Thursday, December 2, 2010

Random: Di kala waktu RAJIN

Assalamualaikum semua,

nak bagitau:

  1. Lappy saya di jangkiti virus. Jadi kalau nak online selalu tersekat-sekat. Saya tension, fed-up pastu malas nak up-date blog.
  2. Adik saya masih conquer lappy saya ni. Tepat pukul 9 pagi, dia akan ketuk bilik. Dengan tersengeh-sengeh, ala-ala manja mengoda, amik lappy saya ni masuk bilik dia. Dia main game Ninja saga sehari suntuk, dari pagi sampai malam. Dia dah level 5 tp tah mcm mana, semalam akaun FB dia tak boleh buka. Jadi, dia buat akaun baru. Maka, lagi la dia nak buat mcm harta dia ja lappy ni sebab dia nak main balik game Ninja Saga tu. Apa yang best pun tak tau la. Maka, saya tak dapat nak up-date blog kesayangan ramai saya ni.
  3. Cuti ni saya tak buat apa-apa aktiviti yang menarik pun. Jadi, tak tau nak cerita apa kat sini. Maka, saya tak up-date blog saya ni.
  4. Saya ada gak cuba tulis beberapa entry, tapi tah macam mana, ada masalah teknikal, abes semua apa yang saya tulis hilang. Huhuhu...saya fed-up dan malas nak tulis semula. Maka, sebab tu blog ni tak di up-date.
  5. Sekarang, saya banyak blog-walking, blog-hoping, etc. Dok ushar blog orang-orang lain. Saya mencari idea nak up-grade blog BEDSA tu. Tapi, dengan masa yang terhad ni, macam tak banyak je yang saya dapat info. Huhuhu...maka, blog sendiri di anak tirikan, di biarkan tak di up-date. Jadilah seperti kera di hutan di susukan, anak sendiri mati kelaparan. Eh..betul ke perumpamaan ni,  macam tu lah keadaan sekarang. Anda faham tak?
  6. Ehm...dah tak ada alasan lain kot nak bagi.
  7. Maka, sekian untuk kali ini. Kalau saya rajin, nanti saya tulis lagi. KALAU RAJIN la. Okey?
  8. Oh Ya. Terima Kasih sebab sudi baca blog picisan ni. Setiap hari ada ja pengunjung yang melawat.
  9. Sebelum saya mengakhiri karangan saya, kat sini saya nak bagi "ayat-ayat cinta" :
"Sesiapa dapat menahan marahnya,
padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu,
maka Allah memenuhi hatinya dengan IMAN dan rasa AMAN ketenangan."

Kata Saidina Ali: Sifat PEMARAH adalah musuh utama akal.

Jadi, jangan selalu nak marah-marah. Always be COOL dan SABAR. Ehm.....

0 comments: