Saturday, December 4, 2010

Jika Sultan Kedah mahu Pulau Pinang di kembalikan

Assalamualaikum semua,



ALOR SETAR - Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) akan mohon perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk bekerjasama dengan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) memulakan tuntutan Pulau Pinang dikembalikan kepada negeri itu.



Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, PKDK menyokong penuh cadangan PSMCK dalam usaha membawa tuntutan itu ke tengah namun segala dokumentasi yang mengesahkan Sultan Kedah masih berhak ke atas Pulau Pinang perlu disemak secara menyeluruh.

Menurutnya, semakan itu sangat penting memandangkan ia memerlukan perbelanjaan dan masa yang banyak bagi membolehkan urusan penyerahan kembali Pulau Pinang kepada Sultan Kedah oleh Kerajaan Pusat dapat direalisasikan.

“Buat masa ini, Kerajaan Pusat perlu mempertimbangkan tuntutan kenaikan kadar pajakan daripada RM10,000 kepada RM10 juta terlebih dahulu, sebelum memutuskan sama ada menyerahkan Pulau Pinang kembali kepada Sultan Kedah atau tidak.

“Bagaimanapun, sekiranya Tuanku Abdul Halim sendiri menyatakan hasrat mahu Pulau Pinang dikembalikan, Kerajaan Pusat perlu akur dengan kehendak baginda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sokongan Pengerusi PSMCK, Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof kepada Kerajaan Negeri untuk menuntut kembali Pulau Pinang sebagai sebahagian Kedah, selaku pemilik asal pulau itu dan wilayahnya.

Dr Wan Shamsudin berkata, Sultan Kedah masih berhak ke atas Pulau Pinang memandangkan bayaran pajakan setiap tahun membuktikan ia masih milik Kedah.

Tengku Zainol Rashid berkata, PKDK akan menemui Dr Wan Shamsudin dalam masa terdekat untuk menyatakan hasrat bekerjasama dengan PSMCK dalam memperjuangkan hak Kedah ke atas Pulau Pinang.

“Pada masa sama, saya mohon Tuanku Sultan Kedah agar memberi perkenan kepada semua pihak terlibat dalam usaha menuntut kembali Pulau Pinang yang pada asalnya merupakan sebahagian daripada Kedah,” katanya. 


KOMEN: 
Ehm...kalau jadi betul benda ni, maka lepas ni dah tak ada la negeri yang bernama PULAU PINANG. Huhuhu...sedih la macam ni. Dah tak boleh nak berbangga sebagai negeri tumpah darahku.

Tapi... bagus juga kalau Kedah ambil balik Pulau Pinang pun. Mungkin semua orang dah tahu dan  paham apa yang jadi kat negeri kami ni. Penguasaan orang Melayu dah semakin terhakis hari demi hari. Banyak tanah orang Melayu di ambil buat pembangunan. Orang Melayu dah tak berkuasa dan merempat di negeri sendiri. Tanah mereka di ambil, tapi bayar pampasan sikit ja. Rugi saja tanah yang tergadai tu. Rupa dan keadaan "Pulau Pinang" sekarang pun dah macam negara "Hong Kong". Kalau tak percaya, silalah datang ke Pulau Pinang.  

Kalaulah Kedah jadi ambil Pulau Pinang balik, entah apa akan jadi kepada penduduk Pulau Pinang? Banyak kemungkinan yang akan berlaku. Saya harap, nasib orang Melayu akan lebih terpelihara dan terbela.  

Selamat Tuhan kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeriku yang mulia
Kutaat dan setia
Aman dan bahagia

Majulah jayalah
Negeriku yang kucinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita



4 comments:

Anonymous said...

ha haaa

Md Hasif Md Yassin said...

Bila Jepon tawan malaya british dah hilang semua hak tanah jajahan nye. Perjanjian serah P. Pinang pun tamat.

Ir said...

Dah kenapa tgu pekenan british utk merdeka?? Yg almarhum tunku susah2 pergi london buat apa kalau semua terbatal?

Anonymous said...

Harap sangat KEDAH ambil balik Pulau Pinang ni .. Menjunjung kasih Tuanku🙏🏻