Tuesday, July 26, 2011

RANDOM: Cuti dan Bercuti

Assalamualaikum semua,
Apa khabar? Dah lama tak menulis kat blog ni. Alhamdulillah, seperti yang diketahui, saya tengah bercuti. Bila dah duduk rumah, sibuk menguruskan hal rumah-tangga la. Maka, blog terbiar sikit. Hari-hari buka blog ni, tapi idea nak menulis tak ada. Otak macam dah beku. Ni la kot kesan bercuti di rumah.

Ehm, cuti kali ini adalah untuk me"reward" diri sendiri selepas berpenat-lelah masa praktikal aritu. Bila dah dok rumah ni, baru rasa bernafas sikit. Kesempatan cuti kali ni juga, saya ambil peluang nak pi bercuti. Best sangat dapat melihat keindahan bumu ciptaan Allah ni. Minggu lepas, saya berpeluang bercuti ke negeri dan negara di utara Malaysia. Tak sangka sungguh, cuti kali ni, ada rezeki saya nak berjalan jauh. Terima kasih kepada yang menaja ^_^



Insyallah, minggu ni plak ni berjalan ke selatan pulak. Kali ni nak melawat negara yang berada di selatan Malaysia. Alhamdulillah, rezeki lagi. Mama saya kata, cuti ni jalan puas-puas, nanti dah nak sambut Ramadhan. Perasaan saya, mesti la seronok. Dah lama tak jalan-jalan tanpa fikir soal pelajaran. Kalau tak, nak pi mana-mana pun susah, tak ada cuti panjang la.

Doakan saya selamat pergi dan selamat pulang. Tak lama pun pi, sekadar beberapa hari. Kalau rajin, saya up-date blog, kalau malas minta maaf ya ^_^

Bye-bye penang
Bye-bye malaysia