Friday, July 31, 2009

Kisah hari Lahir II

Tadi pagi, masa kelas Educational psychology kebetulan belajar tentang human development. Belajar tentang pre-natal, perinatal semua la. Dr. Nik Suryani tunjuk satu video pasal proses kelahiran, menggunakan cara pembedahan. Subhanallah, ngerinya nak tengok. Tapi saya tabahkan hati juga tengok bagaimana proses tu berlaku. Dalam video tu tunjuk macam mana doktor tu bedah perut ibu nak keluarkan bayi. Doktor tu potong perut ibu tu, pastu dia seluk perut dan ambil bayi tu. Kalau tengok betul-betul nampak ngeri dan sangat sakit. Rasa macam tak sanggup nak hadapi. Sungguhlah, proses kelahiran ni memang sakit, susah dan nyawa seolah-olah berada di hujung tanduk. Tu la pengorbanan seorang ibu kepada anaknya. Sebab tu la, Allah suruh hormat ibu lebih dari bapa. Saya terus teringat, macam ni kot dulu mama masa lahirkan saya. Agak-agak, macam mana la perasaan mama masa tu kan?? Terus rasa nak nangis bila mengenangkan tu semua...

Pastu masuk kelas Introduction To School Counseling, dapat satu kejutan. Terharu dapat kek dari KAK ROS @ miss Ann (jgn marah ye). Tak sangka Miss Ann ingat birthday dan siap bagi kek lagi. Dalam kotak tu ada dua slice kek dari Miss Ann and Boo...Huhuhu...terharu lagi. Terima Kasih banyak-banyak la. Korang dua orang memang sweet la. Sweet macam kek tu. Blueberry cake and cheese cake tu memang sedap, heaven. Nanti nak lagi boleh? Miss Ann, kek tu sampai Penang tau. Nasib selamat je kek tu dalam kotak.

Kesemapatan ni, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak atas ucapan, ingatan, doa, dll yang semua saya dapat dari kawan-kawan semua sempena hari lahir saya ni. Korang semua memang sweet la. Sayang korang. Saya terharu sebenarnya sebab ramai yang wish dan ingat. Sebab, bukan senang nak ingat sesuatu tarikh dalam hidup kalau bukan satu yang penting. Bermakna, saya penting la dalam hidup korang semua kan??? Hehehe...perasan lagi.

Ok...ok..thanks to Farah bagi kad yang comel. Pastu dah la bagi, main selit-selit je kat buku. Terkejut dan rasa macam dapat kad dari secret admire plak. Hehehe... Kad tu Farah buat sendiri, siap kaler-kaler, lekat gambar kartun atas dia. Newey, thanx again. Ifa bagi kerongsang, beli masa jalan-jalan kat bazar tu. Thanx ye...

Kan saya cakap kalau boleh masa hari lahir ni, nak jumpa family, nak makan best and nak mkn choc kek...Alahamdulillah, semua saya dapat. Pas kelas, dalam kul 3 ptg saya balik Penang. Happy tak terkata bila dapat jumpa family. Rindu ooo... lama dah tak jumpa. Sampai umah, dapat makan masakan mama. Pastu makan kek choc yang di beli diri sendiri kat booth silat pagi tadi. Bithday gurl kena beli kek sendiri la, sebab ingat tak ada sapa-sapa nak bagi kek kan. Tak tahu pula, dapat suprise kek masa masuk kelas. Alhamdulillah, segala yang di angankan untuk hari lahir tahun ni, saya dapat.

Ye la, sebenarnya tak harap pun dapat balik pada hari ni. Takut ada hal lain kat kampus. Sebab tahun sebelum ni, beria nak balik masa hari lahir, tapi tak dapat sebab ada hal yang tak dapat di elakan. Tapi Alhamdulillah, tahun ni, Allah izinkan.
Bersyukur sangat.....


Jom tengok gambar-gambar yang saya snap:


cup cake beli kat booth silat, kek perasa cokelat


from Ann & Boo


Kerongsang dari Ifa


Kad comel dari Farah


balik sebab nak makan Laksa Penang ni la...

p/s: bila dah letak gambar bnyk2 macam ni, rasa saya dah jadi blogger tegar plak. Huhuhu...tak sebenarnya, cuma saya nak kongsi perasaan saya sempena hari lahir saya je. Moga ada manfaatnya.

Kisah hari Lahir I

Apabila menjelang hari lahir saya, saya rasa macam hari raya. Satu kegembiraan yang tak dapat di zahirkan. Rasa nak senyum sampai ke telinga ja. Rasa dah sampai ke langit kot. Pastu rasa nak bagitau yang hari ini hari lahir kita. Kalau kawan-kawan tak wish rasa sedih je, lagi-lagi kawan-kawan yang rapat dengan saya. Kadang-kadang saya juga harapkan hadiah dari orang. Macam sedih ja kalau tak dapat hadiah. Rasa macam tak di hargai. Pastu malam bufday dok tunggu sapa yang akan wish dulu. So excited to wait. Biasanya abang yang akan wish dulu even saya dok dalam bilik kat atas and dia kat bawah. Tapi tahun ni, dia lambat wish. Orang lain dulu. May be dia dah lupa kot kat adik dia ni, maklum la dah kahwin, dah ada isteri, adik pun lupa la. (abang, orang merajuk ni. Huhuhu)

Apa yang saya rasa ni, masa zaman dulu-dulu la. Eceh…macam sekarang dah tua sangat ja.Huhuhu... Tak sebenarnya, masa zaman saya kecil, masa sekolah dulu-dulu la. Masa tu tak tau cara yang sepatutnya nak meraikan hari lahir. Sekarang dah tahu sebab membaca dan belajar. Dalam usia sekarang, dah tak rasa excited nak sambut pun. Rasa macam melalui hari biasa ja. Tapi sebolehnya, pada hari yang special ni, nak la jumpa family terutama mama & abah, nak mama masak yang best, nak makan laksa :), nak makan kek choc.

Bagaimana sepatutnya cara kita sambut hari kelahiran? Saya pernah terbaca yang kita di galakan untuk berpuasa pada hari tersebut. Ini bukan dalil,tapi merupakan sesuatu perbuatan yang baik. Niatkan pahala kepada ibu yang bersusah payah mengandung dan melahirkan, yang nyawa menjadi taruhan di saat melahirkan. Selain itu, doa kepada ibu bapa setiap hari selepas solat atau kita bersedekah pada hari itu,niatkan ganjaran pahala buat ayah ibu apabila mereka tiada, buat wakaf atas nama mereka.

Jerit payah ibu bapa kita melahirkan dan membesarkan kita tidak terhitung banyaknya hatta di bandingkan dengan segunung emas dan permata sekalipun. Paling penting doakan kesejahteraan mereka,dan minta keampunan daripada ALLAH. Semoga kita ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin…dan apabila kita sudah meninggal dunia selain daripada amal ibadah di dunia doa anak soleh dan solehah itula yang akan kita tinggalkan.

Selain dari ucapkan terima kasih kepada ibubapa, perbanyakkan menderma, kita juga perlu muhasabah diri. Ye la kan, umur makin bertambah..macam mana pulak dengan dosa dan pahala???? Apa yang penting selalu persoalkan akhlak diri sendiri. Kadang-kadang saya rasa diri ini belum cukup baik. Banyak kelemahan yang perlu di perbaiki. Masih banyak kekurangan diri sebenarnya.

Memang patut pun perbanyakan Muhasabah pada diri sendiri pada hari lahir kita, kena sedar bahawa umur semakin bertambah maka hari kematian juga semakin hampir dengan diri........Dan apabila bertambah lagi usia ini, bertambah lagi masa untuk membaiki diri dan menyerahkan segala hanya padaNya. Kalau nak berbuat sesuatu yang baik dah tak boleh tangguh-tangguh dah. Bila dah makin besar ni (maksudnya dah dewasa), harapnya semakin bertambah kekuatan hati, Insyallah…Moga Allah permudahkan la.Banyak lagi yang perlu di buat ni. Kena tambahkan amal, tambahkan ilmu, tambahkan pengalaman, kurangkan maksiat mata,hati,anggota badan, dll. Dan semua yang di lakukan hanya keranaNya...

Yang pasti pada hari lahir, kita harus menambah rasa syukur pada Allah.. Kita telah diberikan peluang untuk hidup selama sebanyak umur kita… Apakah dengan umur kita yang telah lalu, kiraan amal baik lebih banyak dari amal buruk? atau sebaliknya…Syukur pada Allah, alhamdulillah, kerana masih diberi lagi masa untuk bertaubat, dan menambah amal yang baik. Alhamdulillah.. Masih diberikan peluang, sungguhlah Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Tanggungjawab pun dah makin bertambah. Maklumlah, dalam usia begini dah boleh di kira matang dan perlu lebih bertanggungjawab, dah tak boleh main-main dan berbuat sesuatu dengan sesuka hati lagi. Sekarang kena fikir guna akal bukan hati dah. Kena pandai buat pertimbangan yang mana yang baik dan buruk. Betul kan? Dan kematangan dan keimanan perlu bertambah seiring dengan usia.

Orang selalu kaitkan untuk berubah atau buat azam semperna hari lahir. Perubahan itu perlu dan perubahan perlu la ke arah kebaikan dan membawa manfaat. Biasanya orang berubah dari yang buruk kepada yang baik. Ada ke orang berubah dari baik ke buruk? Huhuhu…ada juga tapi perubahan perlulah yang baik kan…saya sendiri pun ada azam untuk melakukan beberapa perubahan. Harapnya tak hanya hangat-hangat tahi ayam. Sebenarnya, dah ada beberapa perubahan yang berlaku, tapi diri sendiri pun tak sedar. Orang lain pula yang perasan. Ye ke????? Doakan ye, moga perubahan itu berkekalan. Susah juga sebenarnya nak berubah, kecualilah dengan tekad yang tinggi. Kena selalu beristiqamah.

Erti sebuah kelahiran......

Tepat jam 4.36 pagi, tanggal 30 julai ,22 tahun yang lalu, lahirlah seorang bayi. Dengan suara tangisan memberitahu yang selamat sudah bayi ini menjengah ke alam dunia. Terdengar suara iqamat seorang ayah kepada bayi perempuannya, menanda kesyukuran atas kelahiran ini. Terasa hilang kesusahan seorang ibu melahirkan apabila melihat bayinya. Subhanallah…

Terima kasih mama sebab bersusah payah mengandungkan dan melahirkan dan buat abah, terima kasih juga sebab jaga kandungan mama sepanjang 9 bulan. Terima Kasih atas segalanya...Sesungguhnya tak terbayar rasanya segala pengorbanan mama dan abah. Allah sahaja dapat membalasnya.....



Erti sebuah kelahiran.........

Dalam hidup, ada tiga hal yang tidak boleh di jangka manusia.
Pertama, kelahiran. Orang tidak boleh memilih dimana dia akan dilahirkan,
dalam keadaan apa, keluarga apa, sebagai lelaki atau perempuan.
Kedua, jodoh. Dia tidak akan tahu bagaimana, bila, siapa dan dimana
dia akan bertemu seseorang yang benar-benar menjadi cinta sejatinya.
Dan yang ketiga, kematian. Dia tidak akan tahu bila dan bagaimana
dia akan berpulang bertemu Allah.

kelahiran sendiri merupakan titik bermula sebuah kehidupan..........
kelahiran merupakan titik menuju kehidupan di dunia.
kita tidak tahu kehidupan macam apa yang akan kita hadapi,
kerana memang hanya yang di atas yang Maha Mengetahui,


melihat kebelakang,
kehidupan yang telah puluhan tahun aku lalui,
aku hanya bersyukur,
melalui detik demi detik kehidupan,
dengan segala kesedihan...
dan kesenangan selama ini...
apapun tentu ada maksud dan tujuannya...
sesunggunhya, setiap yang berlaku pasti berhikmah

Tuesday, July 28, 2009

Makan-makan@ Kg. Baru

Alhamdulillah,semalam saya berkesempatan menjejak kaki ke HR Steak House kat Kampung Baru. Selalu saya baca pengalaman orang kat blog je, sekarang saya dah berpeluang ke sana.Tempat dia boleh tahan la. Agak cantik, luas dan romantik :) romantik sebab dalam kedai tu, lampu dia agak malap la

Saya ke sana sempena meraikan pengatin baru. Kat sana saya cuba black papper steak, sebab first time datang, so kena cuba tu dulu. Ifa pesan Chiken Cordon Blue. Air kita orang pesan jus oren. Servis kat situ agak cepat. Yang lambat tu masa nak amik order. Maklumla, dah ramai, siap kena tulis nama dan nak makan apa atas kertas. Lambat la, masing-masing tengah fikir nak makan dan minum apa. Bila makanan sampai, masing-masing senyap. Menghayati makanan tu kot. Hehehe…Steak yang saya makan ni boleh tahan la. Blac papper sos dia sedap dan daging dia pun lembut dan besar. Harga pun berpatutan cuma RM8.00 kot lebih kurang.. Sampai tak larat nak habiskan la. Makan separuh pun dah nak muak dah. Memang saya agak sufer untuk habiskan makanan. Huhuhu.... macam rugi je beli makanan tapi tak habiskan. Membazir, tak pasal-pasal jadi sahabat syaitan...Alhamdulillah, kenyang sangat malam tu.

Pasni, rasa nak pi lagi la. Sesiapa yang nak cuba makanannya, bolehla ke sana. Tak jauh dari Masjid Kampung Baru. Kita orang pun semalam parking kereta kat depan masjid dan jalan kaki je. Kat situ memang parking tak beberapa nak ada. Penuh je sebab area tu memang kawasan tempat makan kot.Kedai ni memang terkenal sebab harga makanan kat situ murah. Kedai western Food yang paling murah kat KL la.

View kawasan tu cantik la. Dah la malam masa tu, leh nampak KLCC, KL Tower, pastu bagunan yang tinggi-tinggi tu, waktu malam memang cantik, Subhanallah. Sebenarnya, ni pertama kali saya ke kawasan Kampung Baru tu. Jadi, saya agak teruja dengan kawasan kat situ. Jadi, pasni saya agak berbangga la sebab dah pernah ke sana. Ye la, dah duduk KL hampir 5 tahun, tapi kawasan yang terkenal kat situ pun tak penah pi lagi. HUhuhuh...kesian kat saya kan.

Rupanya, kawasan Kampung Baru ni memang nampak macam kampung, walau tak beberapa nak nampak macam kampung pun. Rumah-rumah kat situ masih rumah kayu lama, dan jarak antara rumah pun dekat-dekat gak. Masa jalan nak pi kedai tu, saya rasa macam jalan-jalan kat Penang Road je. Sebab struktur jalan kat Kampung Baru tu lebih kurang dengan jalan kat Penang Road. Saya rasa la, orang lain tak tau la :)

Apa-apapun, berkesempatan ke sana malam tu memang membawa satu pengalaman yang menarik dan mengujakan bagi saya. Menambah lagi sesuatu yang baru dalam hidup saya. Betul la, kalau kita banyak jalan, akan makin luas pengetahuan kita. Sebab itu Islam menyarankan umatnya untuk bermusafir, melihat dan berfikir. Bermusafir ni, bukan sahaja kita tengok alam, tapi keadaan sekeliling kita. Tak kira la, tempat tu ke, orang-orang kat situ ke, dan macam-macam lagi. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Mu Ya Allah.

Ni gambar-gambar yang sempat saya snap.

Sunday, July 26, 2009

Anda Makan Babi????

Assalamualaikum semua,
Sori atas tajuk yang gempak dan penuh kontroversi tu. Jadi apa jawapan anda semua kepada soalan saya tu? Huhuhu….

Sekarang ni, kita tahu yang penularan selsema babi di merata-rata negara, dan negara kita pun salah satu negara yang terlibat. Selsema babi ni kena pada yang makan babi je ke? Sebenarnya tak, sapa-sapa pun boleh terkena sebab dia virus yang boleh merebak dalam udara.

Ok, bila sebut pasal babi, kalau di Penang dia dah menjadi pemandangan biasa. Masa kecil-kecil saya dah tengok . Biasanya, pada majlis kematian masyarakat cina atau masa hari keramaian, diaorang akan panggang babi. Dah la sekor-sekor dia panggang, pastu tepi jalan lak tu. Huhuhu…memang la tak lalu makan nak tengok. Masa saya sekolah menengah pula, setiap hari akan tengok lori yang bawak babi hidup . Sebab jalan kat sekolah tu memang menjadi laluan lori-lori ni. Biasanya, selepas 3 atau 4 minit lori tu lalu, saya akan tutup mulut sebab masa tu baru bau tu akan ada. Saya pun pelik kenapa bau dia lambat sedangkan lori tu dah berlalu. Entah la…nanti la saya buat kajian.

Pernah tak kita terfikir, kalau daging babi orang cina makan, bahagian yang lain sapa makan? HuhHUHU…jawabnya melayu la makan. Betul tak???? Saya penah dengar ada orang cakap ” sapa kata orang melayu tak makan babi? Ada ja lemak babi dalam sesetengah makanan, yang kita tak tau” mintak maaf kalau sapa yang terasa loya. Pernah tak korang semua terfikir, kita antara Negara pengexport danging babi di ulang PENGEXPORT ye. Sebuah Negara islam lak tu. Alahai…,tah la. Terfikir, tak ada jalan ke untuk mengurangkan jumlah ladang babi ni. Kalau tak salah saya, kat Malaysia je ada lebih kurang 500 buah ladang babi. Huh…satu angka yang banyak. Kalau kita tengok, majority masyarakat Malaysia adalah melayu, tapi kenapa perlu ada ladang babi yang begitu banyak? Betul la kata apek ni yang kita orang melayu pun dah sama-sama makan babi. Kita aja tak tahu.

Ok, sepupu saya pernah cerita juga. Dia HA kat Kedah. Dia tengok sendiri kat satu kampung siam, kat satu area kat Kedah ye. Dia kata Ada sesetengah peladang babi ni bela ikan keli juga. Kalau korang nak tahu, diaorang akan biar lalat hurung bangkai babi. Kemudian, diorang akan kutip telur-telur yang terhasil atau larva lalat tu bagi makan ikan-ikan keli tu. Uweks….tak senonoh sungguh. Pastu, ikan-ikan tu jual kat pasar. Agak-agak sapa yang beli???? Huhuhu..tak yah cerita, pikir sendiri la.

Jadi, kita perlu berhati-hati sumber yang kita nak makan tu. Nampak macam simple sebenarnya, tapi rumit. Carilah atau beli dari orang yang kita percaya dan yakin sumbernya. Sebab makanan akan memberi pengaruh kepada sikap dan perbuatan kita

Saya juga nak menyeru semua supaya sentiasa periksa makanan yang kita beli di pasar-pasar raya. Periksa betul-betul bahan yang digunakan. Sebab kemungkinan ramuan atau bahan yang digunakan mengandungi bahan dari babi atau ada lemak babi. Biasanya ia akan tulis pengilmusi. Kalau pengilmusi dari soya taka pa la. Kat sini saya sertakan kod lemak babi, kalau ada kod-kod ni kat makanan yang kita nak beli, jangan ambil ok. Pastu bagitau kat orang lain sama. HUHUHU…

E100, E110,E120,E140,E141,E153,
E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,
E325, E326, E327, E334,E335,E336,E337,
E422,E430,E431,E432,E433,E434,E435,E436,E440,E470,E471,E472,E473,E474,E475,E476,
E477,E478,E481,E482,E483,E491,E492,E493,E494,E495,
E542,E570,E572,
E631,E635,
E904


Setakat ni yang saya tahu, crispy ada kod E-475, minuman vico ada kod E-471, keropok Ring Ring yang kaler oren tu pun ada. Biasanya bahan-bahan ini akan ada dalam makanan tau minuman yang bercoklat. Pengilmusi ni adalah bahan yang akan membuatkan minyak bergaul dengan air.

Masyallah, tu semua dah menjadi makanan kita, makanan yang selalu kita makan. Tak lalu kalau fikir balik. Patut la budak-budak sekarang benak nak belajar, malas belajar, masalah discipline, keruntuhan moral. Semua tu berpunca dari makanan yang kita dah makan. Kalau fikir-fikir balik, dari kecil-kecil, samapai dah dewasa ni, agak-agak dah banyak kita dah makan kan??? Betul tak???? Tepuk dada Tanya hati????
Patut la kita hati kita makin gelap. Macam mana nak dapat hidayah.

Jadi,pas ni berhati-hati lah. Salin kod-kod ni, bawak masa kita nak membeli belah, jadikan ia rujukan. Sampai bila kita nak kena tipu. Buka hati, celik mata, pasang telinga, sentiasa berwaspada. Kita yang tentukan apa yang kita makan. Carilah dari sumber yang halal. Sekarang kita dah banyak pilihan.
Insyallah, kita patut berbanga dengan HPA yang sentiasa komited dalam menghasilkan barangan keperluan harian untuk muslim.

Mungkin sesetengah orang akan cakap yang susah nak dapat la, mahal la harga dia. Tak kan tu pun nak berkira. Sanggup ke korang nak makan lemak-lemak babi tu??? Jawab dalam ati, pkir sendiri-sendiri. Kita dah ada alternative lain. HPA sekarang dah ada biskut, ais-krim, minuman coklat, bijirin, dll. Saya buka nak promote HPA eh tapi tu alternative yang kita ada. Kita juga ada pengusaha dari orang muslim sendiri. Pandai-pandai la kita cari. Cuma nak tak tak nak je kan. Pilihan di tangan kita.


p/s: sekali lagi saya mohon maaf kalau tulisan saya ni buat anda semua berasa loya dan nak termuntah. Sesungguhnya, ketahuilah, saya turut merasa rasa yang sama ketika menulis topic ni. Sungguh, saya rasa loya dan nak termuntah sebab saya teringat air vico yang saya dah nak bancuh tu. Entah la, macam mana terasa nak periksa kandungan bahan dia. Dan …terjumpalah saya dengan penemuan yang yeaks…nak termuntah saya. Serius, loya dah ni….loya teringatkan Kod E-471 dalam vico.

Thursday, July 23, 2009

Kepastian....

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk di jauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khyalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah




p/s: Kepastian by Inteam (album Allahu Rabbi 09)

Monday, July 20, 2009

Ingatkah anda pada Israk Mikraj????

Masih ingatkah sahabat pada tanggal 27 Rejab??? Tarikh keramat di mana pada tarikh inilah kita menerima satu anugerah tak ternilai yang tidak dianugerahkan pada umat yang lain. Beruntunglah kita semua umat Nabi Muhammad SAW. Pastinya ada di antara kita yang sedang mencantum-cantumakan kembali memori mencari apakah titik penting dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dan saya yakin ada yang sudah yakin dan puas dengan pemahamannya tentang peristiwa ini. Malangnya, ada juga segelintir dari kita yang langsung tidak mempunyai sebarang rekod memori dalam otaknya tentang tarikh tersebut.

Sahabat sekalian, peristiwa Israk Mikraj bukan sahaja dikurniakan Allah SWT buat Nabi Muhammad SAW untuk menghiburkan baginda yang pada ketika itu sedang bersedih atas kematian datuk dan isterinya, tetapi peristiwa ini tersirat satu hakikat pensyariatan solat yang diberi oleh Allah SWT secara langsung kepada Nabi Muhammad SAW… Dan penerimaan 50 waktu solat sehari semalam, dengan nasihat Nabi Musa A.S, Nabi Muhammad SAW berjaya meringankan angka solat sehingga ke 5 waktu sehari semalam. Tampak senang dan ringkas ya.

Namun begitu, ketahuilah sahabat sekalain, 5 waktu kadarnya sama dengan 50 waktu… Sungguh dasyat hakikat solat ini rupanya. Tapi begitu ramai umat manusia yang meremehkan momentum solat ini. Dan lebih teruk lagi dengan sengaja mengabaikannya. Di manakah kemuliaan dan kepentingan solat itu? Mujur juga Nabi Muhammad SAW minta kurangkan, jika tidak, pastinya terlalu sedikit di antara kita yang solat bahkan lebih teruk, tidak ada langsung mengerjakannya. Na’udzubillahi mindzalik.

Sahabat yang dihormati, pensyariatan solat ini sangatlah mulia, diberikan oleh Yang Maha Mulia kepada insan yang mulia, Nabi Muhammad SAW. Tapi, apakah kita telah memuliakan ibadah ini sepenuhnya? Dimanakah kedudukan solat di hati kita? Muhasabahlah kembali bagaimanakah layanan kita terhadap ibadah solat ini. Bersamalah kita menyegarkan kembali ibadah solat kita yang kian lesu. Sempena Israk Mikraj ini, marilah kita mengambil dan memetik hikmah dari peristiwa ini.

“Maha Suci Allah, yang telah memperkenalkan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Al-Israa’ : 1)

Kredit to: Risalah Al-Fahmu atas artikel ini.

Sunday, July 19, 2009

Yang Kita Mahu...

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:

1:wajah yang cantik
2 duit yang banyak
3:kesihatan yang baik
4:anak-anak yg cerdik dan berjaya macam kita
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan...


senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

Kata Nabi SAW: “Siapa yang tinggalkan solat Subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat Zuhur tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.”

Cerita Seseorang….

Hari ini merupakan hari kelahiran seseorang
Seseorang yang menjadi harapan dan impian seseorang
Seseorang yang jauh di balik benua sana
Walau jauh di mata, tapi dekat di hati seseorang
Seseorang yang tak tahu adakah impian dan harapannya akan menjadi kenyataan
Hanya doa yang menjadi harapan
Berharap dan terus berharap terhadap sebuah harapan
Berdoa dan terus berdoa untuk di ketemukan
Adakah akan berlaku apa yang di impikan?
Hanya Allah yang tahu,
Sebab Dia Maha Mengetahui segala di langit dan di bumi
Dia yang menentukan segala yang terbaik buat hamba-Nya
Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Impian yang di impikan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk di realisasikan
Cuma akan berlaku dengan izin-Nya
Terjadi dengan kehendaknya
Sempena dengan hari kelahirannya,
Di doakan dia sentiasa berada dalam Rahmat-Nya
Semoga dia berjaya dengan apa yang dia citakan
Dan segala yang dia impikan
Insyallah bertemu dan berpisahnya kita adalah kerana-Nya

Friday, July 17, 2009

siapakah kita ya?

Assalamualaikum,

siapakah kita ya?
mungkin selepas membaca artikel di bawah ini, kita akan tahu siapa kita. Hanya diri sendiri mengetahui siapa diri sendiri. Takutkan bila kita ada sikap-sikap mazmumah tanpa kita sedarinya. Tapi tak terlambat lagi untuk kita mengubahnya. InsyaAllah.

Mulakan!!!



Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam.. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sama-sama kita renungkan...
Moga peroleh manfaat bersama.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

siapakah kita ya?

Assalamualaikum,

siapakah kita ya?
mungkin selepas membaca artikel di bawah ini, kita akan tahu siapa kita. Hanya diri sendiri mengetahui siapa diri sendiri. Takutkan bila kita ada sikap-sikap mazmumah tanpa kita sedarinya. Tapi tak terlambat lagi untuk kita mengubahnya. InsyaAllah.

Mulakan!!!



Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam.. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sama-sama kita renungkan...
Moga peroleh manfaat bersama.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, July 15, 2009

bercinta????

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sekarang saya dah berada di kampus UIA. Semester dah bermula, tapi kelas kat kuliah saya belum banyak yang mula. Pensyarah belum masuk. Dorang sibuk dengan hal masing-masing. Biasalah tu, keadaan yang biasa pada awal-awal semester ni.

Saya ingin berkongsi sesuatu, tapi tak tahu nak tulis apa. Idea entah hilang ke mana. Insyallah, nanti saya nak tulis satu N3 tentang subjek-subjek yang saya ambil pada semester ini.

Jadi, saya post yang saya baca ni. Saya suka artikel ni sebab membawa maksud yang mendalam tu. Sebagai peringatan dan juga panduan. Hehehe...
Moga peroleh manfaat bersama.

Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,

Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,

***a takrif ‘taaruf’ dan ’serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,
Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.


Kenapa saya masukkan N3 ni? Adakah saya dalam proses bertunang? Huhuhu...
Saya pun tak tahu. Sebenarnya tidak sama sekali. Saja nak berkongsi di sini.

Sesungguhnya, dalam Islam dah ada panduan yang perlu kita ikuti dalam hal bercinta ni. Walaupun dah bertunang secara sah, ia bukan sebagai tiket untuk kita berbuat sesuka hati, bukan tiket untuk kita berdua-dua dengan pasangan seperti suami-isteri. Sebenarnya, tempoh bertunang ni ,merupakan tempoh untuk kita membina kematangan, ia umpama masa untuk kita berfikir tentang alam rumah tangga yang bakal kita bina. Dalam tempoh ini la, merupakan masa untuk kita menjadi lebih bertanggungjawab dan lebih serius dengan apa yang kita nak lakukan. (ni apa yang saya perhatikan dari abang dan kakak saya.

Kadang-kadang saya terfikir juga, perlukah bertunang ni??????
Lebih baik terus kahwin je kn?



p/s: artikel ni saya ambil dari seseorang. Dah tak ingt kat mana.

Saturday, July 11, 2009

Kisah mencari ilmu



Assalamualaikum,
hari ini, saya menemani mak cik saya ke Sek Men Keb Kepala Batas. Dia ada peperiksaan lisan Bahasa Melayu. Mak Cik saya ni ambil SPM, jadi kena la buat ujian lisan. Mak Cik saya dapat sidang 3 dan ujian tu mula pukul 10.30pg. Kami sampai pada waktu yang ditetapkan. Umur Mak Cik saya dah 30 lebih la, tapi dia masih bersemangat nak belajar lagi, nak ambil SPM.

Masa saya sampai tu, dah ada beberapa orang. Kebanyakan muda-muda lagi. Saya nampak ramai yang dari bangsa India dan Cina kat situ. Ok, masa untuk masuk peperiksaan. Saya ingat ujian tu tak lama. Rupanya, 1 jam 1/2 gak la. Mula-mula dorang kena tulis karangan, kemudian kena masuk satu bilik ni. Kat sini dorang kena soal jawab ngan panel pemeriksa la. Soalan yang di tnya adalah soalan asas. Dia nak tengok kita bercakap je. Kemudian kena wat forum lak dalam kumpulan.

Bila saya tengok dorang yang datang ambil peperiksaan ni, saya kagum la. Mereka masih bersemangat nak tuntut ilmu dan memajukan diri. Yang tua-tua pun ada. Seorang Indian man, agak tua la dia ni, rasanya dah 40 lebih la kot, uban pun dah ada. Saya terfikir gak, kenapa dia masih bersusah payah nak ambil SPM sedangkan dia dah agak berumur dan saya agak dia mungkin dah bekerja kot. Tapi tu la, kita belajar ni tak kira umur pun. Belajar dan terus belajar selagi masih boleh. Proses pemebelajaran ni dimana-mana je. Kita belajar formal dan juga secara tak formal.

Lepas habis ujian tu, kami jalan-jalan kat Kompleks Kailan, nak beli barang sikit. Dan saya terjumpa sorang kawan lama. Kami ni satu kelas dan satu sekolah dulu. Kita orang pun berbual la sikit & tanya perkembangan masing-masing. Tetiba ada kata-kata dia yang menyedarkan saya balik. Dia kata "ada orang berjalan, ada orang berlari, ada orang merangkak untuk belajar ni. Aku merangkak." Dia kata macam tu sebab merujuk pada diri dia. Dia lepas SPM dia ambil STPM, pastu masuk Politeknik ambil Diploma pula. Dia bandingkan diri dia dengan kawan-kawan kami yang lain yang kebanyakan dah nak habis belajar pun. Sedangkan dia ada lagi setahun untuk habiskan Diploma, dan kawan-kawan yang lain, dah dapt Ijazah pun.

Saya cakap kat dia, "Aku pun merangkak gak". Ya saya memang bermula dari bawah. Saya tak bernasib baik macam kawan-kawan yang lain yang terus masuk matrik, dapat IPTA lepas SPM. Saya terpaksa melalui fasa form6 sekejap, kemudian diploma kat kolej baru dapat masuk UNIVERSITI yang saya idam-idamkan ini. Saya ambil masa selama 3 thn untuk memasuki UNIVERSITI ni. Ini yang saya nak sangat-sangat dan saya impikan. Saya sedar, saya patut bersyukur sebab dapat peluang ni, sebab bukan semua orang bertuah. Dan sepanjang proses saya belajar ni, banyak yang saya dah buat, alami dan rasa. Dan saya sangat-sangat bersyukur untuk segala pengalaman yang bermakna ini.

Saya korek-korek tadi, jumpa la pasal kelebihan menuntu ilmu ni. Just wanna share:

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan meghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Riwayat Abu ad-Darda’ r.a

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untut menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.” Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Kelebihan Menuntut Ilmu
• Allah memudahkan jalan ke syurga
• Malaikat bersama mereka yang menuntut ilmu
• Semua makhluk memohon keampunan untuk mereka
• Bagaikan bulan menyinari alam

Kedudukan Orang Berilmu di Sisi Allah
• Ditingkatkan darjat di dunia dan akhirat
• Hamba yang takut kepada Allah
• Hatinya hidup dalam cahaya hikmah
• Pahala yang berterusan

Subhanallah, sebenarnya banyak lagi kelebihan orang yang berilmu ni.

Apa yang saya baca tentang menuntut ilmu ni, cukuplah untuk memotivasikan saya kembali untuk meneruskan kembara ilmu saya. Insyallah, saya akan bertolak malam ini untuk kembali bermusafir di bumi Gombak, Taman Budi dan Ilmu. Di sana saya akan meneruskan perjuangan jihad dalam menuntut ilmu. Ya Allah, permudahkanlah perjalananku nanti.

Saya tulis topik ini sebab saya dah hilang semangat sebenarnya, rasa tak nak teruskan pelajaran ni. Macam-macam dalam fikiran saya ni. Dah tak rasa excited dan hepi nak belajar. Kadang-kadang saya rasa baik kerja je. Tapi tanggungjawab kerja pun berat, lagi berat dari tanggungjawab belajar. Entah la, sukar nak tafsir apa yang saya mahu sekarang dalam hidup ni.

Saya harap semester ini dan semester yang akan datang akan lebih mematangkan saya. Saya nak belajar banyak benda lagi. Saya nak capai semua target saya, tak mau dah buat kerja last minute, asyik tidur dan banyak layan novel. Saya nak susun jadual saya baik-baik. Dan yang penting kembali bersemangat belajar kembali dan memperbaiki diri menjadi lebih baik dan solehah. Insyallah, moga Allah permudahkan segala-galanya. Amin. Doakan saya ye.

===New day, New trials, & challenges;
BUT let Allah lead UR way !
May Allah sends blessing to us.===


YA ALLAH...TETAPKANLAH HATIKU DALAM KEIKHLASAN BERJIHAD MENUNTUT ILMU DEMI AGAMAMU...DAN JAUHKANLAH KEJELEKAN NIAT YANG FASAD UNTUK MERACUNI JALAN JIHAD SEPANJANG LIKU-LIKU MENUNTUT ILMU... AGAR AKU MAMPU MENDAPAT REDHOMU...SEMOGA AKU KEMBALI KEPADAMU DALAM REDH0 MEREDHOI...

p/s: sepanjang hari ini, saya di tarbiyah tentang pentingnya belajar dan menuntut ilmu. Moga Allah terus menetapkan hatiku untuk berjuang di atas medan ini.

Thursday, July 9, 2009

Pemansuhan PPMSI


petikan dari UTUSAN ONLINE:

PUTRAJAYA 8 Julai - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.

Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.


DAN

Kerajaan hari ini memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) dimartabatkan dan Bahasa Inggeris (BI) dimantapkan di semua peringkat persekolahan. - Tan Sri Muhyidin Yasin

LAGI

PUTRAJAYA 8 Julai — Pemansuhan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekaligus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mantan Perdana Menteri itu yang jelas tidak gembira dengan keputusan tersebut menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan.


---Alhamdulillah, akhirnya PPSMI dimansuhkan juga.Tahniah kepada mereka yang berjuang habis-habisan menentang PPSMI. Tahniah kepada pejuang Bahasa. Harapnya bagaimana kita perjuangkan bahasa, macam tu juga kita perjuangkan agama Islam kita tercinta ini---


---Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penggerak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang berjaya merakyatkan dan memasyarakatkan perjuangan bahasa kebangsaan sehingga bangkit kesedaran massa tentang peranan bahasa Melayu sebagai salah asas pembinaan negara, sebagaimana yang diputuskan dan dilaksanakan sejak kemerdekaan---

---Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang tak suka dengan keputusan ini. Akan banyak pro dan kontranya. Apapun, keputusan dah di buat. Moga-moga pemansuhan ini akan memberi kebaikan kepada semua pihak, terutama para pelajar dan para pendidik---



sumber: Utusan Online

Monday, July 6, 2009

Catatanku di Politeknik Behrang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini, kami sekeluarga ke Behrang. Hari ini, 6 Julai 2009, pendaftaran adik saya, Hazim masuk Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Perjalanan di permudahkan, segalanya berjalan lancar.

Kalau tengok dalam web dia, memang nampak Poli ni macam dalam hutan, di kelilingi oleh hutan, ladang kelapa sawit, nampak hijau ja. Tapi, rupanya bila dah sampai, not bad la. Tempat tu ok ja. Sangat Ok saya rasa. Kalau keluar dari Tol Behrang, 2 KM je nak pi Poli tu. Kawasan Poli ni atas bukit sikit, kiranya kawasan berbukit la. Kat keliling dia ada hutan. Tapi, Subhanallah, saya rasa cantik je, dan nyaman. Rasa sejuk sebab atas bukit. Kawasan dia lebih kurang macam UIA gak la. Jalan sehala, campus atau tempat belajar di tengah-tengah dan asrama di bahagian atas bukit sikit dan dekat juga nak pi kelas atau bengkel. Memang dekat la. Tak payah naik motor pun tak pa. Dia punya bangunan pun cantik gak. Bagunan dia pun agak baru la walau tak baru sangat. Blok asrama ada 6 iaitu V1 sampai V6. Adik saya dapat blok V2, di tengah-tengah dan dekat dengan kafetaria. Senang la nak makan :) Setiap bilik ada dua orang. Besar gak bilik dia. Pastu almari baju pun besar dan banyak ruang. Kat bawah katil pun ada laci, then meja kat meja belajar pun ada ruang lagi. Waa...best la dia punya meja belajar. Sangat puas hati la bilik dia. Pendek kata, asrama dan tempat belajar memang best. Jadi, janganlah menyesal, tak nak pi ke kalau dapat Poli Behrang tu. Macam adik saya la. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Kenal dulu, baru boleh jatuh sayang. Hehehe...sembarang la.

Ramai juga yang daftar Poli ni. Kebanyakan yang daftar tu adalah pelajar lelaki. Of coz la, budak-budak lelaki ni memang suka belajar benda-benda yang teknikal. Pelajar-pelajar yang datang daftar ni wajib pakai kemeja putih dan seluar hitam. Dah ramai-ramai tu, mesti la banyak ragamnya. Kelakar pulak saya tengok. Macam-macam fiilnya. Budak lelaki memang macam ni ke? Selamber giler, poyo pun ada, skema, yang nampak baik + alim (rasanya la), yang masih nampak macam budak sekolah pun ada. Hahahaha...saya sangat suka perhatikan orang. Ehm...apa yang saya perhatikan, masih ada sikap budak-budak tu kat dorang ni. Nama pun budak-budak lepas SPM. Ni la fasa dorang nak beralih dari suasana sekolah kepada IPT. Lepas ni, dorang akan belajar supaya lebih matang kot. Macam adik saya la. Grow up ye Hazim. Berdikari sket, jangan semua nak harapkan orang buatkan, semua benda nak mudah aje, sikit pun tak nak usaha. Huhuhu...

Sebenarnya, adik saya tu kena daftar pukul 10.30 pg. Tapi, kami sampai Poli Behrang dalam pukul 8.30 pg. " PI awal lebih selamat", kata Abah sebab kita tak tahu apa akan jadi kat jalan. Hehehehe...tu kata-kata feveret abah saya. Ok..ok..tu betul. Setuju sangat. Bila dah banyak masa kat sana, banyak la yang saya dapat observe kan. Dah hobi suka memerhati kan, nak buat macam mana. Saya tengok komuniti pendaftaran sangat baik. Siap tolong angkat beg lagi tu. Best giler kalau dapat senior yang macam ni. Kalau kat UIA, komuniti dia tak tolong pun macam ni. Hehehe...Waktu pagi, pelajar macam tak ramai sangat yang daftar, tapi bila dah masuk tengah hari sikit, ramai pulak yang beratur. Dorang kena buat ujian saringan H1N1 dulu pastu baru boleh daftar asrama. Kesian yang datang lambat sebab terpaksa kongsi bilik sebab dah tak cukup bilik. Tengok, ramai giler yang daftar. Pas daftar bilik, kena ambil kit orientasi kot. Beg galas yang dorang dapat tu agak lawa la, kalah beg ta`aruf UIA. Dalam tu ada 2 pasang T-Shirt, Sweater, Baju batik, Tie, agak banyak baju saya rasa. Kalah UIA pun tak bagi banyak macam ni. Hehehehe...banding lagi ngan UIA. Pastu dapat payung plak tu. Bagus betul sediakan payung sebelum hujan.

Dah selesai semua, masa untuk masuk bilik la. Roomate adik saya ni nama dia Hassan. Budak Bagan Serai, Perak. Nampak macam budak baik je. Tak nampak pula keluarga dia kat situ. Rupanya, dia datang sendiri naik bas. Bukan naik bas exspress tapi bas angkut-angkut. Dia naik dari Taiping kemudian turun kat Ipoh. Dari Ipoh naik bas ke Tanjung Malim. Datang Poli pun naik teksi. Dia pandai-pandai sendiri datang, main tanya orang ja. Saya dengar kisah dia, rasa kesian la pulak. Datang sendiri, naik bas, dah la agak jauh, dengan beg yang banyak dan berat tu. Hassan kata, mak dia sakit, ayah pula kerja sebab tu tak dapat hantar. Kesian kan. Saya bandingkan Hazim dengan Hassan. Hazim ni jauh lebih beruntung dari dia. Ada keluarga yang hantar, sedia semua keperluan, siap kemas bilik dan susun barang-barang Hazim dalam almari. Hassan, semua dia buat sendiri. Adik saya kalau tak bersyukur tak tau la.

Pekan yang terdekat kat sini ialah Pekan Behrang dan Tanjung Malim. Tapi ada mak cik ni kata, pelajar-pelajar Poli dan UPSI selalu shoping kat Tanjung Malim la. Tak pun dorang turun KL sebab dah tak jauh. Semua ada kat situ. Kami sempat la pi melawat pekan Behrang dan Pekan Tanjung Malim. Not bad. Dan saya sempat tengok stesen Keretapi Tanjung Malim. Selama ni saya fikir stesen ni mesti nak masuk dalam, bukan tepi jalan dan dalam hutan. Rupanya saya silap sama sekali. Stesen dia memang dekat dengan pekan dan tepi jalan ja. Tak susah pun nak pi. Hehehe...nasib saya berpeluang lihat pekan Tanjung Malim hari ini, kalau tak saya masih fikir stesen tu dalam hutan. Sebenarnya, Behrang pun ada stesen keretapi. Dekat ja dengan poli pun. Pendek kata, kemudahan banyak kat sini. Nampak ja macam kawasan kampung, tapi kemudahan lengkap dan mudah. Kat Tanjung Malim pun ada stesen bas, dan kalau nak pi KL pun lebih kurang 1 jam je. Hah, tak susah la.

Saya rasa hazim tak akan menyesal dapat Poli Behrang ni. Sebab mula-mula dulu dia ingat Poli ni dalam hutan. Boleh dia bandingkan Poli ni dengan Poli Seberang Prai. Memang la jauh beza. Tapi saya rasa Poli Behrang lagi best. Saya dah jatuh cinta dengan suasana kat situ. Rasa macam nak belajar kat situ pula. Saya siap dah berangan nak kerja kat situ satu hari nanti. Hehehehe.... Kat depan pintu masuk tu ada kolam la. Macam best je kalau buat aktiviti kat situ. Ada padang yang luas dan besar, court untuk bersukan. Hah, adik saya suka la tu. Saya harap Hazim akan suka tempat belajar baru dia ni. Enjoy life dia selama dia belajar kat sana. Dan saya juga berharap Hazim akan lebih matang, dapat belajar banyak benda dan berjaya dalam pelajaran selepas ini. Semoga Hazim akan jadi Jurutera yang beriman. Amin.

Nabi bersabda:
Sesiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda apa yang mereka lakukan. (HR abu Daud)

P/s: macam besa, saya sempat snap beberapa gambar kat sana. Layan...
(ni N3 ari Isnin, baru nak post ;)

Wednesday, July 1, 2009

Sapa lahir bulan Julai?


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, arini dah 1 Julai 2009 bersamaan dengan 8 Rejab 1430 H. Satu hari yang Allah masih lagi mengizinkan kita menghirup dan menikmati segala nikmat-Nya.

Sapa lahir bulan Julai? Sila angkat tangan. Hehehehe...saja je.
Anda adalah yang bertuah sebab lahir dalam bulan ini. Tahniah kepada anda dan juga diri sendiri. Sebenarnya, saya suka sangat bila dah masuk bulan Julai ni. Sebabnya...Julai merupakan bulan kelahiran saya. Hehehehe.... Tu je nak cakap.

Kalau nak tahu, Bulan Julai ni, ramai sahabat-sahabat, kawan-kawan dan kenalan saya yang menyambut hari lahir mereka. Bermula dari 1 Julai sampailah 31 Julai. Kena sedia hadiah banyak2 ni. Tapi, kalau kita send message pn, kawan2 dah hepi sampai langit tau. Ingatan tu penting, bukan hadiah. Remember dats, wokeh?

Kat sini saya nak kongsi sikit kajian mengenai bulan dan sikap , yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Kalau tak salah saya, beliau telah menjalankan kajian ni hampir 25 tahun. Tapi ni untuk bulan Julai je la ye. Harap maaf untuk bulan lain, sebab sekarang ni dah masuk Jualai ok. Harap faham dan maklum. Mari kita lihat sikap mereka yang lahir dalam bulan Julai.

JULAI

* Sangat suka didamping.
(kwn2 suka kwn ngan dia)

* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
(watch out man out there !!!)

* Agak pendiam kecuali dirangsang.
(ni org len kna mula dulu, pastu baru la da topic nk ckp kn; then terlebih ramah plak bercerita)

* Ada harga dan maruah diri.
(pandai jaga diri ok)

* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
(suka tolong org, mendahulukan keperluan org len dari kehendak sendiri)

* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
(kalau kena cara pujuk, bleh cair ni; sumtime innocent & lampi sket, Huhuhu...sapa la tu)

* Sangat menjaga hati orang lain.
(btul2; sopan gitu)

* Sangat peramah.
(kn td dah ckp; ramah bla d rangsang)

* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
(emo la sket,jgn la suka lukakan hati kami ye)

* Berjiwa sentimental.
(mudah tersentuh; tak leh tngok benda2 yg menyayat hati, konfem nangis & sedih)

* Jarang berdendam.
(amalan mulia ni; tak bek ooo berdendam ni)

* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
(maaf diterima ngan penuh tulus & ikhlas ok, tp kadang2 terkenang gak la peristiwa tu )

* Tidak suka benda remeh-temeh.
(straight to da point, no massy2 ok,)

* Membimbing cara fizikal dan mental.
(ye la kot)

* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
(sesuai utk jadi calon isteri atau suami, bakal ibu dan bapa yg mithali ni ;)

* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
(tak kira kpd perempuan atau lelaki)

* Tinggi daya simpati.
(sbb tu emo sket)

* Pemerhatian yang tajam.
(yeah...sgt suka perhatikan org; jaga2 la ye)

* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
(1st impression tu penting; & good observer too)

* Mudah dan rajin belajar.
(aiseh... tp napa sy sgt mls tuk study eh ?)

* Suka muhasabah diri.
(berfikir, merenung tentang diri sendiri)

* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
(I miss all my old time, miss my frends yg giler2 tu, lg satu suka dlm mode memory lane)

* Suka mendiamkan diri.
(diam-diam berisi tau; diam lebih baik dari bercakap, dan bercakap lebih baik dari diam......)

* Suka duduk di rumah.
(oh good gurl, mcm gadis pinggitan gtu)

* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
(not really gud, but friends like them ok)

* Tidak agresif kecuali terpaksa.
(jgn cabar atau uji kesabaran kami, leh meletup tau)

* Lemah dari segi kesihatan perut.
(benar sekali bla PMS melanda ahaks...slalu gak angin)

* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
(betul...betul... diet from now)

* Minta disayangi.
(huhuhu...no comment)

* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
(walau luka dah sembuh, parut tetap ada kan? )

* Terlalu mengambil berat.
(tp tak la smapi jd bz body, just concern je)

* Rajin dalam membuat kerja
(huhuhu...mmg la rajin, tp bla dh mai mood malas tu, tah yah nk ckp la)

Segala sikap kita, hanya kita dan orang sekeliling kita ja yang tahu dan perasan. So, dah tahu kan macam mana sikap warga-warga Julai ni. Jadi, pas ni pandai-pandailah kita nak melayan mereka. (or macam mana nak melayan saya Eh...tak kami)
Dari kajian tu, ada banyak kebenaran dan kesamaan yang saya dapat lihat dalam diri warga Julai ni. EXcuse me, saya kan bakal kaunselor, so, kena tahu la serba-sedikit.
Yang dalam kurungan tu, adalah pendapat saya semata-mata berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri. Hehehe...

Moga perkongsian ni membawa manfaat tuk semua. Nasihat saya, ewah...ewah...ehm...kita perlu la tau sikap sahabat atau kawan-kawan kita ni. Bukanya apa, kalau kita dah tahu sikap orang lain, kita akan lebih peka dan berhati-hati untuk melayan mereka. Kalau kita dah tau yang dia tu jenis baran, jangan la pula kita suka-suki nak naikan darjah kemarahan dia. Beralah la sikit kan. Baru la ukhwah tu dapat terjalin dengan baik. Sapa-sapa pun tak rasa sakit hati dan terluka. So, treat your friends nicely ok.

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. (quote somewhere)



JULAI IS DA BEST



p/s: 1 Julai adalah hari lahir Iffah. SELAMAT HARI LAHIR YE SAYANG. May Allah bless you. Dah masuk angka 2o-an ok. Dah tak de angka belas-belas lagi. Welcome to da club. Nanti kita celebrate sama2 ye. Mkn choc cake.

kenapa saya blogging????


Assalamualaikum,

sedar tak sedar, dah 1 bulan 8 hari saya bergiat cergas dalam dunia blogging ni. Sebenarnya, blog ni adalah hasil dari saya belajar subjek EDT 1303 masa sem 1 dulu. Tapi dah sibuk je, tak pernah up date dan tak pandang pun blog ni.

Aktiviti memblog ni kembali aktif sejak saya bercuti semester 3 bulan ni. Dok umah, tak ada kerja, asyik on9 24 jam/ 7 hari. Hahaha...sapa nak bayar bil tu. Bila dah asyik on9 tu, terjumpa la beberapa blog yang menarik. Dari satu blog ke satu blog saya jelajah, membaca kisah-kisah orang, coretan, contengan, inspirasi, kisah fairytale, novel, cerpen, etc. Best la pulak. Terasa nak ada blog sendiri, sebenarnya dah ada pun.

Dasyat tak dasyat, dalam bulan Jun ni ja, saya dah buat 16 N3 lebih kurang. Ahaks...agak hebat ni. Saya sungguh tak sangaka juga sebab mampu buat N3 yang saya kira banyak la tu. Tahniah kepada diri sendiri. Ewah...Ewah...

Blog hopping or blog walking yang saya buat setiap hari tu telah menemukan saya ngan banyak sangat blog. Blog manfaat ada, blog sampah pun ada. Huhuhu... Dan saya terfikir gak, kalau buat blog ni, apa purpose dia. Manfaat atau saja nak buat diari bagi orang baca. Entah la. Tak terfikir pun. Sebab saya dalam kategori malas menulis, tambahan skill menulis ni dah lama simpan dlm almari je. Bahasa pun dah tunggang-langgang. Hehehehe....

Dan pada suatu hari, terjadi sesuatu yang membuat saya rasa nak serius nak tulih blog ni. Peristiwa tu buat saya tersentak dan terkesan gak la. (Keep it secret). Saya harap blog ni akan memberi manfaat kepada saya dan juga orang lain. Andai kata, suatu hari nanti, Allah menjemput saya, saya harap blog ini akan jadi kenang-kenangan saya buat mereka yang sayang saya. Harapnya, apa ilmu yang saya kongsi, apa yang saya coretkan, tuliskan kat sini akan menjadi amalan saya di akhirat kelak, menjadi ilmu yang saya tinggalkan. Ahaks...so tak leh tulih yang merapu-rapu la kat sini. "Sampaikan dariku walau hanya satu ayat" sabda Nabi.

Saya terbaca kat blog ni, dia menyarankan kita menulis, sampaikan ilmu walau satu ayat. Dia kata lagi, kita hidup ni bukan selama-lamanya. Suatu hari nanti kita akan pergi jua dari dunia ini. Menulislah dan kita perlu meninggalkan sesuatu untuk generasi sekarang dan generasi akan datang. "Satu ayat, satu kalimat yang punya makna... akan terus dingat manusia" kata beliau lagi. Contohi para ilmuawan terdahulu, walau jasad tersemadi dalam tanah, tapi hasil tulisan, hasil pemikiran mereka masih di kaji sehingga hari ini.

Saya attachkan apa yg saudara ini tulis:

Jangan biarkan ide-idemu hilang begitu saja, tanpa catatan. Catatlah... tulislah walaupun hanya satu ayat, satu kalimat ! idemu adalah hasil dari pemikiranmu yang datangnya bisa dengan tiba-tiba,bila tak dicatat, maka ide itu akan hilang dan tak dapat kembali lagi.

Jangan biarkan hasil pemikiranmu berlalu tanpa catatan, tinggalkan untuk generasi mendatang. Jasadmu boleh turkubur tanah, tapi idemu harus tetap hidup sepanjang jaman. Para tokoh masa lalu yang hidup berabad-abad yang lalu ... tapi namanya masih tetap disebut orang, pemikiranya masih dikaji dan dipelajari orang. Padahal jasadnya ntah sudah jadi apa, tapi hasil pemikiranya yang ditulis, sampai sekian abad tetap ada dan mengabadi !

Tulislah, walaupun hanya satu ayat. "Sampaikan dariku walau hanya satu ayat" sabda Nabi. Satu ayat, satu kalimat yang punya makna... akan terus dingat manusia. Jangan ragu untuk memulai menulis, mulai dari satu kata : Bismillah ! .... teruslah menulis, kamu harus meninggalkan sesuatu untuk generasi di masa kini dan generasi di masa depan. Jangan ragu ... tulislah, walapun hanya satu kalimat. Tulislah walaupun hanya satu ayat !

Harta bisa hilang lenyap tanpa bekas, tapi ilmu yang ditinggalkan dan di wariskan, tak akan hilang, itulah uniknya ilmu, semakin dibagikan pada orang lain, semakin bertambah. Lain dengan harta, semakin dibagikan, semakin habis ! Kecuali harta yang di keluarkan di jalan Allah, seperti infak, sedekah, zakat dll, itupun jika memberikannya dengan ikhlas, bila tidak ikhlas, tidak dapat apa-apa dari Allah !

Wahai... sahabatku .... usiamu semakin mendekati kematian....umurmu semakin mendekati ajal, jangan biarkan berlalu tanpa ada ilmu yang kau wariskan bagi generasi yang akan datang. Tulislah wahai sahabatku, walaupun hanya satu ayat, walaupun hanya satu kalimat ...., sekarang ! Jangan ditunda-tunda, siapa tahu besok hari kamu sudah tiada. Tulislah ... tinggalkanlah ilmu yang bermanfaat.

Selagi umur masih ada, selagi napas masih bisa berhembus, selagi tangan masih bisa digerakkan, selagi pikiran masih bisa bekerja, selagi mata masih bisa melihat, selagi telinga masih mendengar, selagi hayat masih di kandung badan, selagi jari jemari masih bisa ngeklik kyboar komputer, selagi bonus umur masih tetap diberikan Allah, selagi keinginan dan kemauan ada, selagi minat masih menyala, selagi darah masih mengalir, selagi jantung masih berdetak, selagi mulut masih berkata, selagi kaki masih bisa berjalan, selagi karunia Allah masih kau terima, selagi air masih bisa kau minum, maka Tulislah !!! Jangan biarkan ide-idemu hilang begitu saja.

Lepas baca tulisan beliau, saya makin bermotivasi untuk menulis dan mencoret di sini. Saya harap, kawan-kawan yang lain pun sama ye. Apa lagi, pakat-pakat kita blog-memblog ramai-ramai. Biar blog tak secanggih atau lawa macam blog orang lain, asalkan isi blog berisi ilmu yang boleh di manfaatkan.



artikel credit to:
http://nogaya.multiply.com/journal/item/87

behind da scene.....

Assalamualaikum...
Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami sekeluarga pulang ke kampung. Seperti yang saya jangkakan, perjalanan yang memenatkan dan juga mengembirakan. Maklumla, dah lama saya tak balik kampung ni. Waaaaaaaaa...betapa ku rindu kampungku ini.

Kami bertolak malam Sabtu, lebih kurang 2 jam sampai la. Malam tu tidur kat rumah mak cik. Kalau pi umah mak cik ni memang best sebab dia masak sedap. Malam tu saya dah simpan perut awal-awal, tak nak makan apa-apa sebab nak makan kat umah dia la. Memang heaven la dia masak. Walau lauk ringkas je, tapi sedap. Sedap sebab ada sambal petai dan bilis. Hahahaha...tu feveret tu. Pas makan nasi, dia jamu pulak buah rambutan, buah durian, etc, memang tak larat nak makan la. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi.

Esoknya, bermula la perjalanan kami ke rumah sedara yang lain. Sekarang kan musim buah, pi semua rumah, semua jamu buah durian dan rambutan. Buah lain tak dak lagi, baru dok berbunga dan tak masak lagi. Siap ada pulut durian lagi. Memang tak larat nak makan la. Durian dah la fresh, sedap sangat. Alhamdulillah, rezeki lagi. Sambutan terhadap kami, tak usah cerita la. Layanan 1st class la. Macam yang saya kata la, orang-orang Kedah ni, kalau bab2 layan tetamu memang baik. Mereka ni sangat-sangat la memuliakan tetamu. Apa yang ada semua bawa keluar la, punya la nak menjamu para tetamu. Terharu beb !!!!

Makan tengah hari, ada masak lemak ayam dan rebung. Heaven. Sedap tak terkata. Alhamdulillah, rezeki lagi. Kesian perut kami, aritu macam2 dah sumbat masuk. Ye la, pi semua rumah pakat dok menjamu. Memang tak larat nak makan la. Tapi saya makan secara sederhana ja. Rasa je, bukan makan. Hehehehe...bleh plak cam tu.

Ok, kami zuhur kat umah pak Teh Kob, dia jamu nasi, pulut durian etc. Makan lagi. Tapi, durian dia memang best. Ramai yang suka durian dia sebab sedap. Kalau dia jual, ramai yang beli sebab terkenal dengan kesedapan durian dia tu. Hebat pak cik saya ni. Huhuhu.....Pas kami makan, solat dan rehat, dia ajak kami pi dusun dia. Wa....best tu. Apalagi, suka la kami ni. Dasyat la dusun sekarang, bukan macam dulu-dula dah. Sekarang dah ada jalan tar tau. Percaya tak? Betul la....(tengok gambar kalau tak caya) Ehm...kat dusun tu, kami sempat la kutip beberapa biji durian. Petang dah tak banyak la, kalau mai pagi2 mesti banyak sebab durian luruh waktu malam. Tapi, kira ok la tu. Ada gak buah cempedak yang belum masak, buah langsat yang dok berbunga dan tak kuning lagi, buah petai pun tak nampak buah lagi. Biasanya, dalam bulan 7 atau 8 baru musim langsat, manggis, etc. Pendek kata, kat dusun ari tu best giler. Ada sungai tau, tapi air dah macam teh ais. Kalau jernih, boleh mandi kan. Masa jalan2 dalam dusun, kena kiss ngan pacat. Hehehehe...ceh berani dia kiss aku.

Kami jalan-jalan ziarah sedara mara ni sampai malam gak la
. Bukan senang ooo nak atur semua rumah. Tu pun banyak lagi umah tak pi. Kalau pi, alamatnya pecah perut la. Menjamu sakan kat kami ni. Nak buat macam mana kan, adik-berdik abah ni ramai. Sebenarnya, atuk ngan nenek dah tak ada. Jadi, tinggal adik beradik abah ja la. So, setiap umah wajib pi, kalau tak pi tak leh la. Sedih dorang nanti.

Lebih kurang 10 buah rumah la kami ziarah aritu. Alhamdulillah la. Insyallah, nanti balik kampung lagi. Menziarah umah yang tak sempat pergi. Saya suka sangat balik kampung sebab kami ada banyak umah yang boleh pi.Semua dah la baik-baik. Terasa ukhwah tu indah sangat.

Seperti yang saya bagi tahu dalam N3 sebelum ni, kami balik kampung ni sebab nak bawa kakak iparku ni melawat kampung. Dia hepi balik kampung ni. Dapat tengok pokok, dapat jejak tanah, tengok sawah padi, sunset yang sangat cantik, Subhanallah, pendek kata akak saya tu dapat tengok semua benda secara real and live. Hehehe..kelakar gak la. Kemucup yang lekat kat kain dia, dia kata kena duri. Hahaha...akak...akak...
Kesian gak kat akak ni sebab tak beberapa nak faham dialek yang sedara kami gunakan. Sebab dorang ni cakap cepat dan dialek dia pun lain. Susah gak nak paham. Tak pe akak, kho...kho la ye.( perhatian, kho..kho.. tu maksud dia perlahanan; slowly) Hehehe...bahasa ulu ni. Satu pengalaman yang indah untuk akak ye. Maklumla, kat Singapore tu mana ada pokok, nak jejak tanah pun amatlah susah. Umah flat je semua, ari-ari kena naik lif. so akak, enjoy your life here ok !!!

Nak cerita sikit la pasal amalan ziarah menziarahi ni.

Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat” (Surah Al Hujuraat ayat 10.)

Amalan ziarah-menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Agama Islam sangat menggalakkan umatnya agar senantiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tautan silaturrahim dan ukhuwwah.

Dan sebagai tuan rumah, kita perlulah mengetahui adab-adab layanan terhadap tetamu. Kita disarankan untuk menjamu para tetamu sekadar yang kita mampu.

Rasulullah s.a.w. melalui hadithnya yang bermaksud “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Hari Akhirat ,maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

Apa yang saya tengok, amalan ziarah ni dah semakin berkurang. Kalau ada pun masa hari raya, tu pun anak-anak ni tak ikut. Mak ayah je yang pi. Macam mana nak kenal saudara ni. Kalau mak ayah tu meninggal, kita dah tak kenal la saudara-saudara yang lain. Kalau jumpa tepi jalan pun, tak tegur sebab tak tau pun tu sedara kita. Ehm...Alhamdulillah, Mak dan ayah saya ni suka sangat menziarah sedara-mara. Kalau ada yang sakit, cepat-cepat dorang pi lawat. Kenduri pun rajin pi, sebab tu ramai sedara2 yang kenal mak dan ayah berbanding adik-beradik mak yang lain. Saya pun, secara suka-rela-paksa...hehehehe...ikut teman mak dan ayah pi melawat sedara la. Sebab tu la kot saya lebih kenal semua sedara mara tak kira, sebelah mak dan ayah. Hehehe...advantage tu.

Rasanya, minggu saya ziarah-menziarah dan di ziarahi kot
. Hujung minggu aritu balik menziarah di kampung. Hari isnin pula, kawan-kawan masa sekolah menengah datang umah. Maklumla, dah lama tak jumpa. Sempat gak la jamu dorang tu buah-buah yang di bawa balik dari kampung. Insyallah, kalau tak ada apa-apa, hari rabu ni, saya dan kawan-kawan nak pi melawat cikgu-cikgu kesayangan kami kat sekolah menengah dulu pula.

Jadi, jom la kita menghidupkan amalan ziarah ni sebab ia akan mengukuhkan ukhwah. Pi la ziarah sedara-mara, kawan-kawan lama ke, jiran sebelah rumah, jiran sebilik, jiran serumah, jiran satu blok, etc....

Macam biasa, ada la sket slide show gambar-gambar kat kampung aritu. Tengokla ye....