Saturday, August 1, 2009

Kepada Warga Ogos....


Assalamualaikum semua,

hari ini dah 1 Ogos kan. Kat sini saya nak kongsi sikit kajian mengenai bulan dan sikap , yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Kat sini merupakan kajian yang di lakukan pada warga Ogos. Jom lihat dan bolehla kita bandingkan dengan sesiapa yang di sekeliling kita. Cuba kenal sikap kawan kita sebab ini akan lebih membantu kita dalam membina perhubungan yang baik.

Bagi saya, setiap orang lebih faham sikap dirinya sendiri. Hasil kajian ni boleh kita ambil sebagai panduan. Sesetengah orang kata tak boleh percaya sangat, tapi ikut orang la. Kalau sikap ni semua kena dengan diri sendiri, kira betul la tu. Apa-apa pun,kita tahu siapa diri kita. Kalau yang baik tu, cuba kekalkan, tapi kalau yang buruk tu bawak-bawak la berubah. Tak salah kita berubah untuk kebaikan kan???

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


No comments: