Saturday, July 31, 2010

Hari Kelahiran

Assalamualaikum semua, 
Alhamdulillah semalam tiba jua hari yg paling bermakna dlm hidup. Biasanya saya akan ternanti-nanti tarikh semalam, macam org angau pula sebab saya akan senyum sorang-sorang. Tarikh 30 Julai adalah tarikh di mana saya mula melihat dunia. Saya menjengah dunia pada jam 4.34 pg di rumah tok saya di Sungai Dua. Di sambut dengan penuh kesyukuran oleh semua ahli keluarga. Yang paling gembira abang saya kot sebab dia ada kawan. Saya rasa dia mesti suka sebab dia dapat buli saya. Memang pun, masa kecik dia memang suka usik & kacau sy. Tension tau, asik kena buli je. Tapi saya syg sgt kat abang sebab dia best walaupun dia seorang pembuli yg tegar. Saya pun apa kurangnya. Huhuhu....


Sebenarnya,  mama tak sedar pun saya dah hadir dalam rahim dia. Sebab masa tu abang masih kecil lagi. Bila dah masuk bulan ke-4 kot, baru tahu. Kesian kat saya. Hehehe...tak de lah. Kesian kat abang lagi la. Dia kan masih kecil tapi dah nak dapat adik baru. Tak sempat nak rasa bermanja lama-lama kot. Kalau nak di ikutkan abang ngan saya kembar sebab masa saya lahir, lagi satu minggu abang nak cukup umur 1 tahun. Kiranya kami ni kembar gak la kan!!!
 
Hari ini, dah 23 tahun saya berada di dunia ini. Saya sangat bersyukur dengan apa yg saya dah ada dan apa yg saya dah capai. Saya pernah impikan berada di mana saya sekarang, tapi saya tak sangka ia terjadi. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat. Kalau masa saya berada di sek men, saya selalu bayangkan siapa saya pada umur 23 ni. Saya bayangkan saya dah kahwin, dah kerja, hidup bahagia dan mcm2 lagi impian saya. Tapi, siapalah saya untuk menentukan takdir saya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui. Segala angan saya belum capai, tapi Insyallah, saya pastikan ia akan di realisasikan.

Kalau di ikutkan, 23 thn tu di kira jangka waktu yg lama kan. Dah 23 thn saya menghabiskan hidup di dunia. Saya tak pasti adakah dalam 23 tahun ini, saya dah mengunakannya dengan baik? Adakah segala yg saya lakukan mendapat redha Allah. Dalam 23 thn ni, berapa byk dosa yg saya dh lakukan & banyak mana kebaikan yg sy buat. Sesungguhnya, saya tak pasti. Apabila bertambahnya umur, maka makin dekat  dengan detik kematian. 


Ya Allah, Kau peliharalah diriku ini dari azab Mu,
Ya Allah, Kau berikanlah petunjuk & hidayah Mu,
Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku yg telah melahirkan aku ke dunia ini,
Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat yang Kau berikan,
Sesungguhnya, aku bersyukur pada Mu.

Di dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad saw. bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya serta baik amalnya.” (HR. Ahmad)











Wednesday, July 28, 2010

Expected the unexpected part 2

Assalamualaikum semua,
Ehm...pertama kali up-date blog dari lab kat kuliah ni. Hehehe...saja mengisi masa lapang yg tak la lapang sgt pun. Sebenarnya tgh tunggu kelas pukul dua nnt, sambil tu dok buat online test. Homework untuk besok :)

Sesungguhnya perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia. Saya rancang yg lain, tapi Allah menetapkan yg lain. Tadi baru je dapat offer untuk join program McLead. Last minute decision tu. Saya pun tak tahu kenapa mudah sgt setuju. May be ada hikmah yg sy tak nampak lagi. Apa-apa pun, perancangan nak balik minggu ni terpaksa di batalkan. Tu la, masin mulut saya ni. Hari tu, bila tok saya tanya bila nak balik lagi, saya ngan selambernya cakap raya nnt baru balik. Sedangkan saya dah aim nak balik 30hb Julai sempena hari ______. Huhuhu...nak kata sedih tak la sedih, mcm tak ada perasaan sekarang. Saya tak tahu la mana hilangnya hati dan perasaan ini. Tetiba berjiwang :) Saya tak tahu apa yg bakal menanti saya minggu ni. harapnya semua yg baik, sebab saya berada dm mood yg tidak baik beberapa hari ni.

Besok mlm mcm stress sikit. Ada tiga tempat saya perlu ada. Pukul 8-10 mlm ada kelas English, 8.30 mlm ada meeting untuk Career program dan lepas isyak ada pelancaran program mentoring dan sy kna jd mentor. Huhuhu...mana satu nak dahulukan, mana satu nak ponteng, saya pun tak tau. Huhuhu.....

Sekian untuk hari ini. Wassalam.

Expected the unexpected

Assalamualaikum semua,
sgt rindu nak menconteng blog ni. Tapi apakan daya, masa tak mengizinkan. Ceh...saja bagi alasan tu atau dlm bhs kaunseling helah bela diri di bawah penafian. Hehehe...Serius, masuk je semester baru ni, saya rasa sgt sibuk, sampai tak sempat nak buat benda yg saya suka buat. Saya rindu saat-saat saya byk masa untuk buat byk perkara.

Banyak benda yang tak saya jangka terjadi. Dah tak tahu nak hadapi semua benda ni. Macam datang bertimpa-timpa je. Apa benda sy nak ckp ni sebenarnya :) ehm... apa yg sy nak cakap pertama, pasal peluang yg dah ada depan mata. Tak tahu nak terima atau nak tolak. Saya percaya pada takdir. Kalau Allah dah izinkan sesuatu tu berlaku, ia pasti akan berlaku juga. Sapalah kita nak menidakannya. Saya hanya doakan yg terbaik. Moga Allah permudahkannya. 

Kedua, pasal tekanan. Saya pun dah tak sanggup nak hadapi tekanan yg tak pernah selesai ni. Hari-hari ada je tekanan yg saya perlu hadapi. Letih tau macam ni. Patut la topik paling popular kalau nak buat kajian dalam kaunseling adalah tentang tekanan. Semua org akan hadapi tekanan setiap hari. Cumanya, setiap individu berbeza macam mana dia nak hadapi tekanan tersebut. Saya pun, kadang-kadang tak boleh nak hadapi juga. Biasalah, saya pun manusia biasa juga. Tapi, saya tengok ni ke arah positif. Mungkin ni boleh jadi latihan saya sebagai bakal kaunselor. Ye la, nnt bila dah bekerja, pasti hari-hari akan dengar masalah orang. Tekanan lagi byk berganda-ganda dari masa belajar ni.

Ketiga, kebelakangan ni saya suka sangat berfikir. Kelemahan saya adalah saya terlalu berfikir dan ambil berat tentang sesuatu perkara. Kalau dah terlampau fikir, saya akan sakit kepala. Pastu terus tak ada mood. Saya tak suka la sebab dah tak cool macam selalu. Saya dah tak tahu nak buat mcm mana. Sebelum ni okey ja, tapi sejak dua menjak ni, macam lagi teruk plak. Adakah ni tanda-tanda penuaan???  Maklum la, umur dah hampir meningkat setahun lagi, maka banyak benda nak fikir. Fikir tentang pelajaran la, keluarga, masa depan, kawan-kawan, org sekeliling, diri sendiri, & byk lagi la.

Keempat, saya tak sabar nak tunggu hari Jumaat ni. Sebab saya nak balik kampung. Rindu giler nak jumpa keluarga. Tak sabar nak balik sebab nak rehatkan kepala otak yg terlalu kuat bekerja ni. Lepas ni, nak balik semula ke UIA dgn semangat baru. Semoga akan lebih kuat menghadapi segala cabaran. Saya tengah belajar untuk jadi lebih matang. Kematangan kenalah selaras dengan umur. Dah tak boleh main-main dah. Harus lebih serius dlm segala tindakan.

Sekian, wassalam. 


Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”





Friday, July 23, 2010

Berbanggalah menjadi seorang Muslim

Assalamualaikum semua,

Tepuk dada tanya iman. Berbanggalah kita menjadi seorang Muslim. Jangan rasa sebab kita bergelar Muslim, kita tak dapat buat banyak perkara. Kita selalu rasa yang Islam tak membenarkan banyak perkara. Nak buat ni tak boleh, nak buat tu tak boleh. 

Kita tahu dalam Islam kita ada 5 hukum syarak iaitu wajib, harus, sunat, makhruh dan haram. Perkara yang wajib, harus, sunat dan makhruh kita boleh buat. Allah tak benarkan kita buat yg haram je. Jadi, kita boleh buat apa saja yang kita suka, janji perkara itu tak masuk dalam kategori yg telah di haramkan oleh syarak. Setiap yang Allah haramkan itu pasti ada hikmahnya, mesti ada sebabnya. Kalau dah Allah haramkan perkara itu, mesti ada perkara itu boleh memudaratkan kita.

Jangan gentar kalau kita di serang, jangan takut apabila kita di hentam. Cuba tengok saudara kita di Palestine, mereka terus perjuangkan tanah Suci umat Islam dengan penuh semangat sebab mereka tahu, kalau syahid, pasti syurga Allah menjadi tempat mereka. Walau kita jauh dari mereka, kita juga perlu berjuang. Berjuang mempertahankan Islam, walau di mana kita berada. 


Sesungguhnya, tiada agama yang terbaik selain Islam. 
Sila klik. Ada sesuatu yg menarik untuk di kongsi.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim" (Ali-'Imran :102)


Sekian, untuk tazkirah hari Jumaat. Wassalam.





Thursday, July 22, 2010

Kisah di awal semester

Assalamualaikum semua,
dah hampir seminggu  semester baru bermula kat UIA ni. Apa yg boleh sy katakan, hidup saya makin sibuk. Tah la, nak kata saya ni sangat sibuk atau saya je yg buat-buat sibuk :)

Dah masuk tahun kedua, macam sibuk sikit kot. Banyak benda nak kena buat dan komitmen makin bertambah. Ni baru belajar, kalau dah kawen, tah la. Saya respect la org yg dah kawen tp masih sambung belajar. Oh ya, ramai gak budak kat EDU ni yg kawen masa cuti semester tempoh hari. Tahniah kepada mereka. Seronok tengok "puan-puan" yg baru ni datang kelas dgn inai yg masih merah dan pakai cincin berbatu besar. Sebenarnya, agak pelik la bagi saya. Kenapa org kawen mesti kena pakai cincin yg batu dia besar giler. Tak lawa kot sy rasa :) Ada sapa2 tau kenapa tak?


Ehm...life kat kampus dah mkin ok kot. Tapi, kadang-kadang masih stress. Stress ngan belajar mmg tak dpt di pisahkan. Betul tak? Apa yg boleh saya katakan, saya perlu belajar lagi untuk mengawal keadaan dan lebih cool nak hadapi sesuatu perkara. Walaupun saya ni nampak je cool dan tenang kalau ada masalah, tapi dalam hati sapa tahu kan. Jenuh la dok pujuk diri supaya cool. Tapi, serius la, saya masih ada konflik dalaman untuk selesaikan masalah sendiri. Kadang-kadang rasa tak mampu nak selesaikan. Tapi, sebagai bakal kaunselor, kena la belajar untuk selesaikan masalah sendiri. Tu kata-kata dari  Dr. Haniza :)

Semester ni agak teruja gak la nak belajar dan pi kelas sebab sem ni banyak subjek kaunseling. Ada kelas ngan senior dan ada kelas ngan junior. Serius, saya lebih suka kelas dengan senior sebab dorang sgt best dan matang, bukan sebab dapat cuci mata ye :) Kalau dalam kelas, rasa enjoy dan byk benda yg bleh belajar dari dorang ni. Dorang byk tanya dan bersoal jwb dengan lecturer dan dorang sgt suka bg pendapat. Saya suka kelas yg aktif mcm tu walaupun sy tak menyumbang apa-apa. Saya suka observe je. Kalau kelas dengan junior, saya rasa macam tak best sikit. Tak tahu kenapa tapi rasa mcm annoying la kelas tu. Sorry to said. Tapi, mungkin perasaan saya sendiri kot. Org lain ok je sy tengok :) 


Ehm...tak tahu nak ckp apa lagi. Banyak lagi sebenarnya nak kongsi. Mungkin di lain kali.
Sekian utk hari ini. Terima Kasih. Wassalam :)





Sunday, July 18, 2010

Cerita Seseorang

Hari ini merupakan hari kelahiran seseorang
Seseorang yang menjadi harapan dan impian seseorang
Seseorang yang jauh di balik benua sana
Walau jauh di mata, tapi dekat di hati seseorang


Seseorang yang tak tahu adakah impian dan harapannya akan menjadi kenyataan
Hanya doa yang menjadi harapan
Berharap dan terus berharap terhadap sebuah harapan
Berdoa dan terus berdoa untuk di ketemukan
Adakah akan berlaku apa yang di impikan?


Hanya Allah yang tahu,
Sebab Dia Maha Mengetahui segala di langit dan di bumi
Dia yang menentukan segala yang terbaik buat hamba-Nya
Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Impian yang di impikan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk di realisasikan
Cuma akan berlaku dengan izin-Nya
Terjadi dengan kehendaknya


Sempena dengan hari kelahirannya,
Di doakan dia sentiasa berada dalam Rahmat-Nya
Semoga dia berjaya dengan apa yang dia citakan
Dan segala yang dia impikan
Insyallah bertemu dan berpisahnya kita adalah kerana-Nya



Moga mereka sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya.  
Moga mereka dapat lakukan tanggungjawab masing-masing dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan. 
Moga mereka akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. 

SELAMAT HARI LAHIR

Saturday, July 17, 2010

Bermula episod pelajar kaunseling

Assalamualaikum semua,
ehm...tak tau nak tulih apa sebenarnya. Sekarang agak sibuk, maklumlah minggu pertama di UIA. Banyak benda nak kena selesaikan terutama hal nak add and drop subjek. Rasanya sem ni paling teruk kot sepanjang dok kat INSTED tu. Sampai hari terakhir iaitu hari jumaat, baru semua hal subjek ni selesai. Huh, giler lama la. Dah mcm tunggang-langgang dah kat ofice Edu tu. Nak salah kan siapa pun tak tau. Masalah ni tak pernah selesai. Setiap awal sem akan berlaku.

Alhamdulillah, mula-mula nak amik 24.5 kredit hour. Tapi Kak Aisyah (pendaftar subjek kat EDU) tak bagi sebab dah banyak sangat. Siap kena gelak lagi ngan dia. Huhuhu...panas gak la masa tu. sabar je la. Ok, fine tak dapat nak amik 24.5 kredit hour, hanya amik 21.5 je. Tu pun kena gak. Huh, rasa mcm nak menjawab je. Kalau ikut study plan budak2 kaunseling, memang kena amik jumlah tu okey. Kalau tak mau tolong add tak pe la. Tak payah la nak condemn orang macam tu. Panas lagi, rasa nak terbakar je masa tu. Huhuhu...Tapi terima kasih kat Kak Aisyah sebab tolong add gak subjek Career Counselling setelah satu subjek kena drop dulu. Terpaksa la berkorban, dahulukan ambil subjek yang lebih penting :)

Kelas sem ni agak padat gak la. Hari isnin la paling sendat ngan kelas. Kalau nak di ikutkan, kelas mula dari 8.30 pg sampai kul 1 tgh hari dengan 2 subjek. Kemudian kul 2 ptg  pulak stat sampai 6.20 ptg. Petang tu ada 3 subjek straight. Mati la macam ni. Pelik tau sem ni banyak subjek nak buat hari isnin, sampai clash dengan byak subject. Geram sangat bila jadual yang kita dah susun cantik2 di ubah masa plak. Bengang betul la. Boleh bikin stress ni.

Tapi, dah penalize tadi. Jadual yang betul2 semua dah susun cantik. Hari isnin kelas petang sahaja walaupun straight 3 kelas, okey kot dari straight dari pagi dan petang. Selasa kelas mula 8.30-9.50 pg, satu kelas je, kemudian petang pukul 2-3.20 ptg. Hari rabu plak, macam jadual hari isnin gak dan khamis macam jadual hari selasa. Jumaat ada satu kelas mula kul 10-12.30 tgh hari. Okey la. Setakat ni, Alhamdulillah, berpuas hati ngan jadual ni. No more stress after this :)

Lecturer setakat ni semua best, cun & gempak. Sem ni kena jadi super rajin + super anti-stress sebab sem ni banyak ambil subjek kaunseling. Giler berhabuk la lepas ni dah boleh buat sesi kaunseling :) Dari subjek yang di ambil, dah dapat jangka, memang banyak kerja dan mungkin juga banyak kena keluar. Report sudah tentu banyak kena buat, nak cari klien lagi, nak cari tempat lagi etc. Huhuhu...banyak kena fikir ni. Dah kena mula rangka apa yang patut ni. Ingat senang nak jadi kaunselor ni? Huhuhu...

Dan nak masuk tahun tiga, kena la jadi pelajar yang rajin. dah tak boleh malas dan buat kerja last minute. Nanti banyak kerja tertangguh, stress lagi. Sapa yang susah.Apa-apa pun, pilihan di tangan kita. Kita yang pilih nak ambil atau anak buang. Hehehe... kaunselor kena la positif setiap masa dan cool sentiasa.

Selamat menghadapi sem baru kepada kawan-kawan. Tak kira la anda di IPT mana. Belajar dan terus belajar. Betulkan niat masing-masing, apa tujuan kita nak belajar ni. Moga redha Allah mengiringi kita sepanjang kita dalam jihad menuntut ilmu ni. Moga segala usaha kita akan di berkati Allah dan di kira di akhirat kelak.

Sekian. Wassalam.