Sunday, August 2, 2009

Kisah Tukang Gunting....


Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, tukang gunting itu pun berkata,

"Saya tak percaya Allah itu wujud."

"kenapa kamu kata begitu?" tanya si lelaki tadi.

"Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud,kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud,dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. Saya tak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku"

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi. Selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang,selekeh,kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,


"Kamu tahu tak yang sebenarnya tukang gunting juga tidak wujud?"

"Kenapa kamu kata macam tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi"
kata tukang gunting.

"Tidak!" kata si lelaki tadi.

"Kalau tukang gunting wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu"

"Ah! tukang gunting memang wujud! Lelaki tu jadi macam itu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnya!" kata tukang gunting itu.

"Tepat sekali!" Kata si lelaki tadi.

"That's the point!. Allah juga wujud. Itulah yg terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali pada-Nya utk memohon pertolongan."

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 152:
"Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)."

Kalau kita sentiasa ingat kepada Allah, sudah pasti Allah tidak akan melupakan kita.

Fahamilah perintah Allah:

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah pada masa berdiri, pada masa duduk dan pada masa berbaring.”
(An-Nisa’ : 103)


Maka, mintalah, pohonlah segala pertolongan kepada-Nya. Hanya dia tempat untuk kita bergantung.

0 comments: