien yang terpaksa batal dia punya temujanji. Dah saya kena fix waktu lain pulak. Masa dah suntuk, klien banyak lagi tak jumpa. Huhuhu...kaunselor stress.
Okey. Itu sahaja untuk hari ini, tak best pun kan. Kita hidup macam ni lah, pelbagai rasa. Kadang manis, kadang pahit, kadang pedas, kadang tak ada rasa. Pilihan di tangan kita, apa rasa yang kita nak ^_^
Sekian,
Wassalam