Sunday, June 20, 2010

Selamat Bercuti Semua...

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, tadi pagi dah selamat menjawab kertas terakhir untuk final exam short sem. Ehm...hari minggu pun ada exam kan. Itulah "keistimewaan" kat UIA ni. Huhuhu...Alhamdulillah, kertas tadi dapat di jawab dengan jayanya walaupun baru mula belajar dan baca malam semalam. Huhuhu...sokmo macam tu, nak dekat exam baru terhegeh-hegeh nak baca. Okey, semalam sempat habes smua di baca. Masuk tak masuk lain kira, janji note segala habis di baca. Ok. Tunggu la result nnt macam mana plak. Bleh dapat cemerlang lagi ke tak. Sem ni macam tak confident sgt sebab macam banyak main-main je. Okey, padan muka sendiri :)


Tamat kisah exam. Sekarang masa untuk mengemas untuk balik la. Cuti 3 minggu. Cukup la kan. Tak yah banyak-banyak nnt bukan buat apa pun. Saya akan menuju ke selatan. Hehehe...bukan kampung di sana tapi nak menziarah abang. Nak tengok anak buah baru. Dalam ramai-ramai, saya je belum tengok anak abang ni. Zaheen....acik angah datang. Tunggu tau :) Dok sana tak pasti lagi berapa lama. Kalau best dok lama, kalau tak best awal-awal lagi nak cabut lah. Apa pun bergantung pada abang gak la. Dia yang nak sponsor tiket. Ikut suka dia nak beli bila. Huhuhu...


Sebenarnya, ni pertama kali nak pi Bkt Jalil ni dan juga pertama kali travel sorang-sorang pi Johor. Oh....takut la gak. Tak tahu nak expect apa. main redah ja kot. Persiapan awal adalah google and tanya org mcm mana nak ke sana. Saya siap kira masa dan tambang lagi tau. Surf la laman web RApid KL. Oh ya, bas transit Rapid ada ja dari Puduraya tu. Jangka masa nak sampai 45 min kalau tak jem. Kalau jem, masak gak la. So, saya rasa nak naik LRT je kot. Terus sampai Bkt Jalil tapi kena transit ke Masjid Jamek dulu. Ehm...kena fikir dulu. Lagi satu cara, naik bas 91, turun kat HKL, kemudian naik Start Lrt kat Titiwangsa. Saya rasa ni lebih praktikal kot. Macam jimat lagi. Huhuhuhu....ada member kata jangka masa nak pi Bkt Jalil tu dlm 3 jam dr UIA. Maknanya, saya harus keluar awal. Tiket bas kul 4 ptg.


Saya naik bas Transnasional. Tak sangka plak bas ke Johor adalah skyview bus. Huhuhu...maknanya, pertama kali gak la saya nak naik bas 2 tingkat ni. Takut, tak sabar, macam-macam rasa ok. Saya ada gak Google cari maklumat pasal bas ni. Rasanya macam boleh tahan. Tapi tak tahu la nnt macam mana. Tunggu dan lihat ok.

                                                                  Bas yg bakal di naiki


Doakan saya selamat sampai ke Johor. Pertama kali, balik main redah macam ni. Dah la sorang-sorang kan!!!!Moga Allah permudahkan perjalanan saya dan selamat sampai ke PAsir Gudang malam nanti. Insyallah.


Buat kawan-kawan, SELAMAT BERCUTI. SELAMAT BALIK KAMPUNG. Manfaatkan cuti dengan baik. Jumpa lagi di sem baru dengan cabaran yang lebih getir. Hehehe...moga kita semua dapat result yg gempak utk sem 3 ni.


Sekian,untuk hari ini. Terima Kasih. Wasalam.

2 comments:

Ruzanna Rahman ~♥ said...

acik angah~~ xnk lawat ceq ka? hehe

Unknown said...

Selamat bercuti