Assalamualaikum semua,
"Membezakan bidang kerja yang lain dengan guru
ialah cuti yang panjang. Yeay, cuti sekolah dah bermula. Selamat bercuti
buat semua yang bergelar pelajar2 & guru2 sekolah. Manfaatkanlah
cuti dengan perkara yang baik :)"
Ni status saya di facebook yang mendapat banyak like :) Kalau ramai yang like, saya lagi la bertambah-tambah like. Alhamdulillah, cuti sekolah sebenarnya satu rahmat buat seorang guru. Cuti sekolah kali ni merupakan cuti sekolah yang pertama saya nikmati setelah bergelar guru tetap. Rasa heaven sekali. Patut la ada orang jeles ngan guru sebab cuti yang panjang ni :)
Nak jadi guru ni bukan senang. Guru sekarang bukan macam guru zaman dulu. Tambah tahun ni, pelik-pelik plak yang di keluarkan oleh KPM untuk pengambilan guru. Macam saya, walaupun ada ijazah pendidikan, tak di lantik terus untuk menjadi guru. Zaman dulu ya, tapi sekarang tidak lagi. Sapa kata nak jadi guru ni senang. Kena isi online dekat Job Malaysia dulu.
Mulai tahun bila tah, sebelum nak di posting ke sekolah, lepas habis belajar ijazah pendidikan, bakal-bakal guru ni kena interview dulu dengan SPP. Lepas dah lulus, baru dapat posting. Kalau tak lulus interview dengan SPP, jawabnya selamat tinggal la nak jadi guru tu. Ada kes tahun lepas seramai 63 calon yang tak lulus interview dan sampai hari ini mereka belum di panggil interview semula & tak di panggil posting. Kesian kan. Peluang interview adalah sekali sahaja. Kalau lulus, ada peluang. Kalau gagal. Mintak maaf ja la. Sila cari kerja lain. Jangka masa nak panggil interview pun lebih kurang 6 bulan lepas tamat belajar. Lama kan. Jadi, sapa kata nak jadi guru ni senang.
Tahun lepas juga di perkenalkan Guru Interim iaitu guru luar norma. Senang nak cakap, guru ni dapat mengajar bukan opsyen dia. Contoh, dia opsyen sains tapi sekolah tu ada kekosongan bahasa melayu, jadi guru ni kena la mengajar subjek bukan opsyen dia. Kebanyakan yang dapat guru interim tahun lepas kena mengajar di SRJK Cina @ Tamil. Guru interim ini juga lebih kurang macam guru ganti@ guru sandaran terlatih (GST). Aih..macam-macam term dia. Guru interim dapat elaun bulanan dan beberapa intensif, tapi tak banyak la. Gred jawatan DC 41. Walau dah lepas interview dengan SPP, guru interim tahun lepas ni belum lagi di naikan ke Gred Jawatan DG41.
Tahun ni plak, guru interim digunapakai sebagai serapan guru untk mengisi kekosongan hakiki. Interim
ni hanya istilah sahaja. Tapi sebenarnya dah posting. Tapi belum di lantik secara sah
oleh SPP. Gred jawatan DC 41. Banyak versi sebenarnya pasal interim tahun ni. Ada yang kata kalau tolak interim, nanti tak dapat posting. Ada yang kata tak ada kena mengena.
Kalau ikutkan masa dengar taklimat di JPN PP masa terima surat tawaran interim ni, Pengarah JPN cakap, kalau siapa yang tolak interim, nama dia akan di bawa ke belakang. Posting akan dapat cuma tak tau cepat atau lambat atau nama akan di masukan bersama calon guru tahun depan. Kalau nak tolak boleh saja, tapi kena ada alasan yang kukuh la. Tiada paksaan nak terima atau tolak.
Sukar orang nak faham yang guru interim ni macam dah posting, cuma tunggu nak di sahkan jawatan sahaja. Kalau lulus interview dengan SPP, Insyaallah dapat terus jadi cikgu tetap. Tapi kalau gagal interview, walau dah dapat jadi guru interim, KPM tak akan ambil guru interim ni jadi guru tetap. Sistem apakah ini. Pelik-pelik.
Makanya, saya dapat la jadi guru interim tu. Pada 1 Mac 2013, saya di lantik menjadi guru interim di SABK opsyen Bimbingan & Kaunseling. Alhamdulillah, bersyukur sebab dapat negeri sendiri & sekolah yang tak jauh dari rumah. Sekarang hanya berdoa, cepat-cepat keputusan interview dengan SPP keluar. Kalau gagal, bye2 la sekolah sekarang. Takut juga nak tau keputusan. Masa interview aritu memang okey dan confident ja. Tapi mana kita nak tau dapat markah berapa kan. Doa je la.
Tahun ni, nasib pelajar ijazah pendidikan IPTA macam ni. Tahun lepas macam lain. Tahun depan & akan datang tak tahu la. Buat junior tercinta, sabar la ya. Kalau ada rezeki untuk jadi guru tak ke mana. Doa la banyak-banyak semoga Allah permudahkan untuk tahun depan pulak :)
p/s: Next entry will be my 1st experience at new school :)
5 comments:
Syukur sbb adik bersyukur.msh ttp guru wpun guru interim.jgn jd mcm setengah2 guru yg lama atau bru xsedar tggjwb bila dah disahkn jwtan.sentiasa negatif bila dicabar dgn tggjwb.sentiasa myalahkan org lain.dia ingat gaji tu msuk tiap2 bulan krn dia bekerja dan kerajaan wajib bayar.org kerja berat dgn peluh tubuh trm habuan tetap.akhirnya lupa pd keberkatn rezeki.akhirnya lihatlah anak2 n keturunn yg mkn rezeki x berkat.
Em..sy pn graduan pendidikan.smntra tggu spp iv, bru ni d pggil utk guru interim.risaula sis.doakn ye
Time dg jd guru interim tu dn dipanggil utk iv spp, dlm tu dua soal ape ek? Dgr2 mgenai kmenterian dan dasar2 mlysia.. Btul ke?
dpt serap jd tetap x?
Mcamana ye kalau calon simpanan guru Interim..Ada masa depan x??
Post a Comment