Tuesday, March 1, 2011

Diari Minggu Lepas Part I

Assalamualaikum semua & Selamat pagi Selasa.
Alhamdulillah, pagi ni dapat breakfast dgn sempurna. Selalunya selalu skip breakfast sebab tak sempat.  Sempat juga tadi basuh baju yang bertimbun. Dah lama tak rasa macam pagi ni. Maklumla, sejak akhir-akhir ni, sibuk memanjang. Banyak kerja yang nak di siapkan. Murabbi saya kata "kalau kita boleh tidur lebih lima jam, makan sempat 2kali sehari, mengadap facebook setiap hari, enti belum cukup sibuk sebenarnya". Huhuhu...
 
Minggu lepas adalah minggu paling teruk saya rasa. Tak pernah saya rasa gelabah sangat, tak tahu nak buat apa, sedih, rasa nak marah, rasa nak maki orang, rasa nak hentak orang, rasa macam nak bersemuka dengan orang, rasa tak berdaya, rasa lemah sangat, rasa tak guna pun ada, rasa tak di hargai, rasa bersalah, rasa tak tahu nak buat keputusan, pendek kata macam-macam rasa la ada. Banyak perkara yang berlaku minggu lepas. Baru saya sedar, kaunselor juga seorang manusia biasa, yang ada hati dan perasaan. Saya sebenarnya tak suka nak menagis. Dulu saya dah puas menangis dan saya tak mau menangis lagi. Tambah-tambah menangis depan orang. Saya malu kalau orang tengok saya menangis. Saya rasa teruk sangat sebab orang tahu saya seorang yang cukup kuat. Tapi, sekuat-kuat saya, akhirnya tumpah juga air mata ni.

Bermula hari Isnin, perasaan dah bercampur-baur. Memikirkan hari Rabu ada 3 presentation. Bahan untuk present apa pun tak siap lagi, baca pun belum, ada yang tak cari lagipun. Lepas kelas EAW pagi tu, saya & my partner nak siapkan rakaman interview untuk present subjek Contemporary Moral Issues. Bila tanya, semua orang tak mau sebab kami nak rakam. Dah stress di situ. Tak pe, kami teruskan mencari. Akhirnya ada juga yang sudi nak membantu. Rakam guna handphone saya je. Kualiti tak beberapa memuaskan. Rasa tak puas hati la pula. Tak pe, teruskan lagi. Tapi, masih tak cukup orang. Kami terpaksa berhenti sebab dah nak kena balik dulu sebab nanti ada kelas pulak pukul 2. Lagipun, masih banyak kerja nak kena buat kat bilik.

Dalam masa yang sama, saya and Ann rasa bersalah sangat sebenarnya sebab tak dapat nak tolong pak Cik Salam berkempen untuk pilihanraya kampus. Pagi tu dia ajak saya & ann tolong dia kat booth. Kami tak dapat sangat nak menolong. Kesian kat Salam. Maaf ya, kami memang tak mampu. Kami setakat menolong yang mampu je la. Petang tu pergi kelas dari pukul 2 sampai pukul 8. Petang tu, sempat lagi kami sambung rakam interview. Alhamdulillah, ada orang sudi nak di interview. Habis kelas pukul 8 terus balik bilik. Sebelum tu sempat lagi tolong Salam tampal poster berkempen :) 

Malam tu saya siapkan slide untuk subjek Moral from Islamic Perspective yang nak di present hari Rabu  nanti. Nasib saya dapat part bibliograpy & introduction, jadi tak perlu nak baca banyak sangat. Guna maklumat yang dah ada, lagipun, topik Al-Ghazali ni rasanya tiap-tiap semester belajar. Lepas siapkan slide sambung buat review paper article tuk subjek Moral Contemporary. Tak ada idea nak menulis dan bagi pendapat. Tension dan stress sebenarnya sebab lecturer tuk subjek ni banyak songeh sikit. Takut tak menepati piawai dia yang so-called genius tu. Lagipun, dia "ahli Bahasa", mesti dia nak tengok a great work bukan a great rubbish. Huhuhu...Ni la padahnya buat kerja last minit, sedangkan patutnya dah siap awal-awal. Huhuhu....Tidur lambat la mlm tu siapkan kerja.

Esoknya, pagi Selasa turun awal sebab dah janji ngan Ann nak discuss & buat slide untuk Moral Contemporary yang nak kena present ari rabu tu juga. Kami target nak siapkan sebelum zuhur pastu nak balik sebab ada kelas petang plak pukul 5. Tapi, kerja edit video tu mkn masa yang lama. Mula-mula buat video pakai software Ulead, tapi canggih sangat la Ulead ni. Lambat sangat nak explore, function kat situ , kami tukar plak guna Windows Movie Maker sebab dah biasa guna. Pastu, ada masalah plak nak combine video. Terpaksa plak guna video converter. Masalah datang lagi sebab saya punya laptop baru format. Jadi banyak software dah tak ada. Huhuhu...stress lagi. Nasib baik masa tu ada org yang baik hati offer broadband kat kami. Alhamdulillah, pertolongan Allah datang dengan kami tak jangka. Memang stress sikit masa tu sebab wireless tak dapat guna. Satu UIA kot sebab hari Selasa tu pilihanraya kampus, jadi wireless di hentikan buat sementara waktu. Bila dah dapat broadband, saya pun donwload video converter yang sesuai. Bila dah convert, suara jadi lari plak. Ya Allah, cabaran sungguh. tapi kami teruskan juga. Lari sikit je, tak apa. 

Dah hampir zuhur baru siap video tu. Alhamdulillah, dah boleh lapang dada. & berehat. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, masa saya nak save tu, tetiba laptop hang. Ya Allah, saya takut nak tekan apa-apa. Saya pandang muka Ann, Anna pandang muka saya balik. Waaa...tak save lagi ni, tak mau buat balik. Perasaan masa tu usah cakap la. Masing-masing cuak. Tanya semua orang macam mana nak buat. Akhirnya, keputusan di ambil iaitu Ctrl + alt delete le jawabnya. Terpaksa tanggung risiko sebab tak pasti ada auto recovery ke tak. Tawakal je masa tu. Alhamdulillah, ada auto recovery. Jadi, video tu tak hilang. Syukur sangat. Ya Allah... sungguh lah ujianMu sangat besar saat tu. Saya & ann tak jadi balik, kami terus stay sampai petang nanti la. Lepas zuhur tu, sambung siapkan video dan baca sikit-sikit pasal Human Rights iaitu tajuk yang bakal kami present tuk subjek Moral Contem tu. Alhamdulillah, video tu siap juga setelah berpenat lelah membanting tenaga, emosi, fizikal & otak. Huhuhu...

Petang pukul 5 pergi kelas Civic & Citizenships. Nasib petang tu kelas sat ja sebab Dr. Azam macam nak balik awal. Terima kasih kat Dr. Azam sebab dia menceriakan hari Selasa tu dengan aksi yang lawak. Boleh plak dalam kelas tu beberapa kali dia  nak terjatuh sebab tersadung ngan wayar. Pastu, sambil dia berdiri tepi whiteboard pun, beberapa kali juga dia nak terjatuh sebab tak dapat nak imbang badan. Saya dah tersenyum. Nak tergelak pun ada. Beberapa kali dia terselamat, tapi sepandai-pandai Dr. Azam mengelak, akhirnya dia tersadung juga. Nasib tak jatuh macam nangka busuk. Saya tahan gelak, tak baikan gelak kat cikgu. Tapi tak tahan la. Gelak juga la. Sori Dr. Azam, jgn potong markah saya ye. Apa-apa pun, Dr. memang comey masa tu tahan malu. Hehehehe....

Malam Selasa tu bermulalah operasi menyiapkan kerja yang tak siap lagi untuk hari Rabu. Pertama nak kena siapkan slide presentation, kedua saya nak touch-up balik video sebab saya tak puas hati lagi, ketiga nak kena siapkan artikel review. Huhuhu...burn da mid-night oil la saya mlm tu. Tidur hanya 2 jam. Baca bab human right tu tak masuk-masuk dalam hati. Makin baca, makin tak paham. Dah la bahasa dia tinggi sangat. Masa dok membaca, saya sempat insaf. Saya rasa saya banyak dosa ngan lecturer Moral Contemporary ni kot. Bak kata Iffa, saya ni selalu sangat "open table" kat belakang cakap pasal dia. Saya ni tak pernah setuju ngan dia, bak kata pepatah ,kami tak sebulu. Huhuhu...saya tak suka dia sebenarnya. Sori eh Ann, I know u love him ^_^ Saya rasa sebab tu saya tak dapat nak siapkan slide tuk Human Right ni. Selalu kalau saya buat assigmnet, mudah ja, Alhamdulillah walaupun di buat secara last minute, hasil dia masih boleh di banggakan lagi. Tapi kali ni semua serba tak kena. Baca tak masuk, tak nampak idea mana nak mula, ayat pun dah tunggang langgang, pendek kata saya rasa susah sungguh nak siapkan kerja ni. Ya Allah...Kau bantulah hamba-Mu ini. 

Sampai ke pagi, video je yang siap saya edit balik. Artikel review siap 2 muka surat. Patutnya nak 3 muka surat. Nantilah saya top-up kemudian. Slide human right masih belum type apa-apa. Giler ah saya rasa masa tu. Akibatnya, hari Rabu tu saya terpaksa PONTENG kelas EAW tau sebab nak siapkan kerja ni. Ya Allah, rasa bersalah giler. Sori Madam Zarinah, saya sengaja ponteng kelas ari rabu tu. Huhuhu....


TO BE CONTINUED.......


p/s: terima kasih pada yang sudi membaca. Sebenarnya, saya nak buat catatan rentetan seminggu apa yang berlaku sepanjang minggu lepas bermula hari Isnin sampai la hari Ahad. Sort of macam diari gak la. Saja nak buat kenangan, sebab tu nak tulis dalam blog ^_^

No comments: