Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, kita masih di beri peluang untuk menghirup nikmat Allah lagi. Hari ini, merupakan hari pertama kita berpuasa. Selamat Berpuasa untuk semua.
Di sini, saya ingin berkongsi tentang hari semalam. Sedar atau tidak, semalam merupakan 21 Ogos. Ada apa dengan tarikh ini? Bagi yang tidak tahu, semalam, 21 Ogos merupakan Hari Al-Quds Sedunia. lah...hari apa pulak tu? Huhuhuhu...tak tahu pun....
40 tahun yang lalu, tanggal 21 Ogos 1969, seorang warga Australia iaitu, Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar iaitu mimbar Solahuddin. Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.
Mahkamah yang didalangi Zionis melakukan sandiwara lucu apabila Michael Rohan yang merupakan seorang doktor telah dibebaskan atas alasan dia gila. Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.
Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. OIC pula ditubuhkan sebagai reaksi kepada peristiwa hitam itu.
Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa. Maka 21 Ogos diangakat menjadi hari Al-Quds Sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.
Dan...di UIA sendiri tidak ketinggalan menyambutnya. Dah seminggu booth pemeran tentang Palestine di buka. Saya rasa tahun ni ada kelainan sikit. Booth yang di buka tu memang best. Dorang wat replika penjara di Palestine, terowong Gaza, tembok yang kat Palestine tu. Banyak info dan ilmu yang ada kat situ. Saya rasa kelainan tahun ni, penerangan di buat dalam bahasa Melayu. Ada la beberapa pelajar Melayu yang berkerja keras membuat penerangan tentang Palestine. Ini merupakan salah satu tarikan bagi saya, sebab biasanya pelajar akan lalu je, tapi tak singgah. Ye la, tengok budak-budak arab je penuh, nanti nak tanya macam tak faham je. Main angguk-angguk je kot. Pastu dah la, pelajar-pelajar Melayu ni bagi penerangan best giler. Touching sungguh la. Rasa sebak je, rasa macam real, rasa boleh nampak apa yang dorang rasa tu depan mata sendiri. Tu kita yang tengok kat sini, belum lagi kita yang rasa. Subhanallah, moga memberi ganjaran kepada mereka yang menolong menegakan agama.
Pada sebelah petangnya pula, di adakan majlis penutup. Masyallah, ramai sangat orang kat dalam Main Auditorioum tu. Kat bawah penuh,kat atas pun agak penuh juga la. Nampaknya, masih ramai yang sedar dan peduli tentang isu Palestine di UIA ni. Acara yang paling di tunggu oleh semua orang adalah persembahan lakonan oleh pelajar-pelajar dari Palestine sendiri. Memang real lakonan mereka. Hampir semua penonton menitiskan air mata. Dorang persembahkan realiti yang berlaku di Palestine. Pastu ada nasyid dan juga persembahan kebudayaan masyarakat Palestine. Memang petang yang penuh ilmu dan pengalaman baru.
Sayang rasanya sebab saya tak sempat nak merakamkan gambar-gambar di pameran tu dan juga masa persembahan. Lupa pula nak bawa kamera. Huhuhu...
Apa-apapun, kita kena ingat dan tahu bahawa isu Palestine adalah isu semua umat Islam. Kita patut kisah dan ambil tahu apa yang berlaku di Palestine. Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.
suber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
2 comments:
Lakonan dorg mmg btul2 'hdp'..
mcm real je kan..
bsh artcle dorg bg dek titisan air mata..huhuhu
Hmm, mcm mn la kan klau yg btul2 kt palestine?? *thinking*
Bak kata org.."berat mata memandang, brt lg bahu memikul"
Smga mrk s'tiasa d'bri ktbhn utk m'harungi sgla'y..Amin
yeah...moga Allah merahmati mereka yg berjuang demi agama Islam tercinta. Allahu akbar !!!!!
Post a Comment