Sunday, August 23, 2009
Ramadhan di UIA
Assalamualaikum semua,
hujung minggu yang sunyi di UIA. Rasanya dari hari khamis lagi kot. Ye la, semua org nak balik menyambut puasa pertama di rumah, di kampung bersama keluarga.
saya???
Saya tak rasa nak balik pula. Sebab??? nak balik masa cuti raya nanti ja. Lgipun, UIA akan bercuti seminggu sebelum raya. Kiranya, sempat la nak merasa berbuka puasa kat rumah.
Bila tengok ada kawan-kawan yang balik, hati tak rasa nak balik pun. Berpuasa di UIA pun best apa. Hari pertama puasa, bazar dah buka. Banyak juga gerai, pelbagai juadah di jual, ramai juga yang beli. Tapi hati tak rasa nak beli apa-apapun. Hati kecil bagai tak percaya. Selalunya, saya pantang tengok makanan yang banyak-banyak ni, rasa nak beli semua ja. Tapi mungkin ni hikmah bulan puasa, fikir tak baik membazir. Lagipun, beli banyak-banyak, sapa nak makan. Nanti terbiar macam tu je. Tak pasal-pasal jadi sahabat syaitan. Huhuhuhu.....
Yang best kat UIA ni, masjid akan sediakan iftar setiap hari. Best le dapat makan free. Kalau sapa yang nak berjimat, bolehlah berbuka hari-hari kat masjid. Berbuka kat masjid pun best juga, sebab sambil tunggu nak berbuka, akan ada tazkirah ringkas, boleh juga nak tadarus ke, membaca dll. Masa pun terisi dengan baik. Meriah rasanya dapat berbuka beramai-ramai.
Masa terawikh pulak, penuh je masjid. Meriah sungguh. Ruang solat lelaki dan perempuan penuh, saf sampai ke belakang. Yang datang bersolat dari budak-budak kecil , sampaila yang tua. Best tengok budak-budak kecil yang dalam masjid tu. Kecik-kecik lagi mak dah ajar untuk bersolat. Saya terpandang sorang budak perempuan ni pakai telekung, pastu lari terkedek-kedek ke arah mak dia. Comei sungguh. Comei sampai rasa nak picit-picit je pipi budak tu. Tu belum tengok anak-anak foreigner lagi. Kenapa la dorang sungguh comei???? Sesetengah mak pula, dia biar je anak kecil dia kat depan atau kat tepi dorang. Dan baby tu pun senyap je, tengok mak dia solat. Macam faham je.
Keunikan UIA sebab dia kan ada international students. Saya suka perhatikan dorang ni. Macam-macam gaya ada. Kalau kita kat Malaysia, orang perempuan kalau solat, mesti akan pakai telekung, tapi dorang tak pakai pun. Dengan baju yang dorang pakai tula dorang solat. Dulu masa mula-mula masuk UIA, agak terkejut juga la, tapi kita faham yang dorang berlainan mazhab. Lagipun, telekung tu bukan syarat untuk solat pun, asal menutup aurat sudah. Tak kira la pakai apa pun. Masa kita orang solat tu, foreigner tepi kami ni solat sambil pengang Quran, dia semak bacaan imam tu. Macam pelik, tapi benar. Tapi tak salah pun kan. Kalau orang yang belajar, dia ada ilmu, dia tahu la. Ada yang solat, tapi kaki nampak, maksudnya, dia tak pakai stokin or dia tak cover kaki dia la. Huhuhu...kan ikut masing-masing punya mazhab la.
Lagi citer pasal solat terawikh. Saya suka bacaan Quran yang di baca oleh imam tu. Sedap sangat. Tapi saya tak tahu la dia baca guna qiraat mana, tapi memang sedap. Kalau tak salah saya, ada dua imam. Dorang akan bertukar selepasa rakaat yang ke-10. Imam yang lepas tu pun sedap juga bacaannya, tapi tetap lain dari imam yang pertama tu.
Itulah keunikan UIA. Banyak benda yang kita boleh belajar. Dan saya sangat bersyukur sebab dapat belajar kat sini, dan tahu budaya rakan-rakan dari seluruh dunia. Walau berlainan mazhab, kita semua tetap MUSLIM. Masih menyembah Allah yang sama, dan Al-Quran menjadi panduan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
pose ke?hahahaha
hampeh betul...huhuhu...puasa la ni kan bulan ramadhan....lagi mau tanya ka?
btul tu sis..
addicted wif dat imam pny bcaan.
relax je ms smbhyg tu kan.
suke2.
imam dia baca best. membantu untk kusyuk dlm solat. hehehehe....
Post a Comment