Assalamualaikum semua,
Situasi 1
Pelajar : Cikgu memang belajar untuk jadi cikgu kaunseling ka?
Guru : Ya. Ijazah cikgu dalam bidang kaunseling
Pelajar : Mesti cikgu suka budak-budak kan?
Guru : Sebelum ni cikgu buat diploma dalam bidang Pendidikan Awal
Kanak-Kanak
Pelajar : Comfirm. Cikgu memang suka budak-budak. (Sambil tersenyum)
Komen: Motif bagitau ada diploma???? Nak kata minat budak-budak kot, but seriously unintentionally nak cakap macam tu pun... ^_^
Situasi 2
Sesi kaunseling sedang di jalankan. Guru cuba meneroka permasalahan klien.
Guru : Kamu percaya cikgu dak?
Pelajar : Ehm.....(sambil senyum simpul)
Guru : Okey boleh bagi tau ............
Pelajar : Ehm....saya nak.....(masih refuse untuk menyatakan
perkara sebenar)
Guru : Okey....tadi kamu kata.....lagi siapa lagi yang kamu rasa......
Pelajar : Eh...cikgu tulis ka?
Guru : Eh mana ada. tengok ni. ( sambil tunjuk bukti)
Kamu tak percaya cikgu ka?
Pelajar : Saya percaya. Tengok muka suci ja.
Guru : Erk.....
Komen: Muka suci???? Hahahah...lawak. Sungguh tulus komen klien ni. Lepas sesi, tengok cermin, sambil dalam hati kata"Oh macam ni rupanya muka suci" ^_^
Situasi 3
Pelajar : Cikgu cuba tengok siapa pelajar yang bermasalah(Sambil tunjuk pelajar lelaki yang baru balik solat Jumaat)
Guru : Dekat sekolah ni tak ada masalah yang teruk-teruk. Dulu masa
praktikal, cikgu dah jumpa dengan remaja yang bermasalah.
Apa yang kamu tengok dekat TV, realitinya cikgu pernah jumpa.
Pelajar : Biar betul cikgu. Tak kan cikgu jumpa sendiri remaja yang ada
masalah teruk macam tu?
Guru : Dalam fikiran kamu, masalah yang teruk tu macam mana?
(Nak uji, apa justifikasi kepada "masalah yang teruk" tu)
Pelajar : Orang yang buat benda tu, lepas tu mengandung,lepas tu
lahirkan anak. Tak kan cikgu pernah jumpa?
Guru : Ya, pernah jumpa. Pelajar tingkatan 5, dia datang selepas
habis pantang. Tapi dia dah nikah la dengan lelaki tu.
Komen: Sungguh naif pelajar ni. Tu baru cerita tentang pelajar mengandung, belum cerita kes dadah,zina, dll yang lagi extreme kisahnya :)
Situasi 4
Pelajar 1 : Cikgu saya minat nak masuk USIM. Macam mana ?
Guru : Ok. Macam ni. (menerangkan requirement nak masuk USIM)
Pelajar 1 : Oh macam tu ka. Tapi susah la.......(menyatakan kerisauan)
Guru : Insyaallah, masih ada masa untuk kamu usaha. (Memberi semangat)
Seorang pelajar menyampuk
Pelajar 2 : Cikgu, kalau saya minat ....... macam mana plak?
Guru : Okey, macam ni......(menjawab persoalan yang ingin pelajar tu tahu)
Pelajar 2 : Oh.....tapi kan cikgu......(menyatakan kerisauan)
Guru : Insyaallah. Kamu boleh. Sekarang ni tumpu dulu pada SPM.
Belajar rajin-rajin. Jangan pilih subjek yang kamu suka saja.
Seorang lagi pelajar bertanya
Pelajar 3 : Cikgu, kalau saya nak masuk ni.....tapi....
Guru : Okey. Sat cikgu tengok apa requrement nak masuk sana.
(Bagun dan ambil brosur maklumat yang diminta.
Kemudian menerangkan kepada pelajar tersebut)
Kemudian menerangkan kepada pelajar tersebut)
Seorang lagi pelajar yang dok perhati dari tadi berkata
Pelajar 4 : Ishk...hampa ni. Tadi kan cikgu dah cerita. Tak faham lagi ka.
Kesian cikgu nak terang balik.
Guru : Eh tak pa. Memang kerja cikgu pun bagi maklumat dan
terangkan semua ni.
Kesian cikgu nak terang balik.
Guru : Eh tak pa. Memang kerja cikgu pun bagi maklumat dan
terangkan semua ni.
Pelajar 4 : Banyak la pahala cikgu.
Komen: Ehm...speechless bila pelajar tu kata dapat banyak pahala. Dah memang tugas & tanggungjawab. Jadi tak kisah kalau kena ulang beratus kali benda yang sama ^_^
p/s: Hampir sebulan bertugas sebagai Guru Kaunseling di sekolah.Setiap hari pelbagai ragam pelajar yang di jumpa. Sungguh seronok melayan mereka. Kadang-kadang luar alam pun ada. Tapi dah tugas, layan ja la ^_^
Tapi depa ni sungguh tulus & ikhlas dalam berkata-kata & bagi pendapat. Apa depa rasa, depa cakap. Tak dak nak tapis-tapis dah, tapi buat cikgu depa ni sering terkedu.
2 comments:
haha...always expect the unexpected :)
@Ruzanna Rahman
yup. everyday i face with the unexpected things. Nasib la tak kluar lg yg kata, muka cikgu mcm ______________(sila isi sndri)^_^
yg sy tulis blum cukup "cepu Cemas" ada lg yg extreme. Bdk2 sek agama ni, sungguh tulus dlm berkata2 :)
Post a Comment