ehm...dah seminggu lebih kan tinggal blog ni. Sekarang kan tengah cuti, maka blog pun cuti gak la. Dan angin "malas" melanda gak. Dok umah best bela badan. Hehehe...Saya on9 je hari-hari tp nak up-date blog malas lagi. Suka dok pi baca blog orang ja. Oh ya, nuffnag saya dah naik, terima kasih kepda yg klik. Jangan lupa klik lagi tau.
Sebenarnya, dah lama saya balik ke Penang ni. Dok Johor sampai hari selasa ja. Sekejap saja sebab Johor tak best. Huhuhu...tak leh nak berjalan-jalan ke mana sebab kakak ipar masih dalam pantang dan abang pun sibuk keje. Awal-awal pagi dah pi sekolah, dah petang baru balik. Tak dak masa nak sembang2 pun. Apa-apa pun, ok gak la sebab dapat tengok anak sedara saya tu. Sedih gak sebab menjadi antara orang yg terakhir dalam keluarga tengok dia dan teruja sebab dah anak sedara. Huhuhu
Oh ya, aritu pergi Johor saya kan naik bas 2 tingkat tu kan. Ehm...bas tu ok la. Memang bas tu ja yg ada kalau nak pi Johor. Maksud saya bas transnasional ke stesen bas Larkin@ Johor Bahru.Saya pun baru tahu. Masa saya naik tu, saya rasa bas ni tak la beberapa selesa sebenarnya. Saya dari mula naik rasa panas je. Saya siap tnya org sebelah, bas ni tak pasang air-cond ke? Panas semacam je. Dia kata kejap lagi pasang la. Masa tu bas baru nak jalan keluar dari Bkt Jalil ni. Tapi saya rasa panas je sepanjang jalan. Saya dah siap berkipas ngan kipas tangan lagi. Orang lain, relax ja. Orang depan tu siap jeling2 lagi kat saya. Mesti hairan sebab saya berkipas, bas kan dah ada air-cond. Huhuhu...tapi saya panas la. Rasa panas tu sampai bas tu berhenti kat Simpang Renggam, mcm R&R gak kot. Lama giler kot dari pukul 4 lebih gerak sampai la klu 6 lebih. huhuhu...saya sorang je ke yg panas????? Dah turun rehat & rawat jap, ilang la rasa panas tu. Dalam dok mamai, baru bangun tidor, sempat la lagi makan mee soto. Bleh tahan sedap la. Lapar punya pasal, apa-apa pun sedap.
Secara keseluruhan, apa yg saya boleh katakan, bas ni agak best la. Tapi kalau anda berbadan besar, jgn naik sebab klau nak tidor, nak tolak kerusi ke belakang mmg sempit la. Kesian orang belakang. Ruang antara kerusi memang kecil. Jangan pandang bas ni besar sebab 2 tingkat ruang dia akan besar. Hehehe...anda tertipu sebab ruang dia kecil ja, baik ruang atas dan juga bawah. Bas ni boleh naik dalam 69 org, memang ramai yg bleh naik. Jom tengok gambar yg saya amik kat blog ni. Terima kasih atas review anda.
nampak tak tempat pemandu tu? |
ni bahagian bawah |
kecil je seat bas ni |
ni bahagian atas bas. Macam bas biasa yg ada 2 seat kan? |
Oh ya, kalau sapa-sapa yang nak naik bas kat Bukit Jalil tu, kena rancang masa batul-betul. Sekurang-kurangnya, pastikan kita sampai 1 jam awal kat sana. Saya hari tu pun, sampai on time je. Jauh gak la UIA ngan Bukit Jalil tu, jadi kena susun masa ngan betul. Takut bas terlepas ja, sapa yang susah.
Antara naik kat Bukit Jalil ngan Hentian Duta, kedua-duanya ada pro n con. Klau kat Bukit Jalil, memang tak selesa sebab tempat tu kan stesen sementara, kemudahan pun kurang dan kalau hujan memang susah la. Bumbung ada di tempat terentu aja. Platform pun tak ok sgt. Nak pergi sana sama ada naik bas dari Puduraya, naik teksi dan naik LRT la. Tapi yang best surau dia sebab sungguh selesa dan sejuk. Hentian Duta plak, walau dekat gak la ngan UIA, tp nak pi sana kena naik teksi. Tambang UIA-DUTA, RM 17++ dan kalau DUTA-UIA, RM27++ sebab pakai kupon. Huhuhu...kos dia lebih kurang tambang nak balik Penang je, tambah sikit je lagi. Lagi satu alternatif, naik bas Rapid kat Puduraya dan terus ke Hentian Duta, tambang RM2 je. Tapi, satu hal plak kan nak pi Pudu tu. Maka, mari lah ramai-ramai kita naik kereta api untuk balik kampung kepada sesiapa yang nak ke utara. Buat kad 1 Malaysia@ kad pelajar, boleh dapat tambang murah sikit. Mudah dan jimat. Tapi jangka masa nak sampai pastinya lama la. Tu dah pasti. Oh ya, ada gak beberapa kawan yg dah beralih arah naik kereta api. Kan Cik Bunga??? Best kn???
Macam tu la ragam orang nak balik kampung, terutama pelajar macam saya ni. Nak kena fikir macam mana nak balik, nak naik bas apa, tambang brapa. Sekarang agak susah sikit sebab Puduraya dah tutup. Maka, banyak alternatif nak kena fikir. Pastu satu hal nak pi beli tiket lagi. Aish...susah gak tau. Klu orang KL, senang tak payah nak fikir sebab nanti mak ayah datang amik. Macam Cik Ann kita ni. Tapi, kesian gak kat dia sebab di perkotak-katikan sebab dia cakap kampung dia kat KL.
Balik kampung memang best. Sebelum balik kampung pening sebab nak cari tiket. Selepas balik kampung sedih sebab dok ingat kat kampung lagi. Maka, hargailah masa-masa kita di kampung. Hehehe...Best kan ada kampung????
No comments:
Post a Comment