Di hati ini ingin melafaz kata....
Kata kasih pada yang ku rindu....
Hati kata rindu
mama dan abah saya
saya rindu rumah saya
Rindu nak makan laksa, nasi kandar, pasembor, kari, masak kurma, capati, roti nan, waa...rindu nak makan semua makanan yang sedap-sedap kat Penang.
Rindu nak balik Penang, rindu pada pantainya, rindu pada lautnya. Kat KL ni mana ada pantai dan laut. Sungai Gombak adalah. huhuhu
Huhuhu…sekarang ni tengah mood rindu nak balik rumah. Dah 2 bulan kot tak balik sejak cuti mid semester aritu. Jeles pada kawan-kawan yang dah bilik. Dorang cakap “balik la, kan exam lambat lagi” Huhuhu… Seandainya mudah begitu, dah lama saya balik. Tapi,……keadaan tak mengizinkan. Maka, meraung la sorang-sorang kat sini. Berkorban itu "indah" bukan?
Wahai hati, sabarlah. Nanti akan balik juga kan?
Benci la kalau ada perasaan tak cukup kasih sayang macam ni. Dah la nak dekat exam ni. I need a charger to recharge my energy back. I need my mama to pamper me. I miss my mom cooking, I miss to fight with my adik kecik, I miss to listen words from my abah. I want to see my tok wan and tok Huhuhuhu… Tapi, apa nak buat. Dah ni memang nasib belajar di perantauan. Jauh dari mak ayah, keluarga, segala.
Alahai, mood sedih plak malam ni. Ehm…walaupun dah hampir 6 tahun hidup kat perantauan ni, tapi perasaan rindu nk balik rumah masih ada. Sapa tak ingat keluarga kan? Dulu masa belajar kat kolej, sekurang-kurangnya saya akan balik sebulan sekali. Jadi, tak la sedih-sedih teringat rumah. Tapi sejak belajar kat UIA, nak balik sebulan sekali pun tak dapat. Huhuhu…. Saya tak boleh kalau tak jumpa mama lebih dari sebulan, kalau dah terlebih jadi macam ni la. Dah tak senang duduk, rasa kekurangan kasih sayang ja. Huhuhu…hiperbolanya perumpamaan.
Kalau cakap kat mama, mesti dia kata “Belajar-belajar la dok jauh. Nanti kalau dah kahwin, tak boleh balik selalu gak kan.”
Ishk..ishk..tak mau kawen orang jauh. Nak cari yang dekat-dekat sudah. Senang nak balik selalu. Dah la masa belajar dok jauh, kalau dah kawen nanti tak mau dah jauh-jauh. Boleh tak mama ^_^
Okey, let cut the crab CRAP. Sekian sahaja untuk malam ni. Jom sambung buat assignment.
Wassalam.
Wassalam.
2 comments:
pd i xrndu?hehe
Saya juga dh kekurangan kasih syg. Tak suka b'prsaan begini:(
Nnti kawen nk duduk dkt ngan fmly je lah. Sbb time single dh dok jauh2. Boleh cmtu?
Post a Comment