Assalamualaikum semua, 
Alhamdulillah semalam tiba jua hari yg paling bermakna dlm hidup. Biasanya saya  akan ternanti-nanti tarikh semalam, macam org angau pula sebab saya  akan senyum sorang-sorang. Tarikh 30 Julai adalah tarikh di mana saya  mula melihat dunia. Saya menjengah dunia pada jam 4.34 pg di rumah tok  saya di Sungai Dua. Di sambut dengan penuh kesyukuran oleh semua ahli  keluarga. Yang paling gembira abang saya kot sebab dia ada kawan. Saya rasa dia mesti suka sebab dia  dapat buli saya. Memang pun, masa kecik dia memang suka usik &  kacau sy. Tension tau, asik kena buli je. Tapi saya syg sgt kat abang  sebab dia best walaupun dia seorang pembuli yg tegar. Saya pun apa kurangnya. Huhuhu....
Sebenarnya,  mama tak sedar pun  saya dah hadir dalam rahim dia. Sebab masa tu abang masih kecil lagi.  Bila dah masuk bulan ke-4 kot, baru tahu. Kesian kat saya. Hehehe...tak  de lah. Kesian kat abang lagi la. Dia kan masih kecil tapi dah nak dapat adik  baru. Tak sempat nak rasa bermanja lama-lama kot. Kalau nak di ikutkan  abang ngan saya kembar sebab masa saya lahir, lagi satu minggu abang nak  cukup umur 1 tahun. Kiranya kami ni kembar gak la kan!!!
  
Hari  ini, dah 23 tahun saya berada di dunia ini. Saya sangat bersyukur  dengan apa yg saya dah ada dan apa yg saya dah capai. Saya pernah  impikan berada di mana saya sekarang, tapi saya tak sangka ia terjadi.  Alhamdulillah, saya bersyukur sangat. Kalau masa saya berada di sek men,  saya selalu bayangkan siapa saya pada umur 23 ni. Saya bayangkan saya  dah kahwin, dah kerja, hidup bahagia dan mcm2 lagi impian saya. Tapi,  siapalah saya untuk menentukan takdir saya. Sesungguhnya, Allah Maha  Mengetahui. Segala angan saya belum capai, tapi Insyallah, saya pastikan  ia akan di realisasikan.
Kalau  di ikutkan, 23 thn tu di kira jangka waktu  yg lama kan. Dah 23 thn  saya menghabiskan hidup di dunia. Saya tak pasti  adakah dalam 23 tahun  ini, saya dah mengunakannya dengan baik? Adakah  segala yg saya lakukan  mendapat redha Allah. Dalam 23 thn ni, berapa byk dosa yg saya dh  lakukan & banyak mana kebaikan yg sy buat. Sesungguhnya, saya tak pasti. Apabila bertambahnya umur, maka makin dekat  dengan detik kematian. 
Ya Allah, Kau peliharalah diriku ini dari azab Mu,
Ya Allah, Kau berikanlah petunjuk & hidayah Mu,
Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku yg telah melahirkan aku ke dunia ini,
Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat yang Kau berikan,
Sesungguhnya, aku bersyukur pada Mu. 
Di dalam sebuah  hadis, Nabi Muhammad saw. bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang  panjang umurnya serta baik amalnya.” (HR. Ahmad) 
 
 
2 comments:
happy birthday
aik k.nadia....lupa lak..hepy belated birthday!!
hehe..kta kan sma,,,kalo ingt qitu leh celebrated sma2 kn tyme p UIA tu..huhu....(^_^)
Post a Comment