Sunday, December 5, 2010

Tag dan diri saya

Assalamualaikum semua,

terima kasih di ucapkan kepada Farah sebab bagi award ni. Maaf ya Farah sebab baru nak menjawab tag ni. Syarat nak dapat award ni kena ceritakan serba sedikit tentang diri penerima sebanyak 7 benda. Ehm...banyak gak tu. Ini award nya.







Pertama:
Saya merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik. Saya ada seorang abang dan tiga orang adik lelaki. Maka, dalam keluarga, hanya saya dan mama je perempuan, yang lain semua lelaki. Sejak abang kawen, tambah lagi dua orang perempuan dalam keluarga. Sebab apa dua? Sebab sekarang saya dah ada kakak ipar dan anak sedara perempuan :)


Kedua:
Saya tak boleh makan udang, sotong dan ketam. Kalau saya makan atau termakan tiga benda tu, saya akan automatik muntah. Bau pun kadang-kadang tak boleh. Saya sangat sensitif kalau bau tiga benda ni. Dari jauh saya dah dapat kesan. Jadi, jangan cuba nak sembunyikan apa-apa dari saya. No "air sotong" ye.  Doktor kata tak ada ubat untuk "penyakit" saya ni. Nasib lah...


Ketiga:
Saya seorang pendengar yang baik. Sesuai la kan dengan kerjaya saya sebagai bakal KAUNSELOR nnt. Saya perasan, sejak saya dari sekolah rendah sampai sekarang , banyak kawan-kawan yang suka cerita masalah dorang kat saya. Dari situ kot saya develop listening skill saya ni. Saya memang suka mendengar pun. Ada sorang kawan ni cakap, dia tak boleh nak rahsia apa-apa kat saya sebab mesti akan terlepas cakap atau tercerita gak kat saya. Hahaha...saya tak paksa dorang cerita pun. Dorang yang sukarela nak cerita rahsia dorang tu. Don't blame me yeah !!!


Keempat:
Saya seorang yang sangat berdikari. Saya tak suka nak susahkan orang sebab saya rasa dorang pun banyak kerja nak di buat. Saya pun tak perlukan orang nak teman untuk saya berbuat apa-apa. Ini tak bermakna saya seorang  lone-ranger dan individualistic okey, cuma saya suka buat apa-apa sorang-sorang.  Kalau balik kampung pun saya travel sorang-sorang je. Saya pun buka berani sangat pun, tapi buat-buat berani la. Tawakal je.


Kelima:
Saya suka makan dan memasak. Dulu saya makan ikut time, tapi sekarang tidak lagi. Hehehe...Walaupun saya tak la pandai sangat masak pun, tapi saya suka masak untuk keluarga saya. Kalau kat rumah, adik bongsu saya la tukang kritik dari saya nak mula nak masak sampai la masakan siap. Dia tu sunggu teliti bab penyediaan makanan ni. Sampai kobis goreng saya yang warna pucat tu pun dia komplen, tak cukup kunyit kata dia. Alahai dik, nnt hang kawen ngan chef la,  baru masakan perfect. 


Keenam: 
Saya nak depan nama saya ada tittle "DR". Dulu bercita-cita nak jadi doktor gigi. Tapi, tak kesampaian sebab saya dulu malas belajar. Padan muka kan. Jadi, aim saya sekarang nak sambung belajar sampai PhD. Baru dapat tittle DR tu kan? Kalau dah tak jadi doktor gigi, jadi doktor falsafah pun okey kot. Insyaallah, semoga Allah permudahkan. Doakan saya ye. 


Ketujuh:
Last but not least, saya seorang yang cool. Cool giler kot. Hehehe... ye ke? Ehm...saya boleh jadi sangat cool walau benda tu bagi orang lain sangat besar. Saya cool je kalau assigment tak siap dan due date lagi beberapa jam , saya cool je time semua orang nak marah or blame someone, saya cool je kalau ada apa-apa masalah yang jadi. Saya perlu belajar untuk cool dan tak mudah cemas sebab saya kan bakal Kaunselor. Hehehe...bila anda Cool bermakna anda seorang yang matang dan pandai untuk handle any sitaution yang jadi. Get it? Tapi, kalau terlalu cool pun susah gak. Jadi, pandai-pandai la ye.


Dah la, cukup tujuh. Tak leh citer banyak-banyak. Nak tau lebih, meh tanya tuan punya badan sendiri. Ehm...saya tak tahu nak tag dan bagi award ni kat sapa dah. Sapa-sapa nak buat, silalah ye. Sangat-sangat di alu-alukan.

1 comments:

Cik FaRaH said...

thanks kak nad sudi memjawap. oh taley mkn sotong,udang semua tu ek.ok2.hehe.
c ya.