Friday, August 7, 2009

What is our excuse?

Jom tengok gambar-gambar ni. Sila buka mata besar-besar. Pastu fikir dalam-dalam. Guna mata hati ok !!!!



Jadi, apa alasan kita untuk tidak bersolat? Walau keadaan apapun, solat tidak boleh kita tinggalkan. Sebab Solat adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya dia telah mendirikan agama (ad-din)dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama(ad-Din).

Kalau kita tengok gambar-gambar tu, tempat yang kecil dan sempit pun boleh bersolat di situ. Tempat yang kita tak sangka pun, dorang boleh bersolat, tu tanda, hamba Allah yang bersyukur. Tempat yang tidak selesa bukan jadi alasan untuk tidak bersolat. Jadi, kita yang ada pelbagai kemudahan ni, kenapa tak nak solat? Kenapa tak nak bersyukur dengan Allah.

Rasullah s.a.w bersabda :
"Yang membezakan di antara orang Islam dan kafir ialah solat".

Moga peroleh manfaat bersama.

p/s: gambar-gambar ini di ambil dari satu email yang di hantar oleh seorang kawan. Terima Kasih, saudara Pemuda.

1 comment:

mohad said...

bagus blog ni banyak pengisian nya..