Friday, July 8, 2011

Berjalan Tanpa Henti

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia 


Wednesday, July 6, 2011

RANDOM: Saya nak solat, TAPI....

Kisah 1
Cikgu: Kamu solat tak?
Murid 1: Solat cikgu. Tapi, subuh saya jarang solat.
Cikgu: Kenapa tak solat subuh ?
Murid 1: Susah la cikgu. Saya nak solat, tapi tak ada tempat.  Tempat yang saya selalu solat tu jadi tempat adik saya tidur. Dia kan tak bagun lagi, macam mana saya nak solat.
Cikgu: Tak ada tempat lain ke dalam rumah kamu yang boleh jadi tempat solat?
Murid 1: Tak ada cikgu. Rumah saya kecil je.
Cikgu: Memang tak ada ruang langsung  ke dalam rumah kamu?
Murid 1: Tak ada cikgu.
Cikgu: Habis tu kamu tidur kat mana?
Murid 1: Saya tidur atas katil, adik saya tidur bawah.
Cikgu: Kamu boleh solat atas katil.
Murid 1: Boleh ke cikgu?
Cikgu: Boleh. Asalkan tempat tu bersih.

Kisah 2
Cikgu: Kamu solat tak kat rumah?
Murid 2: Kadang-kadang je cikgu.
Cikgu: Kenapa kadang-kadang?
Murid 2: Tak ada tempat nak solat kat rumah, cikgu. Kalau ada pun, depan tu ada sampah.
Cikgu: Tak  ada tempat lain ke dalam rumah kamu yang boleh jadi tempat solat?
Murid 2: Tak ada cikgu. Rumah saya kecil ja, tak  ada ruang kosong pun.

Macam mana la hati tak menangis, macam mana la hati nak senang, macam mana la hati nak terima keadaan ni. Mungkin sebelum ni tak pernah terlintas di akal fikiran akan kejadian macam ni. Tapi, saya dah jumpa di alam realiti. Sedih, hiba, simpati, terkejut dan pelbagai rasa terdetik dalam hati.  

Ya Allah…diluar sana masih ramai yang mahu meyembahMu, tapi mereka tak terdaya. Ujian mereka hanya ruang untuk solat. Kita bagiamana? Ya Allah, kau campakkanlah kekuatan buat mereka yang punya hati yang tulus untuk menyembahMu. 

Di hari yang lain…
Cikgu: Bagaimana keadaan kamu hari ini?
Murid 2: Baik cikgu
Cikgu: Alhamdulillah. Bagaimana solat kamu?
Murid 2: Saya solat dekat surau sekarang cikgu.
Cikgu: Alhamdulillah. Ada surau dekat rumah kamu?
Murid 2: Ada. Surau tu depan rumah saya je.
Cikgu: Kamu pergi surau dengan siapa?
Murid 2: Saya pergi sorang la cikgu.
Cikgu: Alhamdulillah. (mau menitis air mata)

Kalau hati berkehendak, kalau hati mahu, walau macam mana susah, akan terus berusaha. Ya Allah, Kau tetapkanlah hati dia untuk terus terikat dan bergantung pada-Mu. 
Masalah adalah dari Allah. Ujian juga dari Allah. Kepada siapa lagi kalau mahu kita meminta pertolongan, kepada siapa lagi mahu kita mengadu masalah, kepada siapa lagi mahu kita bergantung harap.

Tiada alasan untuk tidak SOLAT

Dirikanlah SOLAT walau dimana kita berada.



Tuesday, July 5, 2011

RANDOM: Kisah Orang Yang Nak Kahwin

Di suatu petang yang damai, sambil menikmati laksa penang yang sedap giler, berbual sepasang anak beranak.

Anak    : mama, anak cikgu jahit mama tu dah bertunang kan?
Emak   : a`a. orang kota tinggi. Kerja cikgu kot.
Anak    : ooo. Berapa belanja?
Emak   : Pihak perempuan kata, depa tak letak belanja.
Anak    : bagusnya. Lepas tu pihak lelaki nak bagi berapa?
Emak  : cikgu kata kakak perempuan tu kerja kilang belanja RM10 000. Adik dia kerja Cikgu tak kan nak bagi kurang kot.
Anak    : giler psiko. Pandai na depa, kata tak letak belanja.
Emak   : tu la, cikgu kata malu la nak bagi sikit. Mestilah paling kurang pun kena la bagi Rm10 000 gak.
Anak    : ehm….psiko….psiko…

Di waktu  yang lain pula, sambil makan juga. Tak ingat makan apa, kalau tak salah makan masa tengah makan KFC kot.

Emak   : Naim anak cik zah nak bertunang dah
Anak    : oooo orang mana?
Emak   : orang dekat ja.
Anak    : ooo.
Emak  : cik zah kata nak bagi belanja kahwin kat pihak perempuan takat RM8 000 ja. Tapi kakak budak perempu an tu belanja kawen dia RM10 000. Cik zah kata tak kan nak bagi kurang kot.
Anak   : aci plak macam tu. Ikut perempuan tu la dan kemampuan pihak lelaki. Mungkin pasangan
  kakak dia tu orang berada ka, tu yang dapat bagi belanja kawen lebih.
Emak   : tak tau la.

Dialog di sambung dengan selambernya si anak bertanya kepada si bapa

Anak    : nanti kalau anak abah belanja berapa pulak
Abah    : tengok la dulu. Kena isi borang dulu.
Anak    : cayalah abah aku ni (dalam hati berkata) Abes tu, borang dah buat ke abah? Nanti anak abah ni
  kena mintak lebih sikit sebab dia ada master.
Abah    : senyum ja.

Kisah di atas kisah betul tau. Tapi tak payah cerita la kan siapa di sebalik watak itu. Patut la orang sekarang nak kawen susah sangat. Berhutang segala dan bergolok-bergadai. Belanja kawen takat RM 10 000 tu dah tak heran la walau pengantin perempuan itu sekadar kerja kilang. Kesian tau kat pihak lelaki nak sediakan duit hantaran yang banyak-banyak tu. Cuba ikut cara Islam yang sebenar-benarnya. Duit hantaran tak perlu, yang penting mas kahwin.

Asal tiba-tiba cakap pasal kawen ni? Sebab sebelum ni tak pernah cakap pasal bab ni kan. Lepas ni kalau ada masa nak juga cakap bab kawen ni secara serius ^_^

P/s: Up-date blog masa tengah siapkan report praktikal. Tengah pening tengok report client, proposal program dll. Nak berhenti sat cerita pasal praktikal. Lain hari, kalau rajin akan disambung ^_^

Saturday, July 2, 2011

Praktikal- Minggu Terakhir_4

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, praktikal dah habis semalam. Penat sangat. Mula dari isnin sampai khamis, waktu kerja saya dan Ann adalah 7.20 pagi sampai 6.50 petang. Kami perlu bekerja keras untuk cukupkan jam kredit kaunseling individu. Banyak  pengalaman yang saya dan Ann lalui masa nak cukupkan jam. Kami kerja sampai tak sempat makan, tak rehat, berhenti solat je kejap je pastu sambung balik. Berkejar naik turun tangga cari klien, solat asar di hujung waktu dan hampir-hampir di kunci oleh kakak guard sekolah. Ye la, bunyi loceng je, sekolah dah kosong, sekali dengan cikgu-cikgu. Dah la bilik kami kat atas, tingkat 4, lagi la orang tak perasan kalau kami tak balik lagi. Nasib la kami nampak kakak tu dah kunci gril, apa lagi, suruh dia tunggu la. penat memang penat tapi berbaloi sebab Alhamdulillah, dapat juga tambah masa walau tak banyak mana.

Lepas ni dah tak perlu bangun awal pagi, mandi awal pagi, bersiap ke sekolah. No more make-up, no more high heels, no more pakai baju lawa-lawa pi sekolah. Saya nak jadi pelajar biasa balik. Nak pakai apa yang saya suka tapi masih tutup aurat ye ^_^. Penat kot pakai heels hari-hari. Dah la nak menapak naik ke tingkat 4, kalau nak pi cari klien turun naik tangga. Kalau dah malas sangat dan tak larat, saya panggil dari atas je.
Lepas ni mesti rindu kat suasana sekolah. Lepas ni tak ada dah la ucapan “Assalamualaikum, cikgu”, senyuman ikhlas pelajar bila lalu depan saya, tak ada lagi pelajar yang bagi tunduk hormat tak  ada lagi pelajar nak jerit panggil “cikgu….” Walaupun mereka dalam kelas dan ada cikgu. Lepas ni mesti saya teringat suasana bising kantin waktu tengah hari. Biasanya pelajar sesi petang akan duduk di kantin sementara tunggu pelajar sesi petang keluar kelas dan saya dan Ann akan turun dalam pukul 1 ke kantin untuk cari klien. Rajin tak kami cari klien? Budak-budak ni kena kejar dan suruh baru nak datang. Kalau sukarela, tak mau punya.

Ehm… I will miss every moment kat sekolah tu. Jadi kaunselor kat sekolah best la juga kalau betul-betul kita faham makna kaunseling dan nak aplikasikannya. Cabaran memang banyak, jadi kena pandai-pandai nak hadapi la. Bila praktikal, tekanan dia tak banyak sebab kita sementara je kat situ, tapi kalau bekerja, mungkin kena lagi kuat kot. Bukan senang kita nak orang faham apa tugas guru kaunseling di sekolah. Ingat dok dalam bilik, goyang kaki, tunggu pelajar bermasalah  datang kaunseling, buat program dll. Sebenarnya, tugas cikgu kaunseling lebih dari tu. Banyak sebenarnya tanggungjawab dia. Bila dah kerja selama 7 minggu ni, saya rasa saya boleh cope dengan setting sekolah dalam 5 tahun kot. Kalau lebih, saya tak pasti la. saya kan cepat boring, mungkin nak cari suasan lain atau tukar bidang lagi. Tapi saya rasa kaunseling boleh masuk dengan jiwa saya. Cuma nanti setting tempat kerja je kot saya tak pasti. Nak terus bekerja di sekolah atau jadi pensyarah atau duduk rumah buka firm sendiri. Gempak kan. Ni semua hanya perancangan, masa depan saya tak tahu lagi. Tah-tah, saya hanya jadi surirumah sepenuh masa.  Allah Know Best ^_^

Okey, hal praktikal dah habis, sekarang tinggal nak selesaikan hal report, present case, logbook segala. Bab documentation ni la saya malas sikit. Tak suka nak tulis report ni, tapi tu adalah menjadi kerja wajib seorang kaunselor. Ye la, dah penat-penat buat sesi kaunseling, kena la ada report kan, nak tengok apa perkembangan klien dll. Kalau tak ada rekod, tak jadi sesi kaunseling, tapi jadi ‘sembang-sembang’ mak cik ^_^


Bilik ni ada air-cond tau.

Dengan rasminya saya dah letak jawatan sebagai pelatih GBKSM ^_^

Cikgu Ann yg tgh buat group couseling.

Okey. Cukup, untuk hari ini. Mau berehat, recharge tenaga yang dah hampir habis minggu ni di gunakan.

Sekian, Wassalam.


Tuesday, June 28, 2011

Praktikal- Minggu Terakhir_3

Assalamualaikum semua,
Nak bagitau yang saya lagi 2 hari nak tamatkan praktikal. Perasaan sekarang? Ehm…macam-macam tak tau nak cakap. Tekanan kerja sangat banyak. Bukan banyak kerja tapi banyak benda yang belum selesai. Lagi 2 hari dah nak tinggalkan sekolah, tapi macam nak duduk sini 2 @ 3 minggu lagi. Tak tau la macam mana nak buat.

Ehm, tak tau nak cerita apa sebenarnya. Mood tak berapa stabil ni. Dalam kepala, macam-macam dok fikir. Pasal praktikal sudah tentu. Yang menjadi masalah problem adalah nak hadapi final exam subjek Moral. Final exam jatuh pada 1hb 7 iaitu sehari selepas habis parktikal. Heaven tak heaven la. Sampai saat ini, buku belum buka, note belum baca, ulangkaji apatah lagi. Huhuhu… nak study tak ada masa, pagi petang kat sekolah, full day. Balik malam dah letih, tengok kerja untuk esok kemudian tidur. Tah celah mana nak study pun tak tau la. Jeles plak kat kawan-kawan yang dok study. Masing-masing tak sabar nak habis exam.

Ehm… apa lagi eh? Kalau semalam lecturer dari UIA datang menilai, hari ni kami dinilai oleh site supervisor pulak. Takut kot, dia masuk masa kami tengah buat sesi. Mula-mula dia observe Ann buat sesi kaunseling. Saya plak duduk dekat luar, sambil tunggu klien saya juga. Dalam dok tunggu giliran, saya rasa bertambah debar, tak senang duduk, risau, dan macam-macam lagi. Nervous kot bila kita tau ada orang lain bersama dalam sesi. Saya takut tak dapat jadi diri sendiri, saya takut saya tak aplikasikan kemahiran-kemahiran kaunseling, teknik-teknik yang betul dll. Apa-apa pun, semua tu dah selesai. Saya rasa saya boleh buat lagi baik kot. Bila orang dah ada, kita pun jadi tergagap-gagap, tak telus dan macam buat-buat saya rasa. Takut Klien pun terkesan sama. Tapi tadi ok kot. Sebab tadi saya dan klien dah sesi ke-4. Maka, dah terbina hubungan dan kami dah dalam proses peneguhan. (Ehm...macam pelik plak rasa bila guna term Bahasa Melayu untuk menerangkan pasal kaunseling).

Okeylah. Cukup untuk hari ini. Sambung besok pulak.

Sekian. Wassalam.

P/s: Good Luck pada kawan-kawan yang tgh exam kat UIA ^_^

Monday, June 27, 2011

Praktikal- Minggu Terakhir_2

Assalamualaikum semua,

Apa khabar hari ini? Saya Alhamdulillah, sihat-sihat sahaja. Mood saya sekarang adalah dok teringat rumah, teringat mama, abah, adik-adik, dll yang kat Penang tu.  Rasa macam hati saya dah ada kat Penang bukan kat sini lagi. Dari pagi tadi asyik benda tu je yang dok sebut. Kesian Ann sebab dengar saya dok merungut pasal ni. Sebab dia pendengar yang baik, dia tahan je la telinga dengar saya dok membebel. Lepas buat sesi kaunseling, konon-konon la, baru saya sedar yang sebulan dah saya tak jumpa family. Patut la, hati ni tiba-tiba teringat rumah. Syndrome RINDU dah melanda. Huhuhu…. Okey, cut the crab crap. Sekarang saya nak cerita apa yang berlaku di sekolah hari ini.

Pagi tadi saya dan Ann hadiri perhimpunan pagi yang terakhir, sebab dah minggu last kan. Lepas ni dah tak boleh dengar lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah lagi dah. Tapi, best bila jadi cikgu ni, masa perhimpunan boleh dok atas pentas. Siap ada kerusi lagi disediakan. Kalau nak cari port nak tidur atau nak bersembang, boleh pilih tempat yang belakang sikit. Kalau dok depan, kena la cover dan perlu dok keras. Ala-ala kena jadi contoh kepada pelajar. Kami tak pernah dok depan lagi la setakat ni sebab segan dan takut terambil tempat orang pulak. Best tak alasan? ^_^

Aktiviti hari ini kami khususkan untuk mengadakan sesi individual kaunseling bersama calon-calon PRS. Sesi bermula pukul 10 dan terus sampai pukul 12. Nampak tak kami yang sungguh selfish nak cukupkan jam kredit. Buat sesi secara terus-menerus. Alhamdulillah, PRS ni memang best sebab bagi kejersama kat kami. Kami suruh datang awal pun okey. Lagi terharu ada yang dah datang sejak pukul 7. Bila saya tanya kenapa datang awal sangat. Dia kata kalau datang lewat, tak ada kenderaan plak nak datang nanti. Ehm… rasa bersalah disitu, tapi nak buat macam mana kan. Kata nak jadi PRS, jadi kena hadapi segala cabaran. Eh…tetiba plak.

Okey. Sebab hari mood saya asyik dok teringat kat rumah je, menyebabkan saya macam malas nak buat apa-apa. Bila hati dah hilang, macam ni la jadinya. Parah juga anak manja ni sorang. Ann ajak saya masuk perhimpunan petang sebab dia kata ni yang terakhir. Serius, saya sangat la malas nak pi, saja je buat-buat lambat makan la. Tapi bila tengok muka Ann yang bersungguh, kesian plak. Maka, saya pun setuju la nak masuk. Tah macam mana rasa berat hati nak pi.

Rupanya, berat hati dan perasaan malas saya tu bersebab. Elok je kami nak melangkah keluar dari tempat makan cikgu tu, tiba-tiba dapat call. “sister Nadia, I’m already at ur school” Ya Allah, Dr Siraje iaitu lecturer yang nak observe kami dah sampai. Out of sudden. Tiba-tiba jantung saya berdegup kencang. Nervous semacam je. Takut kot, lecturer dah datang.

Mula-mula Sir pi jumpa Puan Pengetua, nak ucap terima kasih sebab terima pelajar praktikal kat sekolah tu. Yang bestnya, masa Sir masuk office tadi, semua orang macam tergamam. Semua orang pandang Sir macam pelik. Sir kami hensem apa, tu yang semua orang macam terkejut kot ^_^ Lepas jumpa Puan Pengetua, kami bawak Sir daki tinggkat 4 untuk ke bilik kami. Sir kata, 'Good excercise for you all". Hehehe...semput juga nak naik tingkat 4 tu. Bayangkan kalau hari. Huhuhu....

Kemudian Sir jumpa dengan site supervisor. Tah apa depa berdua sembang, tak tau la pulak. Harapnya yang baik-baik sahaja tentang kami berdua. Kemudian, baru Sir jumpa kami. Macam biasa, dia chek logbook, tengok report klien etc. Takut gak nak tunjuk. Kemudian, ada beberapa perkara yang dibincangkan. Lepas dah berbincang dan Sir pun menerangkan apa yang sepatutnya, barulah kami celik akal. Huhuhu...minggu terakhir praktikal, baru tahu macam mana sepatutnya kami kena buat. (hal yang dibincangkan terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu)

Masa Sir cakap tu, tak tergambar perasaan saya dan Ann. Rasa nak nangis pun ada. Tapi kami tak mau la nak salahkan mana-mana pihak. Tapi, Sir sangat baik dan tebaiklah. Dia kata, kami masih belum terlambat, masih ada masa. Lagipun kami baru praktikum, jadi Sir tak harap kami untuk tidak ulangi apa yang kami buat masa internship nanti. Sir memang pandai pujuk dengan kata-kata positif dia. Lagi best bila Sir kata, "I will mark u when u make the correction" Masa Sir kata macam tu, rasa lega la. Dalam masa yang suntuk, mau tak menang tangan nak betulkan segala kesalahan. Apa-apa pun, we learn from the mistake.

Lepas Sir balik, terus tak da mood. Mood tu lagi menurun sebab fikir macam-macam. Lepas tu, ada plak klien yang membuat hati saya terbakar. Sabar je lah. Saya terpaksa kawal perasaan agar tak terus terbakar. Okey, i'm cool back.

Kemudian, buat sesi sampai lewat petang. Penat tak usah kata la. Tu pun ada klien yang terpaksa batal dia punya temujanji. Dah saya kena fix waktu lain pulak. Masa dah suntuk, klien banyak lagi tak jumpa. Huhuhu...kaunselor stress.

Okey. Itu sahaja untuk hari ini, tak best pun kan. Kita hidup macam ni lah, pelbagai rasa. Kadang manis, kadang pahit, kadang pedas, kadang tak ada rasa. Pilihan di tangan kita, apa rasa yang kita nak ^_^

Sekian,
Wassalam

Sunday, June 26, 2011

Praktikal- Minggu Terakhir

Assalamualaikum semua,
hari ini cukup sebulan blog ini tak di up-date. Lama giler blog ni terbiar tanpa catatan. Sesungguhnya, macam-macam saya nak coretkan kat sini, tapi kekangan masa. Ada yang merindui saya tak? (Perasan sat blog ni ada peminat)

Ehm, sepanjang saya praktikal, blog ni jarang di up-date sebab saya takut tercerita pasal klien saya pulak. Akta kerahsian kena jaga. Kalau tak, klien dah tak percaya kita. Kaunselor ada cara macam mana nak simpan rahsia tu ye. Nanti, kalau ada masa, saya nak ceritakan pengalaman tu. Macam mana saya buat supaya tak menangis dah semasa buat sesi kaunseling ^_^

Okey, seperti yang di ketahui, praktikal saya sebagai guru kaunseling belum habis. Insyaallah, 30hb 6 baru tamat. Tak sabar nak habiskan praktikal ni dan dalam masa yang sama sedih sebab nak berpisah dengan anak-anak murid yang cool and comey tu. Tapi, apa kan daya, dalam dunia ni tak ada yang kekal. Terima kasih kat suasana yang sekolah yang membuatkan saya dan Ann selesa menjalankan tugas kami kat sana. Kadang-kadang rasa macam buat sekolah sendiri pun ada. Kat sana, kamilah kot cikgu pratikal paling rajin sebab bekerja 7.20 pagi hingga 6.40 petang. Rajin tak kami? Sesi pagi petang kami sapu ^_^

Dalam minggu terakhir ni, macam- macam perasaan saya sekarang. Rasa tak sabar nak habis, rasa sedih nak meninggalkan alam sekolah dan pekerjaan, rasa sayang nak tinggalkan pelajar yang telah dikaunseling oleh saya, rasa takut nak menghadapi case presentation nanti, rasa macam tak sempat nak buat report klien dan macam-macam lagi dalam hati dan fikiran saya. Apa nak buat ni? Huhuhu….

Sebab ni minggu ke-7 a.k.a minggu terakhir saya berpraktikal, saya nak menulis balik kat sini. Sebab utamanya, saya kena hantar jurnal apa perasaan minggu terakhir. Jadi, bila saya menulis kat sini, saya akan ingat dan luahan perasaan tu lebih real. Lepas ni, copy paste & translate to english je. senang keja saya ^_^

Ehm… minggu ni akan menjadi minggu untuk saya dan Ann menjadi selfish a.k.a. penjual ikan. Sebabnya, kami terpaksa berkejar nak cukupkan  jam kredit untuk kaunseling individu yang tak cukup ni. Makanya, klien perlu dipanggil masa sesi P&P.  Ada masa terluang, kami memang akan panggil je. Maaflah cikgu-cikgu, kami terpaksa buat begini. Minggu ni je, minggu depan dah tak ada “gangguan” ini lagi. Harap maklum  ^_^
Okeylah. Coretan saya sampai takat ni. Kalau ikut hati, mau nak tulis lagi. Tapi, Cik Ann di sebelah ni dok jeling-jeling tanya saya tengah buat apa. Dia ingat saya tengah type assignment. Hehehe…ok then. 

Wassalam.