Tuesday, December 7, 2010

RANDOM: Kerja-kerja membuat kolaj - di sebalik Tabir

Assalamualaikum semua,
tak tahu nak isi apa kat blog ni. Jadi, saya buat la entry ni. Saya nak tunjuk hasil-hasil kolaj yang saya buat untuk subjek Basic Counseling semester lepas. Ada juga orang yang Goolge cari pasal maklumat  pembuatan kolaj ni ye. Meh saya share pengalaman saya buat kolaj. Kalau nak tau kolaj tu apa, sila klik SINI ye.

Nak buat kolaj ni, senang ja. Bahan-bahan yg di perlukan adalah gam, gunting & apa-apa jenis kertas tak kira la yg bewarna, surak khabar, keratan majalah, kertas yg berstuktur kasar pun boleh. Pastu, kita kena ada tema apa yg kita nak buat untuk kolaj kita. Lukis tema tu atas kertas kosong, kemudian tampal la kertas warna tu atas lukisan tu. Tak pun, kita juga boleh buat yg mcm saya buat untuk assigment saya ni. Nanti boleh tengok gambar kat bawah ye.



Saya rasa assigment buat kolaj ni la yang paling best saya buat untuk semester ni. Rumate saya pun tolong sama. Dorang tolong kacau, tolong gam, tolong bagi idea, tolong tulis, tolong tekap, tolong bagi semangat masa saya dah fed-up & give -up bila kolaj yang saya buat tak jadi dan tak cantik, dll. Serius, ada satu mlm ni, saya nak siapkan satu kolaj ni, pastu ada sedikit kesilapan. Dah la masa tu perut saya sakit, macam mana pun saya nak siapkan gak kolaj malam tu sebab itu aim saya. Abes la saya "mengamuk" dan naik angin kat bilik. Nasib saya tak "sembur" je sebab yang jadi silap tu bukan salah saya. Sabar je la masa tu, mahu nangis rasanya. Kemudian, rumate saya yang baik hati ni la tolong siapkan, kami sama-sama cari jalan nak bagi cantik balik kolaj yang silap tu. Kami buat sampai pukul 2.30 pagi. Saya pun dah kembali cool walau perut tengah berangin-angin. Sebab nak siapkan gak kolaj tu, saya gagahkan diri la gak buat. Maka, siaplah.....usaha tangga kejayaan kan?


Okey...jom layan gambar & apa yg berlaku di sebalik setiap pembikinan kolaj.

Ni kolaj pertama yg di siapkan. Saya paling suka sgt part tangga tu sbb bentuk tangga yg simple. Jenuh cari bentuk yg mcm ni tau. Patutnya, nak buat teknik menampal secara halus kat bentuk tangga tu. Baru buat sikit, dah rasa amatlah susah & memerlukan kesabaran yg tinggi. Saya ni, bukanlah rajin sangat. Pastu, tukar strategi, buat teknik tampal besar. Saya gunting kertas warna tu bentuk segi empat sama. Warna hijau kuning di pilih sebab melambangkan warna Kedah. Eh..apa kena mengena tah :)

Ehm...nampak ja simple & kosong tapi nak siapkan background yg kaler hijau tu amik masa 3 jam setengah tau. Background tu saya gunting bentuk ala-ala mcm diamond sikit. Nampak tak? Kali ni buat teknik tampalan besar gak. Kena buat besar-besar, kalau tak lambat la siap. Yang gambar tu plak sebenarnya dari brochure pasal kanser. Sapa tah bagi dlm kelas. Bagus gak, dapat saya tampal buat kolaj ni.

Sebenarnya, kolaj yg ni bukan seperti yg saya plan nak buat. Saya nak tampal kertas warna bentuk belon sebagai background dia. Bila dok gunting bentuk belon tu, saya rasa mcm huduh dan kaler dia tak beberapa naik. Maka, saya tukar plan lgi. Nak buat kolaj ni kita kena kreatif menggunakan sumber yg kita ada. Makanya, saya gunting la kalender waktu berbuka puasa yg BEDSA bg. Sebab tu nampak tak yg kat bhgian bwh tu ada tulisan nombor. Hehehe...Yg part tulisan tu plak, rumate sy cadangkan tulis ats kertas warna pastu tampal satu-satu huruf. Cadangan dia memang la lawa. Ehm...kalau buat mcm tu, byk masa nak kena amik. Sebab sy rasa malas & mengatuk pun masa tu, saya tekap huruf tu kat kertas warna yg berlainan, pastu tampal ja. Elok pun jadinya. Tetiba terpuji kolaj sendiri lak :) 

Ni kolaj yg pling saya suka. Sebab susah payah ooo saya tampal bintang tu. Nak siapkan background ni pun amik masa 3 jam gak la. Untuk background tu saya gunting bentuk segi tiga. Nak bagi kesan lebih "dramatik" pada background tu, saya renyukan dulu kertas warna biru. Tapi, struktur kertas tu tak la nampak sangat. Tapi masih cantik. Ceh..puji lagi. Huhuhu...Oh ya, untuk tulisan huruf-huruf tu, rumate saya yg tolong buatkan. Sebenarnya, kata-kata tu panjang lagi, tapi terpaksa di potong sebab masa tak cukup. Saya tak sempat nak potong huruf tu satu-satu. Lagipun, dah nak kena hantar.

Kolaj ni di buat dlm masa 10 minit ja & kolaj yg paling last saya siapkan. Background tu dah siap sebelum ni sebenarnya. Sepatutnya, nak buat tentang merokok, tapi last minit tukar plan.  Sebab tu mcm tak lawa & kemas sikit. Ada cacat tu. Huhuhu...nampak sangat keje last minit ni.Apa pun, saya suka idea dan tema kolaj ni. Walaupun last minit, tp agak sempurna bagi saya :)


Alhamdulillah, bila dah hantar kolaj ni kat bilik Sir Khairul Zain saya rasa lega sangat. Masa nk hantar kolaj ni, saya terjumpa seorang kwn. Saya kata nak pi hantar assignment. Dia tengok saya bawa drawing block ni. Dia kata, apa pelik sgt rupa assignment ni. Hehehe...ni assignment special. Bangga ooo tunjuk "masterpiece" kita kat orang. Dia pun excited sebab tengok assignment saya ni.


Teringat dulu masa saya mengajar kat tadika. Budak-budak tu exited ja masa saya ajar dorang buat kolaj. Dorang cakap tak pernah buat kolaj sebelum ni.  Bila saya tny,  masa pendidikan seni selalu buat apa. Dorang cakap selalu mewarna & melukis  ja. Ooo, patut la, kesian buda-budak ni.  Suka sungguh dorang dapat pegang gunting & bermain ngan gam. Kolaj ni saya rasa salah satu aktiviti yg baik untuk perkembangan motor halus kanak-kanak ni. 


Senang je kan buat kolaj ni? Lepas ni boleh la nak buat sendiri.




0 comments: