Monday, July 5, 2010

Homemade Fried Chiken

Assalamualaikum semua,
hey semua....mari dekat...mari dekat... ala-ala iklan mayonis lady's choice Sheila Rusly nak goreng telur tu. Hah saya nak kongsi satu resipi kat sini ; Ayam Goreng ala-ala KFC. Saya dah cuba dan sungguh sedap. Tak caya, sila cuba. 

Resipi ni sangat mudah dan ringkas. Dalam setengah jam dah bleh siap. Amat sesuai untuk di cuba oleh tukang masak amatur macam saya ni la :)


Tetiba saya rasa blog ni macam blog resipi plak. Hehehe...belum bertukar lagi la. Just, nak share resipi yg sedap lagi senang untuk di masak. Ok, sila cuba ye.


HOMEMADE FRIED CHICKEN

BAHAN-BAHAN
Tepung gandum - ½ kilo
Serbuk kari ayam - ½ cwn
Serbuk cili - 3 sudu teh (klau nak pedas blh tambah lagi)
Serbuk lada sulah - 3 sudu teh
Serbuk penaik - 2 sudu teh
Garam - secukup rasa
Gula - sedikit

CARA-CARA
Gaul sebati kesemua bahan-bahan tersebut

TIPS PENYEDIAAN AYAM SUPAYA MENJADI CRISPY
- sediakan bekas tepung besar utk menggaul ayam supaya senang menggaul
- sediakan air sejuk bersama penapis utk rendaman ayam
- goreng menggunakan deepfryer (if takde, guna periuk n minyak yg byk)
- pada suhu 180'C

1. Mula-mula masukkan beberapa ketul ayam ke dalam tepung. (4-6 ketul) lebih elok asingkan tulang n isi supaya senang.
2. setelah itu gaulkan ayam sebyk 10 kali secara melintang dan menegak.
3. ambil 2 ketul ayam dan pegang kiri kanan dan ketuk sedikit supaya
tepung rata dan yg berlebihan jatuh.
4. masukkan ayam tadi kedalam bekas penapis dan ulang langkah 3 sehingga
semua ayam dalam tepung td habis
5. setelah itu pegang penapis dan masukkan ke dalam air sejuk perlahan-lahan
dan rendam selama 10 saat
6. kemudian tos dan angkat penapis perlahan-lahan supaya tepung tak lekang
7. masukkan semula ke dalam tepung tadi
8. gaul dan ramas ayam-ayam tadi 10 kali secara melintang dan menegak
(ni proses penentuan nak bg ayam nampak crispy)
9. kemudian bolehlah ulang langkah 3 dan masukkan ke dalam minyak yg panas (180'C)

TIPS
- untuk ayam daging masak selama 10 – 15 minit
- untuk ayam tulang 5 – 8 minit
- drumstick – 12 minit or masak lama sedikit sbb kalau tak, darah akan keluar lepas diangkat

untuk keterangan lebih lanjut bleh berkunjung ke blog ni My Resipi World 

Ikut sebijik-sebijik yg resipi ni bagi tau. Memang proses dia nampak susah dan renyah. Tapi, bila dah buat senang je sebenarnya. Saya rasa tepung yg di campur ngan bahan yg lain tu boleh di buat tepung serbaguna sebab bleh goreng benda lain seperti ikan, udang, sotong, cendawan etc.


Sebab saya tak ada kamera, maka tak leh la nak tunjuk gambar ayam goreng yg saya buat tu.
Tengok gambar yg saya amik dari beliau. Sedap kan??? Sebab tu saya terliur dan cuba sendiri.  



Sekian, untuk hari ini. Terima Kasih. Wassalam.


Cik Ann: Saya dah cuba, anda bila lagi?

5 comments:

Unknown said...

fuhhhhhhhhhh lazatnyer nk sikit

nadia said...

nak ke? hehehe...dah abes pun, sbb buat smlm. Mmg sedap, serius sedap giler. bleh lawan KFC dah. hehehehe...

en.kalam sila la buat. sgt senang okey. ke nak suruh "ehm..ehm.." buat kan? :P

Ruzanna Rahman ~♥ said...

er...dh wat eh? hehe..nti sy wat tp blm tau ble lg..hehe. tgh angin buat craft. as usual I love craft. check out my blog~~

Ariffuddin Sani said...

Mengapakah gambar ayam goreng diletakkan di sini.

Pembaca akan kelaparan. he he :)

nadia said...

to ahmad din: hehehe saja nak bagi jeles. thanx for coming