Assalamualaikum semua
Ini
cerita minggu lepas. Hari Ahad yang
lepas Zaheen dan keluarganya melawat saya di UIA. Wah…bagus sungguh rasanya
bila mereka datang. Bukannya apa, masa tu memang tengah serabut dan
gundah-gulana sebab menguruskan program yang berlalu hari Jumaat tu. Bila Zaheen nak mai, memang la saya suka
sangat. Owh…saya suka juga sebab Baba dan ibu Zaheen nak datang (kalau tak
cakap macam ni nanti Baba Zaheen marah ^_^). Tak ketinggalan, adik saya yang jambu
macam artis Korea pun ikut sama. Wah... lain benar adikku itu, awat muka dia lain sangat sejak
masuk UNITEN ni? Ehm….
Maka,
hari Ahad tu menjadi hari yang indah setelah tak beberapa nak indah beberapa
hari sebelumnya. Rindu sangat dengan budak kecil tu sebab dah lama tak jumpa.
Kali terakhir kami jumpa adalah hujung bulan 7 ketika saya melawat dia dan
keluarganya di Singapore. Hampir 5 bulan juga la. Zaheen dah makin besar dan
cerdik. Makan apa la budak tu sampai bijak sangat ^_^
Rambut
Zaheen dah panjang, mulut Zaheen pun dah makin pandai cakap, tapi dalam bahasa
dia la. Tapi, badan dia tak naik pun. Kecil je, tapi Zaheen sangat cergas. Begitulah
keadaan fizikal Zaheen.
Masa
mula-mula sampai, Zaheen masih tidur. Lepas tu, ibu dia kejutkan dia. Ibu pun angkat Zaheen, tapi mata dia masih pejam.
Sebenarnya, Zaheen saja mengada-ngada tak mahu buka mata sebab dia sedar ada
orang lain kat situ. Lama dia pejam
mata, sampai Baba dia bawak dia pi jalan-jalan dulu. Nasib kau comel Zaheen,
rasa nak picit-picit je pipit tu.
Sombong eh dengan Mak Ngah ^_^
Bila
dia dah buka mata, dia tak pandang pun Mak Ngah dia ni. Tunduk je pandang bawah.
Sebenarnya, dia malu dan sengan tu, senyum pun tak. Tak pe, kita ada banyak
masa untuk “ice-breaking”. Zaheen ni sangat senang
nak “kawan” dengan dia. Umpan je dengan kamera. Ambil je gambar dia
banyak-banyak. Dia suka sungguh dengan
kamera ni. Maka akan ada attachment la
dengan dia. Alahai, budak zaman sekarang kan.
Baba
Zaheen ajak pi makan dekat HS. Ibu Zaheen sebenarnya teringin nak makan kat
MamaMia, tapi kan hari Ahad, mana kedai tu buka. Maka, makan je lah dekat café HS
tu. Masa dekat café HS tu, semua yang nampak Zaheen akan pandang Zaheen akan
cakap “eh…comelnya budak ni…” Hehehe…betul pun, Zaheen sangat comel dengan cara
dia tersendiri ^_^
Sebenarnya,
Baba zaheen ada niat lain tau melawat Mak Ngah dia ni. Mak Ngah assume yang
Baba Zaheen nak tayang kereta baru dia. Siap promote lagi tu suruh beli kereta
macam dia. Bangga sungguh sebab dia jadi orang pertama kat Johor tu yang tempah
kereta ni. Kereta ni tak keluar lagi, dia dah beli. Pastu dok cakap kereta ni katanya
baguslah, sedap bawak la, boleh bawa jauh la etc. Ye la…kereta tu kaler dia
memang lawa. Huhuhu…apa la Baba Zaheen tu, cakap pasal kereta dengan orang yang
“terror”, bukannya reti nak balas balik. Apa-apa je lah kan.
Walaupun
Zaheen datang sekejap sahaja, tapi memang best. Terubat rindu pada dia. Bila lagilah
nak jumpa dan main-main dengan budak kecik tu? Ehm….
Jom layan gambar dari
kamera yang tak canggih ni ^_^
ni masa tgh "ice-breaking" dgn Zaheen. Muka Zaheen yg baru bangun tidur |
Baba Zaheen tgh nak parking kereta baru |
Pak Lang Zaheen yang tgh tengok parking. Maklumlah, kereta besar, tak muat nak parking |
Puas la Mak Ngah suruh Zaheen senyum. Tapi tak senyum pun |
Dah boleh senyum sebab dah lepas makan |
Zaheen dan Mak Ngah |
Ni la kereta baru kebanggan Baba Zaheen |
Zaheen, adik Zaheen dan Ibu Zaheen yang cool |
Setelah beberapa jam singgah di UIA, mereka pun meneruskan perjalanan ke utara. Sebenarnya mereka ni dalam perjalanan nak balik Pulau Pinang nak jumpa Tok Mama dan Tok Abah. Tapi sebab Baba Zaheen rindu nak tengok adik dia yang comel dekat UIA, tu yang depa singgah. Hehehe...walaupun sekejap, okey la kan. Semoga dapat jumpa Zaheen lagi. Tahun depan Mak Ngah pi melawat Zaheen okey. Nak jumpa adik Zaheen pulak ^_^
P/s: Sekian cerita Zaheen dan Mak Ngah Zaheen. Terima Kasih sudi membaca karangan budak yang tengah banyak assignment tapi ada hati nak up-date blog.
3 comments:
mata sepet ya zaheen.ikut sapa la tu.. hehe...
ikut sapa lagi. mak ngah dia la. hehehe...
Salam kakak.
Lama tak bertegur sapa. Saya junior IIC yang pernah tanya akak pasal IIC tahun 2009 dulu.
Eh, ini ke wajah akak yang selama ini saya tak pernah tengok?
Post a Comment