Assalamualaikum semua,
Saya pun sibuk nak buat
entry terakhir untuk tahun 2011 ni. Ehm… tapi tak tahu nak tulis apa ^_^
Okey, sebab tak tahu nak
tulis apa, saya main type je ni. Randomly…
Bila tahun berganti tahun,
yang berubah adalah umur. Tak kira la kalau lahir bulan Januari mahupun Disember,
umur akan di kira ikut tahun. Jadi, bila sahaja masuk tahun 2012 umur saya dah
bertambah setahun lagi. Umur yang agak matang untuk segalanya. Kalau dulu,
dalam angan saya, pada umur sekarang sekurang-kurangnya dah ada kerjaya, dah
kawen dan dah ada anak sekurang-kurangnya 2 orang. Hehehe…tinggi betul impian
& angan2 tu. Tapi, Allah tak mengizinkan itu semua berlaku. Mungkin ada
hikmahnya. Mungkin saya belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang
berat. Segalanya mungkin bukan ^_^
Kalau tahun lepas, saya
sambut tahun baru di suatu tempat yang best. Tempat yang sangat menginsafkan. Tahun
ni tak berpeluang. Tapi tahun ni, saya berada di tempat kelahiran saya. Bersama
keluarga tercinta. Menyambut tahun baru bersama keluarga. Ehm…esok kena tunjuk
sedikit kematangan kot. Dah tak boleh nak manja2 sangat. Hehehe…Kalau tak, abah
tak nak kawen anak dia ni.
Tahun 2011, banyak yang
saya belajar. Ramai orang yang saya kenal & jumpa. Setiap hari-hari yang
saya lalui sepanjang tahun 2011, tak sehari pun tak membawa makna kepada saya. Tambah
pula, bila saya sempat bergelar kaunselor selama 7 minggu. Lagilah banyak yang
saya belajar tentang hidup. Dan saya sangat bersyukur untuk kurniaan yang Allah
bagi untuk saya sepanjang saya hidup ini. Tanpa saya sedar, ada juga perubahan
yang berlaku dalam diri. Insyaallah, semoga perubahan itu lebih kepada
kebaikan. Semoga saya terus istiqamah dan jiddiyyah untuk berubah ke arah kebaikan.
Tahun 2011 ramai juga
kawan saya yang melangkah ke alam perkahwinan, ada yang dapat anak & ada
yang bertunang. Perasaan saya? Biasa je kot. Normalah, bila dah habis belajar,
dah ada kerja, mestilah dah sampai masa untuk membina keluarga pulak kan. Tapi,
orang di sekeliling saya sangat risau sebab saya masih sendiri pada umur
sekarang. Terima kasih yang mengamabil berat, terima kasih yang sudi nak
kenalkan, terima kasih yang mendoakan. Saya percaya pada jodoh yang Allah dah
tentukan ^_^
Akhir kata, ehm…ehm…
Selamat Tahun Baru 2012. Semoga
dengan kedatangan tahun baru ini akan lebih focus dengan apa yang kita nak
buat. Saya tak ada azam yang khusus, cuma saya harap saya dapat sambung Master
tahun depan. Doakan untuk saya ya.
3 comments:
semoga lagi sukses unt thn 2012..selamat tahun baru 2012..
wah..bestnya dpt smbg master.. teringin juga nk smbg... tp ijazah blm hbs lagi ni ada 1 sem lg...
Siti hawa: terima kasih. Semoga dengan kedatangan tahun baru membawa seribu rahmat kepada awk juga.
Ehm...saya sambung master, cuma masih dalam cadangan. Insyaallah, kalau ada rezeki, nak juga sambung. Cepat atau lambat, hanya Allah yang tahu ^_^
Saya doakan awk juga dpt smbg master nnt. btwen, all the best in ur degree. saya pun ada lg 1 sem nak habis.
ooo.. ya ker..sm la kita ya... insyallah ada la rezeki..
Post a Comment