Friday, November 25, 2011

Barakallah!

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara


Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah


Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu


Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri


Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin buat semua pasangan yg telah dipilih Allah mendirikan rumah tangga hari ini, esok, minggu depan dan seterusnya..”

p/s: tengah mood kawen2 ni. Hehehe... bukan nak main kawen2 ke apa tp nak pi kenduri kawen org2. Bulan November & Disember yg penuh dgn undangan perkahwinan kawan-kawan dan saudara mara. 

Okey, bak kata kwn2 yg masih "single & available" : 
"masa ni kita pi kenduri depa, nnt turn kita depa mai plak kenduri kita. Fair & square kn."

Bila masa plak turn kita ( tertanya-tanya dlm hati)...
Hanya Tuhan yg tahu ^_^


1 comment:

mimie said...

assalamualaikum..follow lah blog www.puteribawahbayu.blogspot.com..suke blog ni, comey :)